Automotif

Kereta Naik Kulat, Jangan Ambil Mudah. Boleh Sebabkan Masalah Pernafasan, Guna Cara Ini Untuk Atasinya

Share

Kereta naik kulat di bahagian tempat duduk sampai dashboard pun ada. Kenapa boleh jadi begini?

Punca keadaan ini berlaku adalah kerana keadaan cuaca panas dan lembap, ditambah lagi dengan hujan yang kerap, boleh menyebabkan masalah yang kulat.

Kalau pernah dan sedang mengalami keadaan kereta naik kulat ini perkongsian dari Muhammad SE

boleh jadi panduan.

Kereta naik kulat, punca dan cara mengatasinya

“Bro, kereta ku naik kulat. Kenapa boleh jadi begini?”

Bila dalaman kereta jadi begini, bukan sahaja rupa jadi tak menyenangkan, tapi juga boleh mempengaruhi kesihatan kita.

Jom kita lihat apa yang menyebabkan masalah ni dan macam mana nak halangnya.

1. Kulat dalam kereta biasanya bermula dari kelembapan yang tinggi dalam kabin.

Ini boleh berlaku kalau ada tumpahan air yang tidak kering dengan betul, atau kereta jarang digunakan dan tingkap tertutup rapat, menyebabkan udara segar tidak dapat masuk.

2. Kulat boleh menyebabkan masalah pernafasan, terutama bagi mereka yang ada alahan atau asma.

3. Cara mengatasi keringkan dalaman kereta secara menyeluruh. Gunakan kipas atau pengering rambut untuk cepatkan proses pengeringan jika perlu.

Bersihkan kawasan yang terjejas dengan pembersih khusus untuk menghilangkan kulat.

4. Elakkan membiarkan air atau cecair lain bertakung dalam kereta. Lap kering sebarang tumpahan secepat mungkin.

Letakkan penyerap kelembapan dalam kereta, seperti silica gel, yang boleh membantu menyerap kelembapan berlebihan.

5. Selain itu boleh gunakan khidmat pembersihan kereta jika mahu hasil yang lebih memuaskan.

Sumber: Muhammad SE

Baca Artikel: Jangan Selalu Biar Lampu ‘Fuel Low’ Menyala, Ada Bahaya Menanti

Published by
VK