Kalau Tanam Pokok Kesum Asyik Tak Hidup, Boleh Guna Kaedah Cucuk Keratan Pada Polisterin

Share

Daun kesum banyak kegunaan dalam masakan. Sebab itu ramai yang berusaha tanam sekitar rumah. Dapat sepasu jadilah.

Tapi selalu terjadi, dah cuba beberapa kali tanam tak juga hidup. Baru tumbuh daun baru sikit tapi akhirnya kuning, layu dan mati.

Kalau dah beberapa kali cuba tetap tak menjadi, boleh cuba kaedah yang dikongsi oleh Kay Hassan ini. Kaedahnya, guna pinggan polisterin.

Cara tanam pokok kesum kaedah cucuk polisterin

Cara saya semai pokok kesum, kepada kawan-kawan yang tanam tak hidup-hidup cuba cara ini.

1. Sediakan polisterin atau polyfoam. 

2. Tebuk lubang pada polisterin. Ambil keratan batang pokok kesum dan masukkan pada lubang tadi. Biarkan terjulur separuh di bahagian bawah.

3. Letak dalam bekas yang berair dan biarkan 3-4 hari.

4. Bila nampak dah berakar, boleh tanam ke dalam pasu.

5. Pastikan tanah dalam pasu atau bekas lembap. Letakkan pokok kesum ini di tempat teduh selama beberapa hari.

6. Bila nampak pokok dah segar, barulah letak ditempat yang terkena cahaya matahari.

Ini saya  guna pinggan polisterin. Lagi mudah, pokok tak terbalik.

IKLAN