Kerja ‘Gila’ Tapi Lelaki Ini Berjaya Transform Rumah Usang Kepada Konsep Loft Yang Nyaman Sangat

Share

Melihat rumah asal yang usang pastinya ramai yang fikir dua kali untuk membaik pulih. Lagi mudah runtuh dan bina baru tapi lelaki dikenali sebagai Tuah Kencana ini punya perancangan tersendiri.

Dia melihat design rumah yang sangat menarik jika terus menggunakan struktur asal kediaman usang itu. Malah dia gigih mencari kontraktor yang sanggup melakukan kerja yang dianggap ‘gila’ itu.

Ternyata perkiraannya tak salah selepas beberapa bulan proses baik pulih dan renovasi dilakukan hasilnya memang vass. Tersergam indah rumah dengan konsep loft siling tinggi kelihatan nyaman sangat untuk diduduki menggantikan kediaman yang dulunya usang.

Tuah Kencana juga turut berkongsi pengalaman beliau melakukan transformasi tersebut.

Journey cabaran ‘gila’ transform rumah usang

Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklum balas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.

Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.

“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor.

Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini. Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!

Cabaran ubah suai jadi konsep rumah loft

Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi. Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraan.

Kayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi. Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk.
Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur.

Rujukan pinterest saja

Masuk segmen mendeko. Rujukan utama adalah dari Pinterest sambil berangan. Ya berangan itu sangat penting tuan puan hi hi. Konsep rumah adalah boho Scandinavian.
Taman taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri (sebab malas nak maintaince). Inspirasi dari Pinterest juga.

Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stres dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan.

Terima kasih pada kontraktor saya… Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sangat recommended.

Semoga terinspirasi

Sumber: Tuah Kencana

IKLAN