Menggunakan bahan terpakai di rumah iaitu kotak polisterin wanita ini menjadikannya sebagai tapak untuk kebun sayurnya.
Macam-macam ditanam oleh Suriani Lin Mat Din dalam kotak tersebut, kailan, sawi, bayam, salad, cili dan pelbagai lagi untuk makanan sekeluarga. Memang teruja melihat sayur-sayurnya yang subur.
Cara penanaman ini kata Suriani sudah hampir tiga tahun dipraktikkan. Ujarnya jika kotak polisterin tidak bocor, ia akan dijadikan untuk penanaman hidroponik. Sekiranya bocor, kotaknya akan jadi tempat penanaman sayur yang mudah dijaga.
Ini hasil tanaman dalam kotak polisterin terpakai yang diusahakan beliau.
Tanam sayur kaedah hidroponik guna bahan kitar semula
Dalam pada itu Suriani juga turut menunjukkan cara menanam sayur menggunakan bahan kitar semula yang dipraktikkan.
Ads
1. Bahannya kotak polisterin bersama penutupnya, botol air, dan tali mop.
2. Potong dua botol, ambil bahagian atas dan tebuk lubang pada penutup.
3. Buat lubang pada penutup kotak polisterin kemudian letak botol yang ditebuk tadi secara terbalik. Letak tali mop melalui lubang penutup botol dan simpul supaya tak melurut nanti. Nanti akar sayur akar tumbuh melaluinya.
4. Kemudian boleh isi dengan sedikit cocopeat. Setelah itu tanam anak benih sayur.
5. Isikan air baja AB dalam takungan dan sayur tadi di atasnya (yang ini saya gunakan tray terpakai sebagai takungan). Pastikan bancuhan baja ikut arahan yang diberikan. Guna air paip yang ditakung semalaman, air hujan atau air yang ditapis untuk membancuh baja AB.
Ads
6. Tambah air baja bila dah tinggal separuh. Letak set ini di tempat yang teduh, contoh tepi rumah. Elak terkena hujan (tempias tak mengapa) supaya air baja tak melimpah.
Boleh lihat perkembangan pokok salad yang ditanam guna kaedah ini.
Masih hangat lagi diperkatakan isu tentang penggunaan minyak yang banyak dalam sambal antara pempengaruh Khairul Aming dan juga seorang pakar perubatan. Masing-masing punya pandangan tersendiri dalam hal ini. Antara nak sedap atau nak sihat, semuanya atas pilihan kita.
Tidak terkecuali memberi pandangan adalah ahli kimia, Fatimah Salim. Bukan berpihak kepada mana-mana indvidu tapi beliau memberi penjelasan kenapa masak sambal perlukan minyak yang banyak dari sudut sains.
Minyak memang kena banyak kalau masak sambal
Hangat mengenai isu sambal tumis banyak minyak. Jujur, memasak sambal memang perlukan banyak minyak. Tujuannya adalah untuk pastikan bahan sambal masak sempurna, sambal berasa sedap dan sambal tahan lebih lama. Bukan apa, kandungan air yang lebih daripada minyak, akan menyebabkan kuman mudah membiak dan sambal cepat basi.
Mudah saja sebenarnya, kepada yang kurang minat minyak yang banyak, boleh saja asingkan minyak daripada sambal setelah sambal siap masak atau semasa dimakan. Minyak bersifat kurang tumpat, ia akan terapung atas masakan, maka mudah lah untuk diasingkan.
Rumah saya sentiasa ada stok sambal dalam peti sejuk. Biasa saya pakai minyak zaitun untuk tumisan yang pakai minyak banyak. Ada dua sebab, 1) untuk gunakan minyak yang lebih sihat, 2) untuk mengelakkan minyak membeku dalam peti sejuk.
Kepada yang tidak tahu sebab minyak membeku, boleh baca di sini https://www.facebook.com/groups/3804488832918570/permalink/4504538866246893/?mibextid=S66gvF
Tapi kan, bukan kita makan sambal hari-hari. Dan jumlah yang diambil juga sedikit. Banyak lagi makanan lain yang tinggi kandungan minyak, maka kita harus bijak untuk menyeimbangkan pengambilan minyak dan lemak harian daripada makanan.
Baiklah, alang-alang bercakap pasal minyak, mari kita ulangkaji pasal beberapa jenis minyak dan cara penggunaan yang betul.
Cara guna minyak yang betul semasa memasak
Untuk menggoreng (deep fry) memang minyak sawit (sumber tumbuhan) paling stabil kerana tinggi kandungan lemak tepu, maka tinggi titik asapnya. Boleh juga digunakan minyak sumber haiwan seperti minyak sapi, namun minyak daripada sumber haiwan SAHAJA mengandungi kolesterol.
Pun begitu, kajian menunjukkan kolesterol daripada makanan hanya sedikit memberikan kesan kepada badan. Ini kerana badan kita mempunyai mekanisma menghasilkan kolesterol sendiri. Maka, usahlah takut sangat dengan makanan yang mengandungi kolesterol.
Untuk menumis dengan suhu sederhana boleh guna minyak masak yang sederhana titik asapnya seperti minyak zaitun, jagung, canola, kelapa.
Untuk dimakan begitu saja aka dressing, boleh ambil minyak yang rendah titik asapnya dan rendah kandungan lemak tepu. Minyak sebagai dressing membantu badan menyerap nutrisi larut lemak seperti vitamin A, D, E, K daripada komposisi salad.
Usah takut mengambil dan menggunakan minyak sebab selain memberikan rasa kepuasan dalam makan, ianya juga membekalkan tenaga, membantu dalam penyerapan nutrien tidak larut air. Komponen minyak juga membantu badan melawan keradangan, mengekalkan kesihatan otak, pemulihan sel-sel badan, melawan jangkitan kuman, dan untuk pertumbuhan badan.
Cuma jika dibandingkan dengan nutrisi lain, minyak mengambil masa lebih LAMA untuk dihadam. Komponen minyak iaitu lemak trans pula dikaitkan dengan peningkatan kolesterol jahat (LDL) dalam badan.
Namun ingatlah, bukan komponen minyak saja yang boleh menaikkan kadar LDL dalam badan. Tekanan (stress), pengambilan gula yang berlebihan, minuman beralkohol, merokok, gaya hidup tidak aktif dan berat berlebihan juga punca kepada tingginya LDL dalam badan.
Maka, seperti yang selalu dipesan, BERSEDERHANA lah dalam apa juga makanan. Ingat, segala yang berlebihan boleh membawa mudarat. Kenali diri dan ambil tahu keperluan badan sesuai dengan aktiviti harian, jantina dan umur.
Dah jangan gaduh-gaduh, baik pengikut yang menegur dan ditegur buang yang keruh, ambil yang jernih. Pendekatan masing-masing, sesuai dengan bidang. Namun tujuan sama iaitu berkongsi ilmu.
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Gambar: Sambal ikan bilis saya
Setiap kali mandi, air bertakung dengan banyak dalam bilik mandi dek kerana saluran tersumbat. Tension juga dibuatnya, jika selalu berlaku.
Nak guna bilik air pun kena awasi penggunaan air sebab tak mahu ‘banjir’. Memandangkan ia memang masalah biasa dihadapi di kediaman jadi kenalah tahu cara untuk menyelesaikannya. Lagi pun nak guna khidmat plumber selalu pun agak mahal. Paling tidak kena sedia RM300 untuk bayaran.
Supaya dapat jimat, perkongsian dari Zuhri Mohd ini boleh dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah air bertakung dalam bilik air.
Cara selesaikan masalah air bertakung dalam bilik air
Ujar Zuhri cara untuk atasi masalah air bertakung di bilik air ini mudah saja. Paling penting kena ada batang getah atau sewage cleaning rod ini. Boleh dibeli di kedai hardware dengan harga RM80. Boleh juga beli online, lebih murah. Klik SINI untuk link pembelian cleaning rod.
Alat ini berbaloi dibeli dan simpan untuk selesaikan masalah saluran air tersumbat yang biasa berlaku di rumah. Cara menggunakannya;
Ambil batang getah tadi dan masukkan ke dalam saluran air keluar, tekan perlahan-lahan.
2. Kemudian tarik ke atas dengan laju supaya kalau ada gumpalan rambut atau kotoran akan terlerai dan disedut keluar sekali.
3. Buat beberapa kali gerakan tekan ke bawah dan tarik hingga air tidak lagi bertakung.
4. Kemudian boleh uji, penuhkan air dalam baldi dan curah untuk lihat air bertakung lagi atau tidak. Jika masih bertakung buat sekali lagi.
Untuk lebih jelas boleh lihat video perkongsian Zuhri ini.
Pokok kunyit antara yang selalu ditanam di rumah. Daun dan isinya memang selalu kita guna dalam masakan. Sebab itu berbaloi menanamnya.
Tapi satu masalah biasa bila menanam pokok kunyit ini adalah daunnya jadi kekuningan dan kering.
Sayang pula bila daun pokok yang dah lebar tiba-tiba jadi begitu. Antara cara yang boleh dipraktikkan sekiranya berlaku pada pokok kunyit yang ditanam.
1. Alihkan pokok kunyit, elak letak di tempat panas terik. Pokok kunyit memang perlu ditanam di tempat panas tapi sedikit terlindung.
2. Potong daun yang kekuningan dan kering, supaya keluar daun baru
3. Siram dua kali sehari, daun jadi kering kerana kurang siraman.
4. Gemburkan tanah agar jangan terlalu padat agar ada pengudaraan dan saliran yang baik untuk kekalkan kelembapan.
5. Pokok kunyit juga perlu dibaja, boleh guna baja organik.
Daun pokok kunyit yang subur hasil siraman air basuhan beras. Foto Facebook Ayu Hidayu6. Boleh juga gunakan petua siram dengan air basuhan beras supaya daun pokok kunyit subur.
7. Jika pokok kunyit sudah matang dan daun menguning ia mungkin petanda perlu di alih ke bekas yang lebih besar atau dituai. Kunyit boleh dituai selepas 9 bulan ditanam.
Tip ekstra
Jika daun kunyit diserang serangga, buat bancuhan ini; kisar cili, bawang putih dan halia. Kemudian tapis dan ambil airnya. Sembur pada tanaman untuk elak serangga.
Jangan selalu biar lampu 'fuel low' menyala, ada bahaya menanti! Tapi sebenarnya ramai yang antara kita buat perkara sebaliknya. Walau dah tanda fuel low dah...