Kalau Nak Cepat Buat Nasi Goreng Chili Flakes Ini. Tak Perlu Tumbuk Apa-Apa Tapi Hasil Sedap!

Share

Nak cepat pergi kerja tapi kena goreng nasi dulu untuk anak-anak makan pagi. Paling pantas buat nasi goreng chili flakes.

Tak perlu tumbuk cili atau bawang. Hanya perlu potong dan tumis saja. Tak perlu pedih tanya dan tak banyak cuci barang lepas masak. Tapi hasilnya sedap…

Cara buat nasi goreng cepat dan sedap ini dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.

Cara buat nasi goreng chili flakes, cepat siap dan sedap

Bangun pagi hujung minggu ni, nak sediakan sarapan paling cepat tapi sedap? Masak nasi goreng resepi saya ni. Tak ada menumbuk, tak ada pedih, tak ada banyak nak kena cuci.

Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 hidangan nasi sejuk
1 kiub ikan bilis / ayam
2-3 sudu besar empingan cili (chili flakes)
2 butir telur
1 biji bawang merah besar
Gula secukup rasa

Cara membuat:

1. Potong bawang, guna penyagat pun boleh. Kemudian tumis.

2. Bila bawang dah mula keemasan, masukkan empingan cili. Kalau tiada empingan cili, gunakan cili kering yang ditumbuk atau dikisar kasar pun boleh. Kalau ada lebihan dari Domino’s, boleh juga guna.

3. Tumis bawang dan empingan cili sampai warnanya meriah macam ni. Bau dia memang menggiurkan. Gunakan api sederhana, empingan cili mudah hangus kalau gunakan api besar.

4. Dah boleh masukkan nasi. Gaul hingga sebati.

5.Sekarang perasakan dengan kiub ikan bilis atau ayam. Kadang kala saya gantikan dengan kicap cair. Kemudian kena letak gula sikit. Saya letak 1 sudu kecil. Ia mengharmonikan pedas dan masin.

6. Akhir sekali saya letak telur. Ada orang suka letak awal.Terpulang pada cara masing-masing.Pastikan telur betul-betul masak.

Siap! Nasi goreng cili kering versi mudah. Kalau nak letak bawang putih, ayam atau apa sahaja, silakan.

Nasi Goreng Cili Kering ni pedas, masin, dan sedikit manis. Manis dari bawang terkaramel dan secubit gula yang kita yang masukkan tadi. Umami dari perasa ikan bilis menjadikan ia gurih.

Selamat mencuba.

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

IKLAN