Pokok bendi antara pokok sayur yang ditanam di sekitar kediaman. Bezanya cuma banyak buah atau tidak.
Jika kurang boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Wahida Hambali yang punya kebun penanaman bendi.
Tip nak bagi cabang pokok bendi banyak
1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8.
2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point. Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik.
5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan, tidak perlu tapi kalau musim panas 2 kali sehari.
6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah untuk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman. Klik SINI untuk beli.
Ads
INFO: Untuk ukur tahap pH tanah boleh beli alat penyukat. Boleh klik SINI untuk beli.
Nak beli kereta terpakai atau kereta second hand memang kena buat pemeriksaan dengan teliti. Kereta ini memang lebih murah dari segi harga malah boleh dapat yang elok juga jika pandai mencari dan memilih.
Cumanya untuk pilih kereta terpakai bagi digunakan seharian, kenalah tahu apa yang perlu diperiksa sebelum beli. Jangan terus percaya bulat-bulat apa yang disembang oleh penjual kereta. Ini antara pesan yang dikongsi oleh Iffat Salleh yang berpengalaman membeli menggunakan 6 buah kereta terpakai.
Beliau juga berkongsi panduan penting apa yang perlu periksa dan diteliti sebelum membeli kereta terpakai.
8 tip sebelum beli kereta terpakai
Aku dah pakai 6 biji kereta terpakai. Ada yang bagus, ada yang teruk. Ada yang beli direct owner, ada beli dari kedai. So, ini ialah tip untuk korang beli kereta terpakai.
Perkara paling penting, jangan percaya sepenuhnya cakap owner & salesman.
“Tak pernah eksiden”
“Bukan kereta banjir”
“Kondisi perfect”
Ini semua ayat paling bahaya, so jangan percaya 100%. Pastikan anda check betul-betul beberapa perkara ini sebelum beli kereta terpakai.
1. Periksa pintu, bonet dan minyak
Perkara pertama kena buat ialah check semua pintu & bonet belakang. Cuma perlu buka & tutup. Buat beberapa kali.Kalau berbunyi pelik, kalau susah buka & tutup maka tinggalkan kereta segera. Comfirm kena baiki.
2. Pegang stereng
Masuk kereta, pegang stereng, pusing kiri sampai habis, pusing kanan sampai habis
Kalau ada bunyi kluk kluk, klak klak, maka comfirm rosak steering rack & komponen berkaitan. Makan modal.
3. Start enjin
Start enjin kereta dan lihat gegaran pada dashboard meter. Kalau bergegar, maka comfirm engine mounting kena tukar. Makan modal juga.
Kalau tak tahu gegar atau tak, ambil botol mineral kecil berisi separuh air, letak atas dashboard. Air bergoncang, rosak la tu.
Foto Freepik
4. Tekan brek dan masuk gear D
Ini penting, kadang-kadang dah start enjin tak terasa sangat getaran. Jadi kena masuk gear D & tekan brek. Tengok dashboard bergegar atau tak. Same issue, engine mounting problem.
5. Cari zebra line
Pandu uji kereta, cari jalan yang ada zebra line atau crossing line. Ada dua cara:
Cara 1: Bawa slow, bawah 50kmh melintasi zebra line.
Cara 2: Bawa laju sikit around 50-90kmh melintasi zebra line
Kenapa? Kalau melintasi zebra line ada bunyi KUK KUK KUK, KAK KAK KAK. Maka undercarriage problem. Lower arm, drive shaft dan absorber kena tukar.
Lagi makan modal. Confirm owner tak pernah tukar lagi.
6. Kelajuan 80-100KMH
Kalau masa speeding ada gegaran pada stereng, maka ada masalah pada absorber, shaft atau rim. Gegaran akan berlaku pada 80-90kmh, lepas 100kmh akan hilang. Jadi benda makan modal juga. Hati-hati kalau nak beli
7. Periksa kebocoran
Yang ini leceh sikit, kena tunduk bawah untuk tengok leaking. Tengok dalam enjin.
Sebaiknya bawa sorang kawan yang mahir bab enjin ini untuk tengok leaking.
8. Periksa aircond
Buka aircond pada kadar minimum. Takat 1, suhu 20 celcius. Tunggu 5 minit. Tengok sejuk atau tak. Kemudian naikkan 1 takat lagi & tunggu 5 minit.
Ulang sampai habis full takat. Kemudian turunkan suhu pula sampai level LO. Kalau semua sejuk, maka cun la tu.
Nak beli kereta terpakai cari yang kurang problem, makin jimat kos untuk baiki. Makin banyak problem, boleh minta less harga lagi. Kalau korang nak belajar ilmu kereta untuk elak penipuan, belajar di sini.
Pengalaman dengan kereta terpakai ini memang banyak tapi aku tak pernah serik beli kereta terpakai. Sebab ianya lebih jimat berbanding beli baru.
Bagi yang menerima banyak daging korban, menu daging mungkin kerap dihidang di atas meja sepanjang minggu ini. Selain sup, gulai, goreng kunyit satu lagi menu daging yang mengancam selera boleh kita buat nanti adalah daging rebus air asam. Kalau makan lauk ni memang confirm licin pinggan dibuatnya.
Bukan saja sedap tapi cara nak buat pun senang. Rebus, kisar, gaul dah siap. Resipi lengkap dikongsi oleh Farhana Ismail.
Bahan-bahan:
Daging – direbus dan dipotong
Bahan kisar :
Sedikit cili besar
Sebiji tomato
6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang disukai
Air asam secukupnya
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan dipotong
1 biji tomato
Cili padi
Cili besar
Bawang besar
Cara membuat:
1. Kisar bahan dikisar tapi jangan sampai hancur lebur ya. Kisar kasar.
2. Tuang bahan kisar dalam mangkuk dan masukkan bahan yang dipotong tadi. Gaul.
3. Akhir sekali masukkan daging yang direbus tadi.
Siap dah boleh makan. Hidang pulak dengan ulam, memang terbaik.
Rendang pedas ikan kayu boleh jadi sajian bagi penggemar rendang dan nak cuba sesuatu yang lain daripada biasa.
Selalunya kita jumpa rendang ayam atau daging, tapi ramai yang tak tahu rendang ikan kayu atau ikan tongkol ini sangatlah sedap sampai jadi kegemaran keluarga
Laila Safiah.
Katanya, setiap kali beli ikan kayu, rendang pedas ini mesti jadi pilihan.
Cara buat rendang pedas ikan kayu
Bahan-bahan
1 ekor ikan kayu (anggaran 600gm) – dipotong dan dibersihkan
4 ulas bawang kecil – dihiris nipis
2 batang serai besar – dihiris & ditumbuk
8 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi merah – dikisar
Sehelai daun kunyit – dihiris halus
3 keping asam keping
250ml santan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara membuat
1. Kisar cili kering dan cili padi merah hingga lumat.
2. Satukan semua bahan dalam kuali termasuk ikan (tak perlu digoreng).
3. Masak atas api sederhana, kacau selalu hingga rendang menjadi pekat dan agak kering.
TIP
Jika mahu rasa lebih berlemak guna santan pekat dan tambah sedikit hirisan daun limau purut.
Lebih pedas? Tambah cili padi ikut tahap kepedasan yang diingini.
Ikan boleh digoreng dahulu jika suka tekstur isi yang lebih kukuh dan tidak mudah hancur.
Sesuai dimakan dengan nasi putih panas, nasi impit atau lemang.
Boleh juga disimpan dalam peti sejuk dan panaskan semula — lebih sedap esoknya!
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...