Melihat rumah asal yang usang pastinya ramai yang fikir dua kali untuk membaik pulih. Lagi mudah runtuh dan bina baru tapi lelaki dikenali sebagai Tuah Kencana ini punya perancangan tersendiri.
Dia melihat design rumah yang sangat menarik jika terus menggunakan struktur asal kediaman usang itu. Malah dia gigih mencari kontraktor yang sanggup melakukan kerja yang dianggap ‘gila’ itu.
Ternyata perkiraannya tak salah selepas beberapa bulan proses baik pulih dan renovasi dilakukan hasilnya memang vass. Tersergam indah rumah dengan konsep loft siling tinggi kelihatan nyaman sangat untuk diduduki menggantikan kediaman yang dulunya usang.
Tuah Kencana juga turut berkongsi pengalaman beliau melakukan transformasi tersebut.
Journey cabaran ‘gila’ transform rumah usang
Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklum balas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.
Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.
Ads
“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor.
Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini. Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!
Cabaran ubah suai jadi konsep rumah loft
Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi. Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraan.
Ads
Kayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi. Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk.
Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur.
Rujukan pinterest saja
Masuk segmen mendeko. Rujukan utama adalah dari Pinterest sambil berangan. Ya berangan itu sangat penting tuan puan hi hi. Konsep rumah adalah boho Scandinavian.
Taman taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri (sebab malas nak maintaince). Inspirasi dari Pinterest juga.
Ads
Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stres dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan.
Terima kasih pada kontraktor saya… Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sangat recommended.
Kalau buat bubur atau hidangan sup Chinese stail, chili oil ini kena ada. Lagi sedap jadinya hidangan. Tapi bukan saja dengan bubur atau sup, makan dengan apa saja pun sesuai.
Chili oil ini akan jadi penambah keenakan, dapat pula yang pedas. Memang ketagih. Chili oil Chinese stail ini elok sangat buat sendiri untuk kegunaan di rumah. Bagi yang suka pedas guna cara yang dikongsi oleh Mary Teo Lee Na.
Cara buat Chinese chili oil yang pedas sedap
Homemade Chinese Chili Oil dah siap. Makan bersama pau goreng atau makan dengan apa saja pun sedap. Warning, pedas giler!
Bahan-bahan
100gm cili kering pedas
1 sudu kecil biji bijan putih
*1 1/2cawan besar minyak
*1 batang kayu manis
*2 bunga lawang
*3 daun salam kering
*6 biji cengkih
*1 sudu kecil lada hitam kasar
*1/2 sudu besar garam
*1/2 sudu kecil jintan manis
*1/2 sudu kecil jintan hitam
*1/2 inci halia dihiriskan
Bekas kaca – ‘sterilized’ untuk simpan cili
Cara membuat
1. Cili kering pedas dibasuh dan sangai diatas kuali sehingga merah gelap.. Sejukkan dan blendkan sehingga jadi cili flakes. Bahagikan kepada dua, satu bahagian dimasak dalam minyak dan satu bahagian dalam bekas kaca
2. Biji bijan putih disangai sehingga kuning, kemudian masukkan dalam bekas cili tadi.
3. Masukkan semua bahan bertanda dalam periuk dengan minyak. Masak guna api sederhana dalam 5 minit sehingga minyak mendidih. Matikan api dan tapiskan minyak dari rempah-rempah.
4. Masukkan semula minyak tadi dalam periuk dan masukkan sebahagian cili tadi dan masak dengan api kecil sehingga mendidih dan keluar bau wangi cili.
5. Matikan api dan tuangkan terus panas-panas ke dalam bekas yang diisi dengan sebahagian cili dan biji bijan tadi.
6. Gaul dengan sudu bersih dan kering. Masukkan garam. Tunggu sehingga sejuk baru tutup dan simpan.
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Cocopeat antara yang perlu ada jika suka bercucuk tanam. Ia sangat elok dicampur dalam medium tanaman kerana sifatnya yang cepat menyerap air. Elok untuk kesuburan pokok.
Cocopeat ini memang mudah dibeli tapi ia juga boleh dibuat sendiri terutama kalau di rumah ada banyak pokok atau sabut kelapa. Cara membuatnya dikongsi oleh Razak Adom.
Buat sendiri cocopeat
Tugasan buat cocopeat ini sesuai untuk yang berani, sukakan cabaran dan DIY. Tidak sesuai buat yang penakut, dan mudah melatah.
Bagi sahabat sahabat yang banyak kelapa atau sabut di rumah, bolehlah cuba buat sendiri cocopeat. Daripada sabut dibakar atau dibiarkan, lebih baik dimanfaatkan.
Memang cocopeat tak mahal sangat pun, saya cuma berkongsi idea untuk manfaatkan sumber yang ada.
Cara membuat cocopeat
1. Rendam sabut dalam 10-20 minit supaya sabut dalam keaadan sedikit basah. Tujuannya supaya leraian sabut nanti lebih berat dan kurang berterbangan.
2. Potong sabut bersaiz 3-4 jari.
3. Potong melintang dengan grinder mata pemotong besi, hingga ke kulit keras. Tujuannya memotong sabut kasar supaya tidak bergumpal nanti dan memudahkn kerja memesin.
4. Pegang sabut dengan kemas. Tarah sabut dgn mesin kukur kelapa. Jangan gunakan mata baru, kerana matanya masih kasar, sabut mudah terpelanting.