Kalau di rumah ada bercucuk tanam atau berkebun kita biasa berdepan masalah tanaman diserang semut, ulat beluncas, bena putih dan lalat buah.
Semua ini akan merosakkan sayur malah buah juga. Daripada guna bahan kimia untuk selesaikan masalah, lebih cuba cara semula jadi yang lebih selamat seperti yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad.
Dia menyelesaikan masalah serangan serangga perosak dengan cara membuat air semburan dari kulit bawang. Hasilnya dalam masa beberapa hari masalah serangan haiwan di atas akan selesai.
Cara membuat air semburan rendaman kulit bawang juga ada dikongsi.
Ads
DIY air kulit bawang untuk pokok sayur kena serangga perosak
Ini petua untuk elak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip,bena putih dan lalat.Cara cara seperti di bawah. Selepas tiga hari guna, puas hati rasanya. Semut kecik dan semut hitam pun dah tiada.
1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
Ads
2. Rendam kulit bawang ini seketika dalam beberapa minit.
3. Kemudian isi penuh air dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup. Simpan dua hari di bawah singki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L, contoh botol jus oren Twister. Kemudian tambah air paip supaya penuh.
Ads
Cara penggunaan
Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air.
Sembur pada pokok bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. InsyaAllah masalah tanaman akan berkurangan.
Hampir setiap rumah kita ada tong gas, tapi tahukah kita apa yang perlu dilakukan bila satu dapur berbau gas akibat tong gas bocor?
Dalam perkongsian di media sosial netizen berkongsi apa yang perlu dilakukan.
Pulang ke rumah pada tengah malam selepas makan malam di sebuah restoran, seorang lelaki terhidu bau gas yang tersebar di sekitar rumah.
Lelaki itu pergi ke dapur untuk mencari bau yang lebih kuat. Fikiran bawah sedar mendorongnya untuk menghidupkan lampu, dan dapur meletup. Suami mati dengan serta-merta dan isteri dimasukkan ke ICU.
Perabot dilihat 200 meter dari rumah, bermakna letupan paip gas itu lebih kuat daripada bom.
Pelajaran yang diperoleh dari kejadian yang mengerikan ini ialah:
1. Apabila terhidu bau gas, jangan terus hidupkan lampu, tetapi buka semua pintu dan tingkap dengan tenang, supaya tidak ada percikan api.
2. Kemudian tutup tabung gas dan jangan pasang lampu sehingga bau gas hilang sepenuhnya.
3. Juga jangan buka peti sejuk jika anda bau gas, kerana ia juga boleh menyebabkan letupan, dan juga kipas sedutan (exhaust fan) kerana ia mempunyai cas elektrik. Hanya perlu buka tingkap.
Salah satu hidangan air yang popular bulan puasa ini adalah air katira. Walau asal minuman ini dari Johor tapi orang luar pun ramai yang suka. Sebab itu ada banyak gerai yang menjual air ini.
Walau pun begitu kebanyakan yang dijual adalah air katira yang diubah suai dari resipi asal. Dah tak sama. Air katira yang betul-betul asli jarang sangat ada dijual.
Nak tahu macam mana air katira asli, boleh rujuk perkongsian dari orang Johor sendiri iaitu dari Kamarul Ariffin Nor Sadan. Memang minum segelas tak cukup.
Di Johor, minuman yang sentiasa popular di bazaar Ramadan adalah Air Katira. Ramai peniaga jual, tapi sebahagian besar guna resepi tangkap muat. Hari ni kita buat resepi asli Johor.
Bahan-bahan:
1 sudu besar katira
1 sudu besar biji selasih
3 biji kurma
3 biji kembang semangkuk
4 biji badam
4 helai daun pandan
4 sudu besar gula
1 liter susu segar
*Untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml
Cara penyediaan
1. Ini katira. Ia juga dipanggil sebagai getah anggur/gond katira/gum tragacanth. Benda ni lah yang memberi nama kepada minuman itu. Jika peniaga jual air katira tapi tiada benda ni, maka peniaga tak jujur.
Katira ni boleh di beli di pasaraya(kawasan jual rempah ratus), kedai tabib cina atau kedai jual peralatan hindu. Saya beli online (Shopee/Lazada) je.
2. Minuman ni berasal dari timur tengah(tak pasti negara mana) dan di bawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang. Johor naturalisasikan minuman ini menjadi minuman tempatan.
Orang Johor buat perubahan sedikit dari segi bahannya. Orang timur tengah gunakan air mawar untuk mendapatkan aroma segar, tapi di Johor ia diganti dengan pandan.
3. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.
4. Macam ni. Semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, kira dah boleh angkat dan tos. Biasanya perlu sekitar 4-6 jam.
5. Sementara tu, potong badam. Cincang pun boleh. Daun pandan tu saya carik halus, sekadar untuk hiasan.
6. Daun pandan tadi, kita rebus dengan air dan gula untuk dapatkan aroma dan warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.
7. OK bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik. Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya.
Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.
8. OK sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos tau. Jangan kau tuang terus dalam susu tu. Cair susu tu karang. Jangan lupa masukkan badam.
9. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat. Hiperglikemia karang!
10. Itu dia! Kita punya air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...