Ramai yang selalu mengadu ruang tv di rumah selalu nampak serabut dengan wayar. Sebab itu ada yang sanggup berhabis untuk buat kabinet khas untuk bahagian ini.
Tapi selain buat kabinet ada lagi cara lebih jimat tapi hasilnya ruang tv yang berselirat dengan wayar itu akan nampak kemas.
Boleh guna idea yang dikongsi oleh Atiqa Razak yang hanya menggunakan frame wainscotting dan juga wallpaper untuk memastikan ruang ini teratur.
Sebelum
Ads
Cat bahagian dinding dengan warna pilihan, saya guna jenama Jotun code cat Sable Stone (10342). Ruang untuk bahagian tv saya biarkan untuk tampal dengan wall paper. Ukur siap-siap.
Pasang bingkai wainscotting untuk bahagian tv, saya guna kayu wainscotting yang dibeli di hardware. Cat dulu sebelum pasang guna gam.
Boleh tambah floating shelf. Boleh beli online. Klik SINI untuk beli.
Kemudian boleh pasang wallpaper 3D yang memang siap ada gam di belakangnya.
Ads
SIAP
Ads
Kabinet kayu beli harga RM240. Boleh klik SINI untuk beli.
Memang sengaja pilih wall paper warna hitam supaya wayar tv tak jelas kelihatan. Macam tak nampak pun kan.
Total untuk DIY ini lebih kurang RM300 lebih kurang. Harga termasuk frame wainscotting, kabinet tv coklat (6ft), wallpaper 3D dan floating shelf.
Kalau selama ini kulit telur selalunya kita buang saja, lepas ni simpan sikit untuk semai biji benih untuk bercucuk tanam.
Senang dan jimat, tak perlu beli bekas semaian. Nak ubah ke pasu pun mudah. Cuma pecahkan dan tanam. Penggunaan kulit telur ini juga ada kelebihan untuk tanaman.
Jika nak cuba kaedah ini boleh ikuti langkah yang dikongsi oleh Siti Yahya yang memang mempraktikkan cara semaian begini.
1. Mula-mula bersihkan dulu kulit telur yang nak digunakan untuk buang lendir. Boleh jemur atau ;ebih mudah, masukkan dalam microwave dan panaskan selama 2 minit.
2. Seterusnya boleh masukkan tanah campuran dalam kulit telur. Tapi pastikan tanah ini dibasahkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.
3. Letak satu biji benih saja dalam kulit telur.
4. Tempatkan kulit telur berisi biji benih ini di ruang yang teduh, tidak terkena matahari terus. Boleh juga letak atau tumpang di mana-mana pasu berisi tanaman supaya terlindung.
5. Siram sekali sehari saja. Memandangkan kulit telur ini kecil saiznya, boleh celupkan tangan dalam bekas air kemudian titiskan dalam bekas semaian telur tadi.
6. Bila biji benih bercambah dan keluar 4 helai daun bolehlah alihkan ke pasu. Caranya, angkat dan genggam kulit telur supaya pecah sedikit dan terus tanam dalam pasu bersama kulit telur tadi.
Penggunaan kulit telur ini sebenarnya ada kelebihan, baik untuk tanaman kerana kulit telur itu sendiri ada unsur kalsium untuk suburkan tanaman.
Petua menggunakan air basuhan beras untuk kesuburan tanaman ramai yang maklum malah dan menggunakannya.
Tapi tahukah kita apa kandungan air basuhan beras ini yang menyebabkan sangat berkhasiat untuk tanaman hingga menjadikan ia begitu subur sekali.
Supaya kita tidak sekadar mengikut saja, ini kelebihan dan nutrisi yang ada dalam air basuhan beras hingga membuatkan ia mampu menyuburkan tanaman.
Rasanya ramai geng kebun yang dah biasa guna air basuhan beras untuk buat siram pokok. Betul ke air ni bagus untuk pokok? Tinggi sangat ke nutrien yang terkandung dalamnya hingga beri kesan pada pertumbuhan tanaman? Jom kita sembang santai-santai tentang khasiat air basuhan beras.
Dalam kandungan air basuhan beras memang tersedia nutrients & mineral antaranya nitrogen, Phosphorus, potassium, calcium, zinc, iron,protein, amino acids & vitamin. Tapi dalam jumlah yang sangat kecil, tak dapat nak gantikan dengan fungsi baja yang biasa yg kita guna.
Untuk tumbuhan kecil/indoor plant mungkin cukup, tapi tak cukup untuk tanaman yang lebih besar. Jadi apa rahsia sebenar yg menyebabkan air ini beri kesan yang bagus pada pertumbuhan pokok.
Rahsia subur kerana kandungan kanji yang tinggi
Rahsianya terletak pada kanji atau karbohidrat yg menjadi bahan utama air beras dan bukan pada kandungan nutriennya. Kanji yang tinggi terkandung dalam air basuh beras ni bukannya menyediakan makanan untuk pokok, tapi pada bakteria yang amat penting iaitu lacto bacilli(strain yg sama yg ada dalam Yakult).Lacto bacteria ini amat berguna utk tanaman, ia menolong perkembangan mycorrhizal fungi.
Mycorrhizal fungi pula akan membuat rangkaian dengan akar tumbuhan(symbiosis relationship between plants & mycorrhizal). Fungi ini akan mengalakkan perkembangan akar dengan lebih baik, banyak & meluas.
Secara tak langsung dapat meningkatkan tahap penyerapan air & nutrient oleh pokok. Pokok yang ada fungi ini juga tempoh jangka hayatnya lebih lama, lebih rintang pada bad pathogen, tahan pada kemarau yang melampau dan banyak lagi manfaatnya.
Cara penggunaan air beras ada dua;
– Cara pertama mudah saja, lepas basuh terus siram.
– Cara kedua yang biasa saya amalkan peram dulu 3 hari (waktu ini beneficial microorganisms paling banyak & jumlah plant nutrients dalam meningkat 2 kali ganda berbanding cara pertama, lebih dari 3 hari dia akan mula menurun).
Kemudian bolehlah buat siraman 2 minggu sekali. Jangan kerap sangat nanti akan beri kesan tak bagus utk tanaman. Ini kerana kanji yg berkumpul banyak sangat akan mengundang bakteria & fungi jahat. Ia boleh menimbulkan masalah root rot/reput akar & masalah tanah jadi keras/air payah nak serap.
Dah beli minyak wangi mahal-mahal, tak bau pulak! Beli yang ori tau! Ha ini mesti korang salah cara pakai.
Nak pastikan minyak wangi yang dibeli tahan lama baunya kenallah praktik tip ini.
Sebelum pakai kenalah kenal pasti bahagian mana nak sembur supaya tahan lama. Sembur pada bahagian dada ya. Wangian mampu kekal lama sebab bahagian ini tak banyak pergerakan dan kalau berpeluh pun ia akan meningkatkan lagi haruman minyak wangi.
Selain dada sebaiknya sembur pada kulit yang panas. Antaranya boleh menyembur pada nadi tangan, siku, celah peha, belakang lutut atau pergelangan kaki untuk kekalkan baunya.
Kalau kulit jenis kering sebaiknya lembapkan dulu dengan losyen. Tapi seeloknya pilih yang tiada bau. Paling tidak sapu Vaseline pada bahagian yang disembur terutamanya di bahagian nadi.
Waktu paling sesuai untuk menyembur minyak wangi supaya baunya kekal lama adalah adalah selepas mandi sebelum mengenakan baju.
Sebelum menyembur minyak wangi jangan goncang botolnya. Tapi ini dah macam jadi kebiasaan kita kan. Perbuatan menggoncang botol minyak wangi ini membuatkan udara mudah masuk dan mengurangkan kualiti harumannya.
Selepas sembur, ramai yang gosok bahagian tersebut tapi sebenarnya cara ini salah. Elakkan menggosok minyak wangi yang telah disembur kerana ia boleh menjejaskan molekul wangian hingga menjadikan baunya berubah.
Sembur minyak wangi pada jarak 4-6 inci dan semburan tak perlu terlalu lama. Sekejap je!
Selepas menggunakan minyak wangi, simpan di tempat yang sejuk, kering dan jauh dari tingkap. Cahaya, kepanasan dan kelembapan juga boleh menjejaskan kualiti bau minyak wangi.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...