Foto: mybiosense.blogsot.com

 

Pokok cili besar atau cili padi antara yang selalu kita tanam di kawasan rumah. Hatta duduk di apartment pun ramai saja yang menanamnya dalam pasu.

Banyak rungutan mereka yang tanam pokok cili ini, pokok tak subur, buah kecil dan sikit.

Antara perkara penting yang ramai tak tahu dalam penjagaan pokok cili adalah tentang pemotongan tunas air. Jika tidak dibuang atau dipotong ia akan mempengaruhi perkembangan pokok cili begitu juga buah cili.

Tok Serama berkongsi bagaimana mengenal pasti tunas air ini dan kenapa perlu membuangnya.

Kena buang tunas air pokok cili

Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.

IKLAN

Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat & Subur

Pertama, apakah tunas air?

  • Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.

Bila masa nak buang tunas air?

  • Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.
  • Buang tunas air kesemuanya sebelum cabang pertama.
  • Kalau ada daun besar dalam 10 helai, buang dalam 8 helai, jangan melepasi Y (cabang utama)

Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat & Subur

IKLAN

Apa kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?

  • Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja.
  • Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source).
  • Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.
Selain itu:  Latih Anak Pandai Menulis & Tak Kekok Pegang Pensil Guna 'Teknik Stoking'

Kalau Tanam Pokok Cili Pastikan Buang Tunas Air Supaya Cili Lebat & Subur

Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?

IKLAN
  • Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.

Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?

  • Berbalik kepada prinsip sink and source, daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili.
  • Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.

Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?

  • Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang.
  • Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.

Sumber: Tok Serama

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI