Hampir setiap rumah kita ada tong gas, tapi tahukah kita apa yang perlu dilakukan bila satu dapur berbau gas akibat tong gas bocor?
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.
Kejadian ngeri
Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.
Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.
Ads
Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada bom.
Apa perlu dilakukan
Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:
Ads
1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
Ads
3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.
Dapur setiap rumah mesti ada koleksi periuk belanga stainless steel untuk kegunaan memasak. Selalunya periuk ini boleh kita guna dalam tempoh yang lama malah boleh tahan sampai ke anak cucu jika betul penjagaannya.
Macam mana nak jaga periuk belanga kita supaya tahan lama macam ini. Boleh ikut perkongsian Angeline Tyy ini.
Kalau tahu cara yg betul menjaga periuk stainless steel memang boleh tahan sampai ke anak cucu. Caranya:
1. Jangan sekali-kali menggunakan berus besi atau sebarang cecair kimia/ berasid seperti asam, jus nenas/ lemon, cuka, baking soda, Coke mahupun garam untuk membasuh periuk stainless steel.
Bahan ini akan merosak permukaan berkilatnya. Ini semua musuh ketat stainless steel. Kotoran akan mudah melekat bila permukaan berkilat menjadi kasar.
2. Cara yang betul adalah merendam periuk itu dengan air selepas siap memasak.
3. Kemudian buang air tersebut dan lap segala minyak & kotoran/ makanan yg melekat dengan tuala dapur kertas (paper kitchen towels).
4. Selepas itu baru basuh menggunakan Scotch Brite 3M green pad yang dibasahkan bersama Axion/ Swif detergent paste.
5. Tak perlu membuang masa menggosok dengan kuat. Hanya membasuh seperti biasa. Tersangat mudah utk dibasuh. Lap dengan tuala dapur kertas untuk mengeringkannya sebelum disimpan. Periuk itu akan senantiasa kekal berkilat.
Selalunya lauk yang simple, itulah yang sedap. Boleh makan bertambah jadinya. Singgang ikan ini salah satu lauk ringkas yang kalau dihidang memang berselera makan nasi.
Tak percaya cuba masak. Dah siap hidangkan dengan sambal dan ulam, memang mantap. Bagi yang tak pernah cuba masak singgang, boleh ikut resipi perkongsian Nana Sabrina Sarsan.
Cara masak singgang boleh jadi berbeza ikut negeri, ini cara yang diajar oleh ibu beliau.
Cara mak saya masak singgang ikan selar. Sedap hirup kuah panas-panas, lawan pula dgn sambal belacan dengan ulam-ulam. Fuh bertambah nasi sampai berpeluh dibuatnya!
Bahan-bahan
2 ekor ikan selar belah dua
Garam secukupnya
Perahan Air asam jawa
Air secukupnya
1 biji bawang merah – saiz besar hiris
2 ulas bawang putih – hiris
Serai – di ketuk
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Serbuk kunyit secukupnya
1 sudu teh minyak
Tomato (jika suka)
Cili merah dan cili padi (jika suka)
Lega rasanya bila pinjaman bank untuk kereta atau motorsikal selesai setelah bertahun-tahun terbeban hutang.
Tapi masalahnya ramai yang tidak buat satu perkara penting selepas selesai pinjaman dengan bank. Ramai belum maklum bahawa walaupun selesai pembayaran pinjaman kepada bank, kenderaan yang habis dibayar itu belum milik anda sepenuhnya lagi selagi anda tidak membuat E-Batal.
Apa itu E-Batal dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya dikongsi oleh Nadia Izzati.
Pernahkah anda melihat pada bahagian bawah geran kenderaan anda yang terdapat satu ayat tertera hak milik dituntut oleh syarikat pinjaman kereta di mana anda membuat pinjaman?
Apa itu E Batal
Maksud E-Batal adalah kenderaan tersebut masih menjadi hak milik bank atau pemberi pinjaman kewangan. Jadi, kenderaan tersebut bukanlah hak milik anda sepenuhnya lagi.
Bagi mendapatkan hak anda sebagai pemilik kenderaan terbabit, langkah penting adalah dengan menghapuskan status hak milik dari pemiutang kepada hak milik anda secara mutlak.
Urusan menyelesaikan hak milik dari pemberi pinjaman dipanggil E-Batal. Syarat utama untuk E-Batal adalah anda perlulah sudah habis bayar ansuran pinjaman tersebut. Jika belum, selesaikan hutang-piutang kenderaan terlebih dahulu. Kebebasan bermula apabila sesiapa sahaja berjaya melangsaikan hutang pinjaman keretanya. Benar bukan?
Apa perlu dilakukan
1. Selesai sahaja pembayaran terakhir, anda akan diberikan geran asal oleh syarikat kereta yang anda berurusan. Kemudian, anda perlu hadir ke cawangan JPJ berhampiran untuk mematikan hak milik peminjam.
Jadi, untuk meneruskan prosedur berikut, pastikan pihak pemberi pinjaman telah mengeluarkan surat pelepasan. Namun, lebih baik lagi surat tersebut terus mereka hantarkan kepada JPJ.
2. Prosedur selesaikan E-Batal di JPJ amat mudah sebenarnya. Perkara yang paling penting adalah anda harus menghubungi pihak pemberi pinjaman wang untuk belian kereta.
Pastikan anda bertanya sama ada surat pelepasan sudah dikeluarkan dan telah dihantar ke JPJ ataupun tidak. Jika sudah dihantar, terus ke cawangan JPJ berhampiran tempat tinggal anda.
3. Di cawangan JPJ tersebut, jangan lupa mengecop geran kereta anda mengikut prosedur mereka. Jangan risau, proses mengecop E-Batal bukanlah perkara yang rumit. Selepas geran tersebut telah di cop, kereta tersebut telah menjadi milik anda sepenuhnya. Mudah kan?
Ramai belum tahu
Ramai yang masih belum mengetahui perkara yang perlu dilakukan selepas habis bayar pinjaman kereta. Ada juga sehingga bertahun-tahun masih tidak membatalkan hak milik. Jadi, bagi anda yang masih belum batalkan hak milik kereta, sila tukarkan sekarang untuk memudahkan urusan pada kemudian hari.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...