Kalau dah goreng ikan, kena ada lauk berkuah. Paling mantap gabungannya adalah masak lemak kobis ini. Ada pulak budu atau sambal belacan memang boleh licin nasi seperiuk mengadap lauk simple ini.

Cara buat masak lemak kubis ini pulak memang senang. Bahannya kobis, santan, bawang dan ikan bilis je. Kalau tak tahu juga caranya boleh ikut perkongsian Suisan Aliezsha ini.

Cara buat masak lemak kubis

Cara Buat Masak Lemak Kubis, Gulai Simple Tapi Sedap. Makan Dengan Ikan Goreng Memang Mantap!

Nah belanja menu hujan masak lemak kubis,ikan goreng & budu. Dah lama sangat tak buat. Licin nasi dalam periuk🤣! Ini cara-caranya;

1. Ambil sebiji setengah kelapa parut. Perah ambil pati sahaja, kalau kobis banyak lebihkan kelapa jangan kedekut santan.

IKLAN

2. Potong kubis, cuci dan toskan.

3. Bahan campuran, cili besar, bawang besar, ikan bilis. Boleh masuk bahan lain terpulang, udang kering atau sebagainya.

4. Masukkan santan & ikan bilis dalam kuali masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau supaya santan tak berketul.

IKLAN

5. Bila kuah dah masak & pekat, masukkan kobis lalu kacau. Masukkn cili besar & bawang besar, garam secukup rasa. Siap!

Hidang dengan ikan goreng dan budu atau sambal belacan memang mantap.

IKLAN

Cara Buat Masak Lemak Kubis, Gulai Simple Tapi Sedap. Makan Dengan Ikan Goreng Memang Mantap!

Cara Buat Masak Lemak Kubis, Gulai Simple Tapi Sedap. Makan Dengan Ikan Goreng Memang Mantap!

Selamat mencuba.

Sumber: Suisan Aliezsha

Selain itu:  DIY Pasu Hiasan Plastik Jadi Menarik, Hanya Guna Barang Kedai RM2 Saja. Begini Cara Buatnya!
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI