Pulut kuning memang jadi kegemaran ramai. Tapi bagi yang tak mahir selalu tak menjadi. Pulut jadi terlebih lembik, atau kembang.

Supaya nanti masak pulut tak berlaku kejadian ini, kita ikut cara yang dikongsi oleh Masmira Idris. Cara masak pulut ini diwarisi dari ibunya yang kemudian menjadi hasil jualannya.

Resipi & tip masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-sebiji (tak benyai atau lembik)

Resipi ini dari mak saya yang saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun.

Bahan-bahan dan langkah-langkah membuat pulut kuning

1. Beras pulut 1 kg (beras pulut biasa, bukan pulut susu).

Beras pulut susu buat pulut kuning jadi benyai lembik. Kalau boleh cari beras pulut yg panjang, elakkan jenis montok.

IKLAN

2. Bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (sekurang-kurangnya 3 jam) sebelum kukus.

Lepas rendam bilas dengan air paip, sejat dgn penapis. Pulut perlu bilas utk hilangkan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama. Jangan guna pewarna

3. Halia 1/2 inci (untuk wangi dan buang angin) Kupas dan cincang nipis, paling halus

4. Daun Pandan 5 helai ( untuk wangi)

3 helai koyak 3 dan ikat utk letak dalam pulut masa kukus
2 helai koyak 3 utk buat lapik pulut dalam periuk kukus.

5.Panaskan air dlm pengukus dan masukkan beras pulut dlm pengukus.

Tabur halia cincang sekata dlm pulut bersama dan daun pandan. Tutup dan kukus selama 15-20 minit ikut jenis pengukus atau kuantiti pulut. Jadi kukus sampai pulut dah masak.

6. Santan segar n pekat – 250-300 gram

Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih), masuk garam    1 1/2 sudu besar gula, 1 1/2 sudu kecil garam.

Larutkan gula dan garam kemudian masuk kan santan pekat tadi. Kacau sampai rata sebati. Rasa ada masin dan manis sikit.

7. Sediakan besen yg agak besar, masuk kan pulut yg dah siap dikukus tadi. Keluarkan daun pandan. Tuangkan kuah santan yg dibancuh tadi ke atas pulut. Terus kacau sampai sekata.

Jangan risau kalau nampak kuah santan banyak sebab nanti pulut akan serap habis kuah santan. Barulah pulut jadi lembut.

Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul. Kemudian tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar pulut rehat dalam 10 – 15 min baru cedok utk bungkus atau makan.

INFO

  • Pulut yg cukup lemak akan nampak santan macam bertali putih pada senduk.
  • Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus kali ke 2. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.
  • Kalau kukus lagi nanti pecah minyak dan lemak santan. Santan tak lekat pada pulut.
    Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam di luar sebab kita dah bancuh santan dgn air panas.

Lagi hasil kejadian pulut yang cantik

Sumber: Masmira Idris