
Isi Kandungan
ToggleSelalunya kuali lepas basuh dan kering kita letak bawah singki. Selain orang tak nampak, senang nak ambil bila nak masak.
Tapi mata tetap rimas kalau kuali ini tak tersusun meski pun letak dalam kabinet. Kalau rasa serabut, boleh gantung kuali ini ikut perkongsian Reezal Jelita ini. Modal cuma RM20 tapi hasilnya kuali tergantung kemas.
Guna drawer slide, modal RM20
Share sikit DIY tempat gantung kuali bawah kabinet singki. Modal dalam RM20 saja.
1. Drawer slide atau rail boleh beli kat Shopee sepasang dalam lebih kurang RM10 (link kalau nak beli SINI). Kayu boleh pakai apa-apa kayu yang sesuai.
2. Skru 2 bahagian ni.
3. Pasang hook screw, boleh beli kat Shoppe atau hardware.
4. Screw dulu 1 bahagian. Slider tu boleh cabut dulu 1 bahagian.
5. Pasang satu lagi bahagian slide.
Dah siap! Boleh slide keluar supaya boleh capai kuali yang belakang.
Selamat mencuba!
Klik SINI kalau nak beli drawer slide/rail
Sumber: Reezal Jelita
Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas, Yang Penting Ada Periuk Besar, Api Kecil!

Isi Kandungan
Toggle
Takde oven nak masak kek? Takde masalah! Boleh saja bakar kek dalam periuk guna dapur gas.
Sebenarnya ini jugalah cara yang digunakan oleh orang tua kita dulu untuk masak kek. Dan kek pula elok saja kejadiannya.
Bagi yang tiada oven tapi nak masak kek, boleh ikut cara yang dikongsi oleh Nor Elyani Ramli. Resipi mungkin sama tapi cara masak kek atas dapur itu yang penting (baca tip dulu bahagian bawah ya). Cantik & gebu kek dia.
Kek Marble Masak Atas Dapur Gas
Bahan-bahan:
1 cawan margerin (saya guna cap Pelangi )
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu kecik esen vanilla
5 bijik telur size B
2 sudu besar susu cair
Pewarna hijau & merah
Cara membuat:
- Pukul gula dgn margerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair.
- Masukkan telur sebijik demi sebijik & pukul sampai sebati. Akhir sekali masukkan tepung yang dah diayak.
- Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian utk letak pewarna. Tuang adunan dalam loyang (corak ikut cita rasa).
- Ambil periuk besar yang boleh muatkan loyang, letak atas dapur. Masukkan loyang dalam periuk dan tutup periuk.
- Masak dengan api yang kecil dalam 45 minit. SIAP.
Tip penting
1) Periuk kena tutup semasa bakar/masak kek
2) Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim/kukus
3) Boleh letak alas bahagian dalam periuk dengan tudung periuk / pasir atas apa-apa petua yang mak-mak kita ajar sebelum letak loyang kek. Tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk.
4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek belum masak dalam waktu itu, tambah masa 5 ke 10 minit lagi.
5) Saya tak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau ada yang nak panaskan dulu, terserah.
Sumber: Nor Elyani Ramli
Kegunaan Bawang Putih Selain Untuk Masak Boleh Halau Haiwan Perosak

Isi Kandungan
ToggleKegunaan bawang putih bukan saja untuk masakan tapi juga boleh dimanfaatkan untuk menghalau dan mengawal haiwan perosak di rumah.
Antaranya seperti tikus, lalat, lipas, cicak dan juga nyamuk. Tapi cara untuk menggunakan bawang putih untuk tujuan ini perlulah betul. Berikut adalah panduan yang boleh anda gunakan.
1. Halau tikus
Kaedah: Letakkan ulas bawang putih yang dihancurkan atau pes bawang putih di kawasan yang sering dilalui oleh tikus.
Kesan: Baunya yang kuat akan menghalau tikus dan menghalang mereka dari memasuki rumah anda.
2. Hindari lalat
Kaedah: Kisar bawang putih dengan air dan tapis campuran tersebut. Semburkan di kawasan yang sering dikunjungi lalat.
Kesan: Lalat akan dijauhi oleh bau bawang putih dan menghindari kawasan yang telah disembur.
3. Hapuskan kutu rambut
Kaedah: Hancurkan bawang putih menjadi pes, cairkan dengan air, dan sapukan pada kawasan yang terjejas.
Kesan: Bawang putih akan menyebabkan kutu lemas dan menghalau mereka, membantu membersihkan kutu dari rambut atau kulit.
4. Halau lipas
Kaedah: Hancurkan ulas bawang putih dan letakkan di sudut atau kawasan yang sering dikunjungi lipas. Sebagai alternatif, campurkan bawang putih yang dihancurkan dengan air dan semburkan campuran tersebut.
Kesan: Lipas akan dijauhkan oleh bawang putih dan mengelakkan kawasan yang telah dirawat.
5. Bawang putih elak cicak masuk rumah
Kaedah: Letakkan bawang putih yang dihancurkan di ambang tingkap, pintu, dan tempat-tempat yang sering dilihat cicak.
Kesan: Bau bawang putih yang kuat menghalang cicak daripada memasuki atau tinggal di kawasan tersebut.
6. Elak nyamuk
Kaedah: Campurkan minyak bawang putih dengan air dan semburkan di sekitar rumah, pada tumbuhan, atau di kawasan yang sering dijadikan tempat berkumpul oleh nyamuk.
Kesan: Aroma bawang putih yang tajam akan menghalau nyamuk, menjauhkan mereka dari kawasan yang telah disembur.
Bawang putih adalah penyelesaian kawalan perosak semula jadi dan mesra alam yang berkesan tanpa bahan kimia yang berbahaya.
Sumber: Irranun peace
Artikel berkait: Mudah Rupanya Tanam Bawang Putih, Tanam Ulas Cara Menegak Dan Kambus
Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

Isi Kandungan
ToggleSiapa saja yang tak suka makan donut ini, dari anak kecil sampailah yang dewasa kebanyakannya suka. Dapat pula donut susu yang lembut teksturnya, tak liat lagilah sedap.
Biasanya kalau nak dapatkan donut lembut sebegini kita akan guna pelembut roti tapi sebenarnya tak guna bahan ini pun boleh. Ada cara lain untuk dapatkan donut yang lembut malah kekal begitu sampai petang.
Dikongsi oleh Nurul Ijlah penjual donut sendiri, ini cara membuat adunan donut yang lembut tanpa guna pelembut roti.
Cara buat donut susu yang lembut tanpa guna pelembut roti
Ijla nak share resepi donut susu yang hot sales sekarang ni, kalau open order je ramai betul yang nak. Adunan uni tanpa pelembut roti ya tapi tetap lembut sampai petang.
Bahan-bahan
250g tepung hp
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung tak sama)
1 sdb susu tepung (saya guna Fernleaf full cream)
40g gula
30g butter
2-3gm yis
Cara membuat:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker, masukkan sekali tepung, susu tepung dan gula.
2. Set masa uli lebih kurang 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter. 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli smpai yis sebati dengan doh.
3. Selesai uli, bolehlah rounding dann bentukkan doh ikut berat yg diingini.
Info: Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras donut akan keras. Cukup sekadar doh tak melekat di tangn dan mudah untuk proses rounding
Tip menggoreng donut
- Sebelum menggoreng angkat doh yang dah dibentuk, pastikan doh tak mlekat di tangan dan rasa ringan. Bila ditekan guna jari doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari masih ada sikit saja.
- Kalau tiada kesan jari maknanya masih belum boleh digoreng sebab still underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.
- Untuk menggoreng gunakan api perlahan dan minyak kena panas. Goreng donut dengan cara 1 kali balik.
- Untuk salutan, guna sukatan 2:1, susu tepung 2 sdb: gula castor 1 sdb. Blend dan salutkan donut bila dah suam sejuk.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nurul Ijlah