Bagi yang ingin tampil jelita dicadangkan masuk tidur sebelum jam 11 malam.

Ini kerana mereka yang tidur lewat lebih dari jam 11 malam hingga tiga pagi cenderung makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Amalan ini boleh memberi kesan terhadap metabolisme tubuh yang mana mengganggu proses pelangsingan.

Menurut satu kajian terhadap 85,000 responden oleh produk Jawbone mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding merela yang tidur selepas jam 11 malam.

Selain mengganggu proses menguruskan badan, kebiasaan berjaga juga mempengaruhi keadaan kulit menjadikan ia kusam, mudah berjerawat dan kering.

Menurut Dr. Kirstin Aschbacher, pengkaji dari Jawbone, sekiranya seseorang menjadikan tidur sebelum jam 11 malam sebagai amalan selama setahun ia mampu menurunkan  berat badan sehingga tiga kilogram tanpa diet.

Sumber : The Hufftington Posts