Kadang-kadang terasa sayang bila tengok buah dari pokok sama ada jambu, mangga, dan sebagainya jatuh berguguran terbiar begitu saja akibat terlalu lebat.
Daripada terbazir begitu sebenarnya buah yang berguguran ini boleh kita guna semula untuk dijadikan baja cecair yang baik untuk tanaman berbunga dan pokok buah.
Hari ni saya kutip buah jambu air yang berguguran di atas tanah untuk dijadikan baja buah.
Baja cecair yang terhasil dari peraman buah-buahan yang dah rosak ini baik untuk tanaman berbunga dan berbuah. Apa-apa jenis buah pun boleh, cuma durian payah sikit sebab kulitnya terlampau keras.
Ads
Formula asas untuk hasilkan baja cecair dari buah;
1.Nisbah buah : gula merah = 1:1
Contohnya kalau ada 1kg buah, campurkan dengan 1kg gula merah.
Ads
2. Masukkan dalam bekas dan tutup.
3. Peram selama 3-4 minggu. Boleh tambah air jika mahu.
Ads
Cara penggunaan
Ambil 5-10ml air baja campur dengan 1 liter air. Siram ke tanah dekat pokok buah atau pokok bunga.
Bila duduk rumah teres ramai yang akan membina dinding atau menaikkan tembok agar kawasan rumah lebih privacy.
Tapi boleh jadi juga kerana tembok ini juga ada jiran bermasam muka atau tidak puas hati. Mana tidaknya bahagian dinding tuan rumah cantik tapi dinding sebelah jiran buat cincai saja, malah ada yang tak ratakan dengan simen pun.
Berkongsi pandangan sebagai seorang kontraktor, Mahanom Mohammad menerangkan etika buat kontraktor mahupun tuan rumah sendiri bila membina tembok ini.
Apabila pelanggan kita minta bina dinding pembahagi sempadan mereka dan jiran, satu perkara yang tidak dapat elak adalah, memasuki kawasan jiran. Untuk?
Untuk memastikan sisa binaan kerja tidak mengotorkan rumah jiran hingga mengancam keselesaan hidup mereka pula.
Bukan itu sahaja. Menaikkan dinding melibatkan kerja menyusun bata dan mengikat bata-bata yang disusun dengan bancuhan mortar, yang diantara bahan utamanya adalah pasir dan simen.
Kerana itulah, dalam teknologi binaan, batu bata yang disusun dan diikat dengan mortar tadi, permukaan dinding itu perlu dilepa iaitu di tutup dengan satu lapisan simen, sebelum ia dilicinkan dan di cat cantik.
Ini bukan sahaja untuk melindungi ikatan dan susunan bata itu dari terdedah kepada panas, hujan dan cuaca yang melampau.
Bahkan dengan melepa permukaan batu bata tadi, ia juga menghalang serpihan partikel yang rosak (akibat dedahan iklim) dan terbang terlepas ke udara. Dan sudah pastilah akan memasuki rongga-rongga penafasan mereka yang dekat padanya, iaitu jiran atau haiwan peliharaan mereka.
Saya selalu jumpa, apabila seorang pemilik rumah hendak menaikkan tembok dinding, mereka hanya melepa dan mengecat cantik permukaan dinding dalam kawasan rumah mereka sahaja.
Sementara permukaan dinding di bahagian rumah jiran, dibiarkan sahaja tidak dilepa.
Maka terdedahlah si jiran dengan partikel-partikel mortar dan bata yang tidak ditutup ini. Jangan begitu kawan.
Nasihatkan pelanggan kita untuk melepa juga permukaan dinding rumah jiran. Lebih manis jika mengecatnya juga dengan warna yang jiran suka.
Inilah etika dalam kerja. Tidak meletakkan untung semata-mata, tetapi memikirkan juga keharmonian pelanggan kita dengan jiran sebelah mereka.
Bila hendak bina rumah orang, binalah seperti kita bina rumah untuk ibu bapa kita. Bila kerja tersebut melibatkan kawasan jiran, buatlah kerja seolah jiran itu, adalah kita sendiri.
Hari ini, kita lawat tapak.Tapak ubahsuai adalah rumah sebelah, tapi yang di lawat tapak hari ini adalah kerja-kerja yang melibatkan rumah jiran pelanggan kita.
Info ekstra: Sebelum memulakan kerja menaikkan tembok sebaiknya maklumkan dulu kepada jiran.
Nak makan buah mulberi petik saja di laman rumah. Kan seronok begini. Buah pulak lebat dan manis bila masak ranum.
Disebabkan keinginan nak merasa hasil pokok mulberi yang ditanam sendiri seperti ini ramai yang cuba menanamnya.
Bagi yang sudah menanam pokok ini di atas tanah boleh gunakan trik yang dikongsi oleh Siti Saja agar pohon mulberi membesar cantik, tak meninggi dan berbuah lebat. Ini trik yang beliau kongsi.
1. Pokok mulberi ini baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan.
2. Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Boleh tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
3. Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
4. Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang, ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang empat kaki tinggi dari tanah.
5. Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
6. Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi masih di dalam jangkauan tangan.
7. Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok ini berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
8. Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun agar pokok berbuah lebat.
Udang kering selalu kita guna dalam masakan. Jadi kalau tengok harga udang murah hari ini boleh ambil kesempatan untuk beli dan buat sendiri udang kering.
Harga udang kering ini pun dah semakin mahal jadi elok juga kalau kita buat sendiri, dah tentu kebersihan lebih terjaga. Cara membuatnya dikongsi oleh Suhaila Ishak
1. Beli udang, boleh guna udang laut yang kulit keras.
2. Rebus udang dengan sedikit air dicampur dengan garam. Rebus sampai kering air untuk kekalkan kemanisan udang.
3. Lepas rebus boleh jemur atau nak mudah masukkan dalam oven, suhu 150 darjah Selsius. Bakar sampai kering dalam 20 minit.
Kalau jemur dalam cuaca panas, sehari pun dah boleh kering.
4. Bila dan betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas rams untuk hancurkan kulit. Kemudian boleh ambil isi udang.
5. Simpan udang kering dalam balang kedap udara.
Inilah hasilnya, segarkan. Makan begitu saja pun sedap.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...