Kerap Demam, Muntah, Petanda Puteri Balqis Hidap Kanser

Share

 

 

 

Pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis, membuat semua follower instagramnya terkejut dengan hashtaq #fightcancer. Hastaq itu dimuat naik pada status instagram @rockingbalqis baru-baru ini.

 

Pada Mei lalu, ibu Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd Aziz mengesahkan anaknya mempunyai masalah jantung. Segalanya bermula dengan kerap demam berpanjangan dan selalu muntah.

Semangat kuat gadis kecil molek ini patut dipuji kerana walaupun kerap demam dan kelihatan pucat, dia tetap gigih menyempurnakan tanggungjawab sebagai pelakon. Malah pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014).

Dia semakin kuat

Laporan BH Online menyatakan melalui mesej WhatsApp, Norashikin menegaskan anaknya menghidap kanser. Pun begitu tidak menjelaskan jenis kanser yang dihidapi.

“Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

“Apa pun dia semakin kuat,”

 

 

Sumber: BH Online & Instagram Rocking Balqis

 

 

 

IKLAN