Kari mangga? Bagi yang tak pernah dengar dan rasa, lauk ini memang ada ya. Musim buah mangga sekarang elok sangat jika cuba masakan ini.
Selalu mangga sebegini dibuat sambal, pajeri atau dimasukkan dalam gulai bersama ikan, ayam atau daging.
Cuma kari ini memang mangga semata-mata, tiada lauk ikan atau ayam di dalamnya. Kalau tak pernah rasa, boleh cuba masak. Confirm akan suka.
6-8 biji mangga atau mempelam muda -dibelah tanpa kupas kulit
4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sesudu halba campur
4 tangkai daun kari
2 sudu rempah kari
1 sudu kunyit
2 sudu cili kisar
1. Panaskan periuk berisi minyak, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris Bersama halia, halba serta daun kari.
2. Selepas semua layu, serbuk kunyit, rempah kari, serta cili kisar hingga pecah minyak.
3. Tuang air secukupnya kemudian masukkan mangga muda. Kacau dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa (jika suka). Selepas kuah pekat mendidih, matikan api.
Sumber: Nohani Derahman
Baca Lagi : Cara Buat Serbuk Colek Ala Thai. Memang Padu Lawan Dengan Mempelam Atau Mangga Muda