Kalau di kampung, pokok jambu air ini antara yang selalu ditanam di halaman. Senang nak makan, petik saja. Kalau ada jambu air madu lagi syok, buat colek untuk makan waktu petang. Terbaik!
Pokok jambu air ini memang berbuah lebat tapi nak dapatkan buah yang cantik, besar dan padat kena buat penjagaan. Boleh ikut tip yang dikongsi oleh Iffah Effah. Kalau tengok jambu yang ditanam buahnya memang cantik.
Guna petua ini supaya jambu air manis, padat!
Menurutnya pokok jambu air yang ditanam ini langsung tak mengunakan racun tapi tetap elok, padat dan sedap buahnya. Ini tip yang dikongsi:
1. Kalau pokok dah lama tapi tak berbuah, ambil sedikit garam kasar dan tabur. Tapi nak tabur ada caranya kita berdiri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sebab akar dah gerak jauh dari batang, sama jugak kalau bagi baja).
Ads
Tabur garam itu tujuannya untuk tambahkan manis pada buah. (Ini orang dulu-dulu cakap, mereka kan lebih dulu makan garam). Jadi jangan tabur gula pulak sebab nak bagi manis.
2. Pokok jangan biar terlalu tinggi, cantas bahagian atas kalau boleh tinggi bawah 10 kaki supaya senang nak kutip hasil dan senang kita nak balut.
3. Waktu buah berputik, bila dah besar dalam 20 sen balut buah guna plastik dan surat khabar. Pastikan gunting kiri dan kanan supaya air hujan tak bertakung.
Ads
4. Tujuan kita balut buah supaya lalat buah tak serang (buah tak cacat & rosak ) kalau sebelum balut itu ada bintik-bintik hitam tu boleh lah buang awal-awal pilih yang cantik-cantik saja.
5. Masa kutip hasil pula, kalau boleh buah busuk yang jatuh bawah dahan sebaiknya korang sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bawah pokok. Sebab buah yang busuk itu ada fungus jadi ulat akan merebak cari akar jambu. Sebab itu kena bersih kan supaya pokok boleh tahan lama.
6. Buang sedikit daun supaya udara boloh masuk, banyak sangat daun nanti buah kurang (gila daun).
Lauk ikan masak cuka ini memang jarang jumpa sekarang. Kalau teringin nak makan memang kena buat sendiri sebab tak banyak restoren yang hidang lauk ini.
Jadinya jika terasa nak makan, kenalah belajar masak sendiri. Cara dan tip supaya ikan masak cuka ini sedap boleh ikut perkongsian Norizah Saad.
Cara buat ikan masak cuka jadi lagi sedap
Arwah mak pesan kalau buat masak cuka ikan kena letak bawang merah dan bawah putih yang kecik-kecik.
Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan. Apa pun ia makan selera dimakan dengan nasi panas. Masakan ni kena masak hari ni esok makan lagi sedap. Nak buat? Senang saja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau guna ikan tenggiri atau ikan merah)
10 ulas bawang kecil (pilih ulas/saiz yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis
Cara masak
1. Ikan digaul sikit kunyit & garam kemudian goreng. Tapi jangan garing sangat.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak dalam periuk, dan tumis biji sawi.
3. Masukkan sekali bawang merah kecil dan putih. Tumis lagi hingga naik bau.
4. Kemudian masuk 1/2 cawan air diikuti dengan cuka, garam, gula serta cili padi.
5. Biarkan merenih sekejap kemudian masukkan ikan tadi. Biar seketika supaya ikan sebati dengan kuah kemudian bolehlah diangkat. Siap.
Bila rasa nak makan char kuetiau mesti kita akan pergi kedai. Biasanya nak buat sendiri selalu tak menjadi kerana tiada sosnya.
Tapi lepas ini boleh masak terus kat dapur sendiri sebab Fatin Nur Izzah berkongsi cara nak hasilkan homemade sos char kue tiau.
Syarat nak masak char kue tiau ini, kena masak sepinggan-sepinggan. Barulah sedap. Bila dah ada sos ni bila-bila masa nak makan boleh buat!
Kalau nak cuba boleh guna resipi sos ini yang dikongsi oleh beliau.
Homemade sos char kuetiau
1. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali (resipi ini guna sekilo). Kuantiti air mesti sama paras dengan udang.
2 Bila dah sejuk air rebusan udang, kisar sampai hancur.
3. Tapis dalam periuk, hampas dan udang boleh dibuang (ada yang guna untuk baja tanaman).
4. Campur air udang yang sudah ditapis tadi dengan:
2 senduk kicap manis 2 senduk kicap pekat 2 senduk sos tiram 2 kiub ikan bilis 2 sudu cili boh
5. Tambah 6 ulas bawang putih diketuk.
6. Biar mendidih kemudian perlahankan api. Reneh dalam 30 minit atau lebih. Waktu ini bawang putih tadi akan hancur dan pekat. Garisan atas sebelum mendidih.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
Cara masak, kena buat sepinggan-sepinggan!
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang, letak 1 senduk sos char kuetiau yang dibuat. Tambah sedikit air kemudian letak kuetiau. Masukkan telur sebiji, taugeh dan daun kucai. Siap!
Setiap kejadian Tuhan itu pasti ada sebab dan hikmahnya. Begitu juga apa yang berlaku pada tubuh badan kita.
Ada tindak balas tubuh yang sebenarnya menandakan sesuatu atau boleh jadi kerana mahu melindungi diri.
1. Menguap
Ia sebenarnya adalah reaksi untuk menyejukkan otak kita yang sudah terlalu penat bekerja reaksi tubuh kekurangan oksiden selepas
2. Bersin
Reaksi dilakukan oleh tubuh untuk keluarkan balik kotoran atau bakteria yang ada dalam badan.
3. Menggeliat
Respons yang selalu terjadi selepas kita bangun tidur pada waktu pagi ini adalah untuk tubuh kita lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga meregangkan otot dan membetulkan aliran darah
4. Sedu
Tersedu-sedu jadi bila kita makan dengan cepat, menelan ketulan makanan, atau makan terlalu banyak, saraf pneumogastric kita boleh jadi kelam kabut. Jadi, itu lah yang terjadi kita akan tersedu-sedu sebab ada masalah yang jadi hehe
5. Terkejut waktu baru terlelap
Perasan tak kalau kita baru nak terlelap kita akan terkejut sekejap? Fenomena ini terjadi apabila anda mula untuk tidur, kadar pernafasan anda jatuh dengan cepat, nadi jadi perlahan dan otot jadi relaks.
Peliknya, otak anda menafsirkan perkembangan ini sebagai petanda kematian. Jadi ia cuba untuk menyelamatkan anda dengan memberi anda kejutan seperti kena elektrik!
6. Tangan kecut
Fenomena yang selalu berlaku bila lama berendam dalam air ini disebabkan oleh apabila badan anda menghadapi peningkatan jumlah kelembapan ia memahami bahawa alam sekitar mungkin menjadi licin.
Jadi kulit pada tangan anda dengan segera mula berubah dengan cara yang akan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk cengkaman permukaan licin.
7. Bulu roma meremang
Fungsi utama bulu roma kita meremang adalah untuk mengurangkan jumlah haba yang badan kita hilang melalui liang-liang kulit kita.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...