Serbuk air minuman seperti Milo, Horlick, Nescafe, kopi memang sentiasa kita beli. Tapi yang menjadi masalah adalah waktu menyimpannya selepas dibuka dari kemasan.
Selepas dimasukkan dalam balang, jika lama tak digunakan ia akan mengeras. Kadang kala serbuk masih banyak tapi dah keras. Jadi satu masalah pula untuk keluarkannya bila jadi macam begini kerana perlu dihancurkan dulu.
Untuk elak perkara ini berlaku terutama untuk yang beli tapi jarang membancuhnya, boleh praktikkan tip mudah ini.
Cuma beli penyerap oksigen untuk makanan atau oxygen absober ini di kedai bakeri atau pun secara online.
Ads
Sewaktu tuang serbuk minuman dalam balang sama ada Milo, Nescafe atau apa juga serbuk termasuklah kopi, teh dan sebagainya letak sekali satu paket penyerap oksigen ini.
Ads
Cara ini serbuk minuman yang disimpan takkan keras kerana udara/oksigen yang jadi punca ia berlaku diserap.
Dikongsi oleh netizen di Facebook idea penggunaan bekas plastik untuk melindungi soket elektrik ini memangnya cukup bernas.
Walau pun menggunakan produk yang murah tapi ia mampu menyelamatkan nyawa anak kecil dari terkena renjatan elektrik yang mana selalu menjadi kerisauan ibu bapa.
Macam mana nak buat? Boleh ikut langkah ini.
Bekas plastik (seeloknya jenis penutup kedap udara) Pisau Glue Gun
Cuaca yang sentiasa panas boleh buat kulit kita perit. Kalau korang antara yang selalu kena kerja di luar dan terdedah dengan panas matahari disarankan gunakan face mist.
Lagi bagus kalau yang gunakan bahan semula jadi memandangkan kita akan selalu menyemburnya pada wajah.
Macam yang dihasilkan oleh Tengku Wdec ini. Menariknya ia dihasilkan dengan menggunakan hanya timun yang memang selalu digunakan dalam rawatan wajah.
Menurutnya face mist ini bukan saja untuk menyejukkan wajah yang perit akibat bahang mentari tapi juga untuk mengecilkan liang pori, tegangkan kulit dan kurangkan mata yang lebam.
Boleh juga digunakan jika wajah mengalami sunburn dan masalah jerawat. Berikut adalah perkongsian Tengku Wdec tentang cara-cara membuat face mist.
Musim panas sekarang ni kan? Kulit rase perit je kan. Meh Tengku ajar cara buat face mist sendiri. Bagus untuk sejukkan kulit muka. Kecikkan liang pori, tegangkan kulit dan eyebag. Perah lemon sikit utk muka sunburn dan jerawat.
Langkah 1
Potong sebatang timun kemudian rebuskan dengan sedikit air. Jangan lama sangat kerana timun kategori sayur. Bimbang hilang khasiat jika direbus lama. Bila agak lembut sikit boleh terus angkat. Sejukkan sekejap.
Langkah 2
Kisar timun yang direbus tadi dengan sedikit air rebusan. Tak perlu banyak airnya. Kemudian tapis, ambil airnya saja.
Langkah 3
Siapa yang ada jerawat atau sunburn boleh perah lemon sikit. Lemon bagus untuk cerahkan kulit dan matikan jerawat.
Langkah 4
Masukkan dalam botol spray, boleh beli di kedai Mr DIY. Bila dah siap simpan dalam peti. Boleh tahan dalam 2 minggu sebab kita dah masak bahannya.
Langkah 5
Bila nak pakai keluarkan sembur je dekat muka. Tak perlu bilas, biar ia kering sendiri di wajah.
Pemergian seorang pemain gitar dan kakaknya akibat terkena renjatan elektrik daripada pemanas air tidak lama dulu tidak dapat dinafikan memberi kesedaran kepada kita akan pentingnya menjaga dan memastikan alatan elektrik di rumah dalam keadaan baik.
Salah satu yang perlu kita perhatikan adalah kotak fius agihan (DB) yang mempunyai fungsi keselamatan jika berlaku aliran elektrik berlebihan.
Menurut Amal Combination, peranti di dalam kotak ini terutamanya ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) sebaiknya diuji sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi jika berlaku apa-apa kepincangan arus elektrik di rumah.
Tidak lama dulu kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkan terkena renjatan elektrik pemanas air.
Di sini saya ingin kongsikan, info yang mungkin ada yang dah tahu, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin ambil ringan. Perkongsian ini adalah umum untuk semua, pengetahuan umum yang perlu diambil tahu.
Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ni, di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yangg penting dalam sistem pengaliran elektrik rumah kita, antaranya yg biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yang masing-masing ada fungsi keselamatan yang tersendiri.
Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi). Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yg kita gunakan dalam rumah kita.
Maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan, arus yg bocor terus akan dibawa ke bumi dgn sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yg memegang alat berkenaan.
1. Pastikan semua alatan elektrik anda disambung dgn wayar bumi (wayar hijau) dengan sempurna, wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.
2. Peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dgn menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB tu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’.
3. Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut Wajib di tukar oleh org yg kompeten.
Jadi lepas ini cubalah tekan ‘test trip’ ELCB kat DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cpat tukar.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...