Kalau Buat Kuih Sagu, Masak Cara Ini Untuk Dapatkan Sagu Yang Jernih Sekata

Share

 

Kuih sagu atau lopes sagu ini antara hidangan yang mudah disediakan. Nak makan waktu pagi boleh, petang pun ok.

Cuma masalah bila buat kuih ini adalah sagunya tak jenis sekata. Masih ada biji putih. Bila begini, kuih sagu jadi tak cantik.

Bagi menghasilkan kuih sagu yang jenis, masak sekata tanpa biji putih, Mas Cotek menurunkan caranya.

Cara buat kuih sagu dan tip dapatkan sagu jernih sekata

Bahan-bahan:

1 cawan sagu
3/4 cawan gula pasir
4 cawan air
Sedikit pes minuman berperisa ros
2 helai pandan disimpul
Kelapa parut digaul dengan garam

Cara membuat:

1.Dalam periuk panaskan air, pandan dan perisa ros hingga mendidih

2. Keluarkan pandan kemudian masukkan sagu. Kacau sebati.

3. Masukkan gula dan kacau rata.

4. Perlahankan api (sehabis perlahan ye) dan tutup periuk. Opah guna periuk nonstick jadi opah biarkan bertutup lama sikit dalam 15 minit. Kacau sesekali saja. Ini cara untuk jadikan sagunya jernih sekata
(lain orang lain caranya kan).

5. Apabila sudah agak pekat dan kesemua sagunya jernih tuang dalam loyang.

6. Biarkan sejuk dan barulah dipotong.

7. Gaul dengan kelapa parut tadi, sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Mas Cotek

Nak beli periuk non stick macam opah boleh klik SINI

 

IKLAN