Kalau Serabut Tengok Periuk Kuali Tak Tersusun, Pasang Rail Ini Bawah Kabinet. Lepas Cuci Terus Gantung

Share

Selalunya kuali lepas basuh dan kering kita letak bawah singki. Selain orang tak nampak, senang nak ambil bila nak masak.

Tapi mata tetap rimas kalau kuali ini tak tersusun meski pun letak dalam kabinet. Kalau rasa serabut, boleh gantung kuali ini ikut perkongsian Reezal Jelita 

ini. Modal cuma RM20 tapi hasilnya kuali tergantung kemas.

Guna drawer slide, modal RM20

Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja.

1. Drawer slide atau rail boleh beli kat Shopee sepasang dalam lebih kurang RM10 (link kalau nak beli SINI
). Kayu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.

2. Skru 2 bahagian ni.

3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.

4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.

5. Pasang satu lagi bahagian slide.

Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.

Selamat mencuba!

Klik SINI kalau nak beli drawer slide/rail

Sumber: Reezal Jelita

 

IKLAN