Selain tanam sayur dalam pasu, ramai juga yang buat raised bed atau garden bed untuk bercucuk tanam. Seronok bila nampak ini pokok pokok sayur ini membesar sekata.

Bila dah tuai tak sabar pula nak tanam yang baru. Jika nak tanam pokok sayur yang baru di garden bed ini dalam tempoh yang sekejap kena tahu cara membaja yang sesuai supaya tanah cukup khasiat untuk pokok baru.

Dikongsi oleh Harun Arun langkah ini boleh dilakukan.

Cara membaja di raised bed

Garden bed ni baru tuai 2 hari lepas, nak gaul semua sekali dengan tinja ayam dah tak sempat dah (tanah dah lama guna asal dulu tanah campuran tanah hitam, topsoil, pasir, tinja ayam).

Nanti nak kena tunggu pula 10 hari baru boleh tanam, kalau lepas gaul terus tanam nanti takut akar kena panas baja. Jadi semalam gembur sikit tanah, pagi ni terus tanam.

Caranya;

IKLAN

Letak baja organik buat style pocket saja. Rate per pocket lebih kurang 2 sudu besar, terlebih terkurang takpa, tak rugi dan tak rosakkan pokok.

Jika Tanam Sayur Dalam Raised Bed, Ini Cara Membaja Selepas Tuai Hasil
Letak baja, pocket style.

Sifat baja organik (baja ni boleh beli di Shopee)  ini slow release, boleh tahan lama duduk dalam tanah & akan sentiasa berterusan supply nutrients pd pokok. Jadi makin rajin kita tambah bahan organik ni tanah makin cantik, tanah boleh guna sepanjang masa, tak perlu ganti lagi dah.

Pocket buat jauh sikit dari pangkal anak pokok lebih kurang 3 atau 4 inci. Sifir tok lagi 7 hari sempat akar anak pokok ambik nutrien kat situ. Buat sementara ni biar pokok makan dari sisa-sisa baja yg ada tertinggal dalam tanah sebelum ni.

IKLAN
Selain itu:  3 Cara Mudah Hilangkan Kesan Kuning Kunyit & Bau Cili Pada Blender

Jika Tanam Sayur Dalam Raised Bed, Ini Cara Membaja Selepas Tuai Hasil

Rumput-rumput kering yang letak sebelum ni dah digembur sekali dengan tanah, bila dah terurai nanti bakal jadi baja. Hari ni tambah rumput baru pula.

Info sungkupan
Atas raised bed ini letat rumput kering sebagai sungkupan. Tapi kalau nak guna rumput sebagai sungkupan kena solarization dulu bagi benih rumput mati. Masukkan saja dalam plastik, ikat, jemur tengah panas 1 atau 2 minggu baru guna. Boleh juga buat sungkupan guna daun-daun kering.

IKLAN

Jika Tanam Sayur Dalam Raised Bed, Ini Cara Membaja Selepas Tuai Hasil

Info buat raised bed
Boleh guna tanah campuran, kalau bed tinggi boleh letak rumput/daun/sisa dapur bahagian di bahagian dasar.

Semoga bermanfaat

Sumber: Harun Arun

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI