Kalau Tanam Pokok Bendi Buat Tip Ini Supaya Pokok Banyak Cabang & Meriah Buah

Share

 

Pokok bendi antara pokok sayur yang ditanam di sekitar kediaman. Bezanya cuma banyak buah atau tidak.

Jika kurang boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Wahida Hambali yang punya kebun penanaman bendi.

Tip nak bagi cabang pokok bendi banyak

1. Pastikan tanah subur julat ph antara 5.8 hingga 6.8.

2. Tanam hanya 1 pokok sahaja 1 point. Jarak tanaman : 1.5 kaki hingga 2 kaki antara pokok. 1 batas boleh tanam 2 baris. Saiz batas bendi 4 kaki lebar batas dan 5 kaki lorong kerja. Atau 4 kaki pun boleh. Ruang sangat penting untuk pokok berkembang dengan baik.

3. Pembajaan seminggu sekali. Jadual baja boleh rujuk posting saya sebelum ini. https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n

4. Kawalan serangga dan penyakit serta foliar (semburan baja cecair terus pada daun) seminggu sekali. https://www.facebook.com/100000440981542/posts/4231795596845098/?d=n

5. Penyiraman sehari sekali. Kalau hujan, tidak perlu tapi kalau musim panas 2 kali sehari.

6. Semburan mikrob penyubur tanah diberikan sebulan 2 kali pada pangkal pokok dan tanah untuk memastikan kesuburan tanah berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh penanaman. Klik SINI

untuk beli.

INFO: Untuk ukur tahap pH tanah boleh beli alat penyukat. Boleh klik SINI untuk beli.

Sumber: Wahida Hambali

 

 

 

IKLAN