Ramai antara kita yang menanam pokok buah keliling rumah tapi hasil buah tak memberangsangkan. Buah tak lebat, tak manis dan banyak yang buruk atau dimakan ulat.
Agar pokok tak kira jambu, mangga, durian dan sebagainya menghasilkan buah yang elok, dan lebat boleh praktikkan dua jenis air semburan ini.
Dikongsi oleh Sasya Arisya, beliau mempraktikkan dua jenis semburan ini pada pokok jambu yang ditanam.
Sebelum ini buah jambu kurang lebat dan serta buahnya banyak berulat tapi setelah menyembur air baja dan air racun untuk elak serangga ini, pokok jambu berbuah lebat dan manis.
2 jenis air semburan untuk pokok buah
Saya kongsikan sekali tip & cara bancuhan baja dan racun yang saya praktikkan.
Ads
1. Semburan untuk elak serangga perosak/ lalat buah
Bahan yang diperlukan:
-100ml air tembakau
– 3ml cuka kayu
– 5ml sabun pencuci pinggan(tak kisah jenama apa pun)
– Botol spray( boleh beli di kedai ECO)
– Penyukat (Saya guna penutup ubat yg tidak digunakan lagi)
Cara membancuh:
-Campur semua bahan & boleh terus digunakan.
-Sembur ke pokok, daun atau serangga.
-Lebih disarankan sembur waktu petang selepas jam 6 petang atau malam sebab serangga aktif waktu malam.
Ads
2. Air baja Yakult
Ia merupakan hormon untuk pokok berbuah lebat, sesuai untuk semua jenis tanaman.
Ads
Bahan yang diperlukan:
-2 biji telur
-1 botol yakult
-1 botol mineral (tanpa air, botol sahaja)
Cara membancuh:
-Pecahkan telur kemudian masukkan dalam botol mineral guna corong. Masukkan sebotol yakult.
-Tutup botol & goncang hingga sebati.
-Sebelum perap, kempiskan botol baru tutup penutup botol.
-Perap selama seminggu.
-Simpan ditempat bersuhu bilik, elakkan terkena cahaya matahari.
Cara guna:
Untuk buat semburan ke pokok bancuh 2-3 sudu besar air baja ini dan campur dengan 20 liter air.
Untuk siraman ke tanah, bancuh 5 sudu besar air baja bersama 20 liter air.
Siram/sembur pagi & petang. Seminggu sekali pun cukup.
Bestnya makan ikan bakar cicah air asam. Lagi syok ikan bakar guna arang. Aromanya menambat selera. Lagi satu kelebihan bakar guna arang, ikan masak sekata dan dapur gas pun tak tersumbat.
Tapi kalau di rumah guna dapur gas macam mana nak buat ikan bakar pakai arang?
Ha ada triknya. Idea ini dikongsi oleh Nurhayati Zai.
Caranya letak arang yang dah dibakar dalam periuk yang tak digunakan. Macam mana nak buat, boleh ikut perkongsian Nurhayati.
Cara bakar ikan guna arang atas dapur gas
Menu hari ini ikan bakar. Cara saya bakar ikan atas dapur;
Bakar arang atas api dapur gas. Pecahkan arang jadi bahagian yang kecil supaya senang menyala.
2. Letak arang yang dah menyala tadi dalam periuk yang tidak digunakan.
3. Hidupkan api kecil, biarkan seketika supaya periuk panas dan arang terus menyala. Kemudian letak ikan atas besi pemanggang dan bakarlah seperti biasa.
TIP
Cara ini ikut keadaan dapur, lebih sesuai kalau dapur dekat dengan tingkap. Sebab ada sesetengah arang menghasilkan asap yang tebal. Kalau jauh dari tingkap, nanti asap akan memenuhi ruang rumah.
Kalau nak pakai kuali yang tak digunakan pun boleh juga.
Resipi sambal ikan bakar
Norhayati juga turut berkongsi resipi sambal untuk ikan bakar. Bolehlah kalau nak cuba.
Bahan yang digunakan:
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Cili merah
Serai
Cara membuat:
Kisar semua bahan termasuk serai.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis sampai pecah minyak.
Bila sambal dah masak, sapu pada ikan dan bakar ikan seperti biasa.
Sekarang ramai yang pilih pintu pagar jenis ini. Lebih privacy, dan lindung aurat famili. Cantik pun cantik. Cuma kos untuk tukar kepada pagar jenis ini boleh tahan harganya mencecah RM3,000-RM4,000.
Tapi kita ada saja pilihan cara untuk jimat. Apalagi DIY lah. Jika buat sendiri bajet yang dikeluarkan tak sampai RM350 seperti yang dilakukan oleh Muhammad Faizal. Bagi yang nak buat sendiri, boleh jadikan perkongsian beliau sebagai panduan.
Kos sekarang cecah RM3k-RM4k!
“Alhamdulillah setelah 3 hari siap jugak pagar DIY. Asalnya nak tukar tapi bila fikir balik kos dalam RM3k-RM4k jugak.
Maka dengan bantuan skill tukang waktu belajar kemahiran hidup di sekolah maka inilah hasilnya. Kos cuma RM350, masih ada balance. Misi utama untuk tertutup supaya lebih privacy.”
Kerang, lala, kepah memang sedap dimakan tapi masalah kekotoran dan pasir buat ramai yang jadi tak rajin nak memasaknya. Selain itu bila dah masak ada juga kerang dan lala susah nak dibuka.
Sebenarnya ada cara mudah untuk selesaikan masalah ini. Jika nak masak kerang, lala, kepah dan hidangan bercengkerang seperti ini praktikkan petua yang dikongsi di bawah.
Insya-Allah pasir dari lauk cengkerang ini akan keluar dan terbuka bila dimasak. Jadi taklah susah untuk dikupas.
Tip kerang bersih dan mudah terbuka
Cara mudah nak bersihkan kerang guna tepung dan lada kering. Caranya;
Jika kerang masih ada selut, bersihkan dulu.
Kemudian rendam kerang dengan tepung gandum dan lada kering (guntingkan). Cara ini kerang akan terbuka keluarkan kotoran yang ada di dalamnya dengan sendiri.
Jika nak merebus kerang, didihkan dulu air bersama serai ketuk, bawang dihiris, lada kering gunting dan garam. Selepas mendidih baru masukkan kerang.
Insya-Allah cantik kejadiannya, kerang mudah terbuka.
Kredit Fariza Basar
Bersihkan lala
Jika nak masak lala, kepah dan lauk lebih kurang dengannya, rendam dahulu dengan cili kering yang dipotong atau cili burung/padi. Selepas direndam semua pasir yang melekat di dalamnya keluar habis.
Kredit Azmira Ismail
Guna garam pun boleh
Selain cara di atas boleh juga rendam kerang atau lala menggunakan air dicampur dengan garam. Cara ini juga menyebabkan hidangan laut ini memuntahkan pasir dan kotoran dari dalam dan seterusnya memudahkan kerja membersih.
Tanam pokok anggur sekitar rumah dengan hasil yang bergayutan memang buat kita teruja. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja.Di rumah...