Malang tak berlaku, walaupun kita dah berhati-hati bawa kereta tapi kemalangan boleh saja berlaku akibat kerosakan kenderaan.
Salah satunya boleh jadi kerana kerosakan brek.Lagi serius kalau ketika itu sedang melalu jalan menuruni bukit. Walau dah ditekan habis brek tapi kereta tidak juga perlahan dan menunjukkan tanda berhenti.
Dalam situasi ini pastinya kita akan panik. Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa saja, sebab itu penting untuk kita mengetahui apa yang perlu dilakukan bila brek tak berfungsi sewaktu memandu. Berikut adalah enam langkah yang perlu dilakukan untuk selamatkan nyawa.
1) Guna handbrake
Apa yang paling penting, jangan panik. Biarpun brek kaki tidak berfungsi, kenderaan masih mempunyai handbrake. Turunkan gear satu demi satu dan tarik handbrake perlahan-lahan. Menarik dengan tergesa-gesa akan menyebabkan kenderaan hilang kawalan.
Ads
2) Pam brek kaki untuk menjana tekanan hidraulik
Cuba tekan brek kaki berkali-kali seperti mengepam. Proses ini bertujuan untuk melihat sekiranya masih ada ‘saki-baki’ tekanan dalam sistem hidraulik. Jika terasa seperti mempunyai tekanan, cuba tekan pedal brek sehingga maksimum mungkin, dan kekalkannya sehingga kenderaan anda akhirnya berhenti.
3) Angkat kaki dari pedal minyak
Kekal tenang, dan angkat kaki dari pedal minyak untuk mengelakkan menambahkan kelajuan kenderaan
Ads
4) Jangan matikan enjin
Tindakan ini boleh menjadi punca kenderaan terbabas secara mengejut. Lebih bahaya, ia juga boleh menyebabkan stereng terkunci sekali gus membuatkan pemandu hilang kawalan secara total
5) Kawal kenderaan
Apabila kelajuan kenderaan semakin perlahan, perlahan-lahan kawal stereng dan cari lokasi sesuai untuk memberhentikan kenderaan. Sebaiknya, di bahu jalan atau kawasan yang tidak menghalang kenderaan lain
Ads
6) Guna penghadang
Ini adalah pilihan terakhir sekiranya terdesak untuk memperlahankan kenderaan. Kekal tenang dan lihat apa saja halangan yang mungkin boleh menghentikan kenderaan, seperti penghadang, semak samun atau sebagainya
Apabila kereta sudah dapat diberhentikan dengan selamat, keluarlah dari kenderaan, pasang lampu kecemasan dan telefon pihak berkaitan untuk mendapatkan bantuan.
Kalau suka makan ulam-ulaman boleh jadikan kacang renek atau kacang duduk ini sebagai tanaman di rumah. Rasanya macam kacang panjang biasa tapi lebih manis.
Kelebihan tanam kacang jenis ini berbanding kacang panjang biasa, kacang renek ini mudah hidup dan tak perlu banyak tanah.
Boleh ditanam dalam pasu saja malah yang duduk di apartment kalau nak tanam pun boleh. Ia juga tak perlukan junjung atau pancang. Hasil pun cepat 2 bulan dah boleh tuai.
Cara tanam kacang renek/dwarf/kacang duduk
1. Benih kacang renek atau kacang duduk secara online di Shopee.
2. Cambahkan biji benih kemudian alih dalam pasu. Boleh letak dalam 3 anak benih dalam satu pasu.
3. Siram setiap hari dan pokok ini perlukan cahaya matahari terus.
4. Dalam tempoh 2 bulan boleh tuai hasilnya. Bila kacang dah matang, jangan biar lama terus tuai.
5. Tip supaya pokok kacang berbuah banyak kali, selepas habis berbuah, buang semua daun yang kering dan letak baja supaya naik pucuk baru dan berbuah lagi.
6. Sebaiknya letak di tempat pasu di tempat yang sedikit tinggi bila berbuah supaya kacang tak terkena tanah.
Buat sendiri aiskrim cawan ini memang berbaloi kerana siapa saja yang tak suka makan aiskrim, dari anak kecil sampai yang dah tua pun suka.
Malah kalau dah mahir boleh pula jadikan pendapatan sampingan seperti yang dilakukan oleh Nurul Ashikin yang menjual aiskrim cawan dari rumah.
Beliau juga tak lokek berkongsi resipi aiskrim yang dijual. Yang ini versi aiskrim dalam cawan yang comel dan boleh dipelbagaikan perisa.
Belajar buat aiskrim cawan, boleh buat pelbagai perisa
Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income juga dengan aiskrim ini. Sambil duduk rumah, duit pun masuk, jual aiskrim saja. Resipi saya halalkan.
Bahan-bahan aiskrim cawan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan ovalatte
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
2 cawan fresh cream/whipping cream non dairy
Cara membuat
1. Masak base susu (susu pekat dan susu cair) hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung, kacau sebati. Tutup api.
2. Sejukkan bancuhan base susu, lebih elok kalau bekukan semalaman. Fungsi untuk aiskrim lebih gebu.
3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream bersama ovalatte dan esen vanilla. Putar guna kelajuan perlahan. Bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan nombor 4 atau 5. Putar lagi dalam 15-20 minit. Dah siap aiskrim.
4. Akhir sekali isi filing dalam cawan dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi. (Filing boleh beli di kedai bakeri dan boleh guna ikut cita rasa).
5. Dah siap, masukkan dalam frezeer semalaman dan boleh dimakan. Aiskrim ini boleh tahan sehingga 2 bulan jika disimpan dengan betul.
INFO: Kuantiti aiskrim boleh dapat dalam 35-40 cawan untuk resipi ini.
Roti banyak lagi, esok dah nak expired, nak buat roti bakar semua dah tak lalu. Daripada terbiar berkulat kita gunakan roti ini buat puding roti karamel.
Kalau dah jadi puding memang sekejap saja licin silap hari bulan tak cukup.
Lagi best nak buat pun senang, kisar je semua bahan dan kukus. Boleh ikut resipi perkongsian Hazlinaa Ghani ini ya.
Puding roti karamel, sedap dan senang nak buat
Bahan-bahan
3 sudu besar gula – untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur A -pukul dan tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuat:
Untuk buat karamel/gula hangus masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jadi perang . Masak dengan api kecil.
2. Kemudian masukkan 1 1/2 sudu besar air panas, hati-hati kerana gula mudah meruap. Kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
3. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti atau potong kecil kemudian kisar bersama air suam, susu cair dan susu pekat.
4. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
5. Tuang adunan dalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak lebih kurang 40 minit-1 jam). Boleh cucuk dengan lidi sate, kalau tak melekat tanda dah masak.
6. Sejukkan dahulu dalam peti ais, kemudian baru terbalikkan dalam pinggan dan potong.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...