Kena langgar dengan kenderaan tiada insurans memang malang. Tambah pula bila si pelanggar lepas tangan dan kata “bukan salah dia”.
Nak pergi hospital pun kena keluar duit sendiri? Memang rasa tak adil, kan?
Ramai tak tahu, sebenarnya kita masih boleh buat tuntutan. Bukan pada orang yang langgar, tapi kepada satu badan khas bernama Motor Insurers’ Bureau (MIB). Fungsi MIB adalah untuk bantu mangsa kemalangan yang dilanggar oleh kenderaan tiada insurans aktif.
MIB bukan syarikat insurans. Ia adalah sebuah tabung khas yang dikawal selia oleh industri insurans sendiri. Setiap syarikat insurans di Malaysia wajib mencarum ke dalam MIB setiap tahun untuk lindungi pengguna jalanraya dalam situasi seperti ini.
Hantar Semua Dokumen Ke Alamat Berikut
Motor Insurers’ Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Walaupun kita dah berhati-hati di jalan raya, nasib buruk boleh berlaku. Bila dah tahu hak, jangan diam diri. Bertindak ikut saluran yang betul.
Sumber: Aiman Bikers Garage