Kesian Bom Bom! Anak Harris Baba Melecur Ditimpa Penutup Lampu Panas Ketika Beli Belah di Butik Mewah

Share

 

 

Aduhai kesian betul dengan anak Harris Baba, terjejas pipi tembam dia.

Malang tak berbau bila anaknya Aleena Zeya melecur di muka dan tangan selepas ditimpa penutup lampu panas yang terjatuh.

Perkara tersebut dikongsi oleh Harris dalam satu entri di intagramnya semalam. Menurut penyanyi itu kejadian tersebut berlaku di butik jenama antarabangsa, di sebuah pusat membeli belah di ibu kota Ahad lalu.

Ujar Harris anaknya itu bagaimana pun sudah dirawat dan kecederaan anaknya itu dijangka mengambil masa lebih kurang sebulan untuk sembuh. Aleena juga perlu mendapatkan rawatan laser selepas itu untuk menghilangkan parut terjadi akibat melecur.

“Akibat kecuaian pihak lain Aleena yang terpaksa menerima kesannya. Mujurlah ia bukan melecur tahap tiga, jika tidak kesannya akan kekal sepanjang hayat.

Namun begitu Harris bersyukur penutup lampu tersebut tidak terkena pada bahagian mata yang mungkin boleh menyebabkan Aleena buta.

Tengoklah pipi ‘pau’ ni. Geram…

Dalam pada itu dia dan isteri telah membuat laporan polis dan bercadang untuk mengupah peguam bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap butik tersebut.

Sumber: Instagram harrisbaba

 

 

IKLAN