Pelakon Zizie Izette selamat melahirkan cahaya mata pertamanya semalam. Zizie dan suami, Datuk Bung Moktar Radin yang juga ahli Parlimen Kinabatangan menerima anak kembar lelaki. Syoknya!!!
Berita gembira ini dikongsi oleh Zizie dalam laman instagramnya petang ini.
Ads
“Saya jangka akan bersalin pada hari ini tapi mereka keluar lebih awal melalui pembedahan semalam, 29 Disember pada jam 5.48 pagi dan 5.50 pagi, dengan berat 2.74kg untuk bayi pertama dan 2.78kg untuk baby kedua. Alhamdulillah mereka sihat.”
Demikian tulis Zizie, dalam status di instgram miliknya. Dalam pada itu suaminya Datuk Bung Moktar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan.
Status yang dimuat naik oleh pasangan ini turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan juga netizen. Zizie bergelar ibu pada usia 39 tahun selepas hampir lapan tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar.
Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta, pelakon Elfira Loy dan kekasih hatinya Sufian Suhaimi makin hampir ke jenjang pelamin bila keduanya selamat melangsungkan pertunangan petang ini.
Belum menetapkan tarikh namun pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac tahun depan.
Elfira, 23 yang cantik dalam persalinan pereka terkenal Rizman Ruzaini menerima lima dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas tujuh dalam majlis tersebut.
Jom tengok gambar majlis pertunangan mereka yang siap dengan pelamin macam nak bersanding uols.
Sumber www.erafm & instagram Rizman Ruzaini, Najeebazami
Sejak semalam berita tentang penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak heboh diperkatakan, lebih hangat hari ini bila bekas perdana menteri ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.
Satu persatu berita terbaru tentang kes ini dipaparkan khususnya di media sosial dan pada hari penahanan bekas perdana menteri ini tidak ketinggalan berkongsi cerita adalah anak Datuk Seri Najib sendiri.
Memuat naik gambar ayahnya mendukung cucu, Yana Najib menyertakan kapsyen yang menaik perhatian netizen. Dia meluahkan apa yang dirasai selain berkongsi cerita tentang keadaan ayahnya dalam berdepan hari paling sukar ini.
Ujar Yana ayahnya mempunyai emosi dan mental yang kuat berbanding orang lain. Walaupun pada hari yang cukup sukar semalam, bapanya masih boleh tersenyum, ketawa dan memeluk ahli keluarga. Dia lebih risaukan keadaan keluarga berbanding dirinya.
“Tiada orang pun yang lebih baik, penyayang dan lembut berbanding dirinya. Dia memiliki kekuatan emosi dan mental yang lebih berbanding kami.
“Walaupun berdepan kesukaran hari ini, dia masih tersenyum, ketawa dan memberikan kami pelukan. Dia lebih risaukan keluarga berbanding dirinya sendiri.
“Selama 42 tahun dia fikirkan ‘rakyat’ dari bangkit waktu pagi hinggalah sebelum tidur malam hari. Untuk sekali ini, fikirlanlah tentang dia pada waktu dia paling memerlukan kita.
“Hanya Allah yang tahu. Sekiranya ini boleh berlaku kepada seorang pemimpin, ia boleh terjadi kepada orang lain juga. Tapi kami percaya Allah itu sentiasa ada,”ujarnya.
Dalam pada itu dalam posting yang turut menggunakan tanda pagar #freenajib telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Ada yang bersimpati tak kurang juga sebaliknya.
Sejak kelmarin viral di laman sosial video pengantin lelaki yang gementar malah mengalirkan air mata ketika hendak memegang tangan isterinya kali pertama selepas ijab dan kabul untuk menyarungkan cincin perkahwinan mereka.
Video tersebut dimuat naik oleh pelakon terkenal Fasha Sandha dalam instagram miliknya semalam dengan caption berharap agar mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti di dalam video tersebut.
Status tersebut mendapat reaksi ramai netizen yang mengaminkan doakan Fasha Sandha selain mendoakan jodoh pasangan dalam video berdurasi seminit itu berkekalan.
Dalam pada itu sebenarnya ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan pengantin lelaki dan perempuan tersebut.
Video pernikahan itu adalah milik pasangan Nurul Hidayah Zaini dan suaminya Mohd Jazlan Mohd Jan. Malah ia pernah viral sebelum ini.
A post shared by محمد جزلان ? (@nurulhidayahzaini) on
Ia dirakam selepas majlis akad nikah mereka hampir setahun yang lalu. Mengimbas jodoh pasangan ini, keduanya dipertemukan buat kali pertama oleh ibu bapa Nurul Hidayah di Masjid Nabawi.
Tidak bercinta seperti pasangan muda mudi sekarang, Nurul Hidayah dan Jazlan berkenalan hanya seketika sebelum melangsungkan pernikahan Julai tahun lalu.
Tidak hairanlah jika Jazlan yang ketika ini masih menuntut di Arab Saudi begitu gementar untuk menyarungkan cincin ketika upacara membatalkan air sembahyang.”
“Cemas sikit masa nak pegang tu, saya tak pernah pegang tangan perempuan seumur hidup saya,”kata Jazlan memetik status Nurul Hidayah ketika mengimbas kembali video pernikahan mereka yang baru-baru ini tular di Indonesia pula.
Selepas setahun mendirikan rumah tangga, berikut dikongsi foto pasangan ini dan sama-sama kita doakan kebahagiaan mereka hingga ke jannah.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...