
Hidangan berasas daging kambing memang ramai peminatnya. Salah satu menu kegemaran dan istimewa yang sedap adalah peratal kambing.
Cuma tak semua yang mahir memasak daging kambing ini. Nak masak hidangan ini memang kena tahu cara yang betul supaya tiada bau dan kena dengan selera.
Dikongsi oleh individu yang mahir memasaknya, bagi yang nak buat sendiri hidangan peratal kambing boleh ikut cara yang dikongsi oleh Michelle Shelle.
Cara masak peratal kambing

Bahan-bahan:
1 kg daging kambing bersama tulang (potong kecil)
2 biji bawang merah (hiris)
7 ulas bawang putih
7 cm halia
5 biji ubi kentang (dadu)
1 biji tomato (dadu)
2 sudu kecil jintan manis
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
3 biji cengkih
5 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari daging
5 sudu besar serbuk cili biasa
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
Air
Garam
Gula
Cara membuat
1. Guna periuk tekanan/didih di atas periuk biasa, rebus daging kambing (isi & tulang) bersama 2 cm halia (tumbuk). Masak sampai 3/4 masak untuk lembutkan daging dan kurangkan bau
2. Tumbuk jintan manis, bawang putih dan halia. Ketepikan.
3. Panaskan kuali, tuang minyak, lebihkan minyak untuk kacau bahan-bahan. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, bawang merah, tumis sampai keperangan.
4. Masukkan daun kari bersama bahan yang sudah ditumbuk, tumis sampai keperangan.
5. Masukkan daging kambing yang 3/4 sudah masak tadi ke dalam kuali dan kacau seketika.
6. Bubuh serbuk kari daging dan cili biasa ke dalam dan kacau sampai sebati.
7. Tuang air secukupnya, cukup untuk tutup daging kambing saja kemudian masukkan ubi kentang
dan kacau.
8. Biar ubi kentang masak, kacau sekali sekala. Bubuh garam dan gula secukupnya.
9. Bila ubi kentang dah masak, pastikan untuk cucuk daging kambing, guna garpu untuk pastikan kentang dah lembut.
10. Tuang sos tomato dan kicap pekat, kacau daging kambing sampai air surut ke tahap kuahnya menjadi pekat. Masukkan tomato dan daun kari ke dalam, kacau seketika dan tutup api
Hidang dengan nasi atau roti kegemaran anda.
Sumber: Michelle Shelle
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Kerja ‘Gila’ Tapi Lelaki Ini Berjaya Transform Rumah Usang Kepada Konsep Loft Yang Nyaman Sangat

Melihat rumah asal yang usang pastinya ramai yang fikir dua kali untuk membaik pulih. Lagi mudah runtuh dan bina baru tapi lelaki dikenali sebagai Tuah Kencana ini punya perancangan tersendiri.
Dia melihat design rumah yang sangat menarik jika terus menggunakan struktur asal kediaman usang itu. Malah dia gigih mencari kontraktor yang sanggup melakukan kerja yang dianggap ‘gila’ itu.
Ternyata perkiraannya tak salah selepas beberapa bulan proses baik pulih dan renovasi dilakukan hasilnya memang vass. Tersergam indah rumah dengan konsep loft siling tinggi kelihatan nyaman sangat untuk diduduki menggantikan kediaman yang dulunya usang.
Tuah Kencana juga turut berkongsi pengalaman beliau melakukan transformasi tersebut.
Journey cabaran ‘gila’ transform rumah usang

Beberapa tahun lalu saya ada bertanya dalam group mengenai cadangan untuk membaik pulih rumah usang. Terima kasih dengan maklum balas dan nasihat. Akhirnya projek gila ini diteruskan.
Saya nak kongsikan journey rumah ini untuk beri inspirasi pada mana mana yang ada rumah usang atau rumah warisan lama.
“Runtuh sahaja rumah ini, senang buat baru terus”, itu kata kata yang biasa saya terima dari pelawat dan kontraktor.

Tapi naluri kuat untuk terus mengekalkan struktur asal rumah ini. Projek ini bermula sejak penghujung May 2022. Terima kasih kepada kontraktor yang sanggup menyahut cabaran impian gila saya!

Cabaran ubah suai jadi konsep rumah loft
Ya memang gila sebab nak transform rumah usang ke rumah konsep loft bersiling tinggi. Sebahagian lantai tingkat atas dibuka untuk menjadikan rumah konsep siling tinggi untuk meningkatkan pengudaraan.

Kayu kayu reput diganti dan tingkap tingkap ditukar dengan tingkap cermin untuk meningkatkan pencahayaan semulajadi. Cabaran utama adalah pembinaan kolam sebab tanah di kawasan sangat berair dan kawasan yang sempit untuk jentera masuk.
Masuk pula musim hujan menyebabkan air bertakung dan berlumpur.

Rujukan pinterest saja
Masuk segmen mendeko. Rujukan utama adalah dari Pinterest sambil berangan. Ya berangan itu sangat penting tuan puan hi hi. Konsep rumah adalah boho Scandinavian.
Taman taman di luar hanya guna kaktus sebagai penyeri (sebab malas nak maintaince). Inspirasi dari Pinterest juga.

Setelah 6-7 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap sepenuhnya. Stres dan sangat penat tapi hasilnya sangat memuaskan.
Terima kasih pada kontraktor saya… Jika ada area Perak nak gunakan khidmat beliau sangat recommended.


Semoga terinspirasi
Sumber: Tuah Kencana
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Doktor Kongsi 6 Tip Elak Mulut Berbau Di Bulan Puasa, Antaranya Jangan Minum Kopi Waktu Sahur

Masalah mulut berbau ini juga kerap berlaku ketika bulan puasa. Kita mungkin tak perasan tapi mereka yang ada di sekeliling dan selalu berbual dengan kita memang akan menghidu jika mulut kita berbau busuk.
Jika ada yang sudah menegur mulut anda berbau atau anda perasan ada rakan yang seakan cuba menutup hidung ketika berbicara dengannya maka eloklah mencari cara untuk mengelakkan masalah mulut berbau ini.
Anda boleh praktik tip yang dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
1. Minum air secukupnya
Antara salah satu sebab mulut berbau adalah kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air semasa berpuasa. Maka semasa sahur hendaklah minum air kosong secukupnya, agar badan sentiasa terhidrat dan mulut tidak kering.
2. Elakkan minum kopi atau teh di waktu sahur
Kopi dan teh adalah sejenis diuretik, iaitu bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing. Jika kita minum teh dan kopi, makan kita akan hilang banyak air melalui air kencing. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, dan secara tidak langsung menyumbang kepada mulut berbau.
3. Kurangkan bercakap
Kurangkan makan bawang dan membawang. Bawang putih dan merah adalah antara makanan yang boleh buat nafas berbau. Manakala, terlalu banyak bercakap(membawang) pula boleh menyebabkan kelembapan mulut mudah tersejat, lalu menyebabkan mulut menjadi kering dan berbau.

4. Makan karbohidrat secukupnya
Ada sesetengah orang cuba untuk mengurangkan berat badan secara intensif semasa bulan Ramadan. Mereka berpuasa dan tidak mengambil karbohidrat dan gula, dan ini memaksa tubuh mendapatkan tenaga secara ketosis. Keadaan ini menghasilkan ketones yang menyebabkan nafas berbau. Jadi, makanlah juga karbohidrat sikit ya!.
5. Gosok gigi dan bersihkan lidah
Antara penyumbang mulut berbau adalah kehadiran bakteria dalam mulut. Oleh itu, jangan lupa gosok gigi sebelum tidur dan selepas sahur. Gunakan juga floss untuk bersihkan sisa makanan di celahan gigi dan bersihkan lidah dengan memberusnya. Boleh juga guna larutan pembersih mulut.
6. Pastikan tiada masalah mulut dan hidung
Jika semua cara di atas telah diikhtiar tetapi mulut masih berbau, anda hendaklah berjumpa dengan doktor. Masalah pada hidung, sinus, gigi, gusi atau tonsil juga boleh menyebabkan mulut berbau. Biar doktor periksa ya!
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Cara nak uji nafas berbau
Kalau nak tahu dengan lebih cepat bau mulut anda, ada cara lain iaitu uji dengan menghidunya.
- Caranya adalah dengan menjilat belakang tapak tangan anda, biarkannya kering seketika, kemudian hidu bau di tempat tadi.
- Anda juga boleh cungkil atau flos diantara gigi ke bahagian belakang mulut dan hidu bau flos itu.
- Atau anda juga boleh mengikis dengan lembut lidah anda dengan menggunakan pengikis lidah, kemudian hidu baunya.
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!
Panduan Tunai Umrah DIY Tanpa Pakej. Jimat Tapi Tak Semua Sesuai

Kalau dulu, ramai yang ke tanah suci Mekah sama ada untuk menunaikan ibadah haji atau umrah mesti melalui pakej. Tak pernah dengar orang melakukannya sendiri.
Tapi zaman sudah berbeza, memandangkan harga untuk dua pakej ini semakin naik, ramai yang mencari jalan menjimatkan bajet. Sama seperti melancong tanpa travel agen, pemergian ke tanah suci dengan cara ini juga mengurangkan perbelanjaan.
Malah semakin ramai yang melakukannya. Salah seorang daripadanya adalah usahawan wanita terkenal Puan Mona Din yang sudah 12 kali menunaikan umrah. Justeru dia memilih untuk kembara umrah sendiri malah berkongsi caranya secara detail.
Tip Kembara Umrah Sendiri, Tanpa Pakej
Sejak dari saya di tanah suci 2 minggu lalu, hingga ke hari ini, masih ramai yg mesej saya, minta panduan cara mngerjakan umrah sendiri, tanpa mngikut agensi.
Alhamdulillah, rezeki dan pjlnn yg di atur baik Allah kpd saya, umrah terbaru ni mungkin masuk tahun ke 7, dan mungkin umrah saya yg ke 12 kot, yg saya & mr hubby pergi sendiri2…
So sbb ramai yg btanya, maka saya pun nak mjwb soalan2 anda, sekadar bkongsi sedikit experience yg saya ada, insyaAllah, moga berupaya mberi kbaikan kpd yg bersesuaian.
( Info ni saya tulis kpd yg mmerlukn, dan bersesuaian unt pergi sendiri. Kpd yg x sesuai, sila abaikn je. Hrp kali ni jgn ada yg mberi komen negatif, mnakut2 org dan saya, seolah2 pergi sendiri tu salah & bahaya, spt yg tjadi kpd posting saya sebelum ni, hingga akhirnya saya malas nak layan sorang dua yg mcm tu, so saya delete je info ttg berumrah diy, yg pernah saya upload sebelum ni..)
Siapa Yang Sesuai Pergi Umrah DIY ?
Mereka yg telah pernah buat umrah bberapa kali, yg x perlu lagi bimbingan mutawif, serta agak familiar dgn psekitaran dan procedure airport, hotel & masjid, di mekah & madinah.
Mereka yg nak pergi ikut tempoh masa sendiri, selalunya yg nak pi sekejab je, dan tak dpt nak blama2 di tanah suci, dan x blh ikut pakej yg ada jumlah masa mereka yg tlh di tetapkn.
Mereka yg hanya nak pi buat umrah sahaja, then nak bersolat sepenuh masa di masjid nabawi & masjidilharam, tanpa bkisah nak ikut lawatan2 spt ke kebun kurma dll tempat lagi, sbb dulu dah pun pernah pergi.
Mereka yg nak nak privacy, tak nak pening kepala dgn pelbagai karenah jemaah lain, yg selalu berlaku bila join umrah group ramai2..
Lebih sesuai kpd org yg adventurous & selalu travel, selalu uruskn hal2 bkenaan traveling sendiri2, suka independent, blh btenang dgn cabaran yg x terduga, sanggup bsusah pyh, dan tak mudah stress unt mcari jln keluar…
Mereka yg nak save budget, sbb kita blh tentukn sendiri masa & harga terbaik yg di offer, dan adjust ikut kemahuan dan kesesuaian diri kita.

1. Persediaan Sebelum Pergi
Cari Travel Agensi yg berdaftar secara sah mnjlnkn bisnez haji & umrah, yg mahu membuat visa umrah untuk anda. Visa utk umrah hanya boleh dibuat oleh travel agensi yg berdaftar saja.
Cari agensi2 yg anda ada hubungan baik, mungkin owner dia rakan baik, atau saudara mara yg mungkin mahu tolong anda mbuat visa.
Byk agensi x nak ambil risiko buatkn visa umrah klu they dont really know us, sbb klu kita langgar peraturan atau buat salah, contohnya duduk di tanah suci mlebihi tempoh masa ( ada jemaah yg suka prolong their stay, tunggu nak buat haji terus, atau tinggal bkerja sbg pdtg haram), maka agensi mereka yg akn di kenakn tindakan, atau black list oleh kerajaan saudi.
Selalu agensi besar2 yg famous memang jarang nak buat, sbb they dont have time to attend to individual request for visa umrah secara diy. So sehinggalah anda dpt cari agensi yg mahu buatkn anda visa umrah, then baru step2 yg lain mnyusul kemudian.
Jika dah dpt agensi nak buat umrah, bagi masa dlm sebulan at least unt pergi, bagi cukup masa unt mnguruskan segala2nya, sebelum anda btolak ke umrah.
2. Beli tiket flight
Terbaik jika anda boleh terus masuk ke madinah dulu, sbb imegresen airport madinah lebih komersialize, lebih mudah, lebih professional.saya selalu tetapkn tarikh, then google cari tiket yg paling murah dr KL- Madinah.
Selalu saya cuba ambil direct flight, so tak payah pening & penat transit. Tapi kalau tiket direct flight mahal sgt, saya selalu ambil Saudi Air ; kKL-Jeddah-madinah OR Qatar Air : KL-Doha-Madinah.
kalau yg nak merasa naik business class, inilah masanya, sbb mselalui flight ke Jeddah/ Madinah, tiket business class murah, around rm4k-rm5k je pergi balik, sbb selalunya flight penuh di kelas ekonomi, di tempah oleh pakej2 umrah yg bawa beratus2 jemaah dan depa selalu tak ambil business class, so business class kerap kosong, maka harga biz class x mahal.
Saya bila pergi saya terus ke madinah, tapi bila balik saya balik dr jeddah, sbb lebih dekat dgn Mekah. So pergi KL Madinah, balik Jeddah-KL.
3. Cari Hotel
Lepas dah beli tiket, google pula cari hotel. Selalu saya tempah hotel tru agoda or booking. Just key-in tarikh dan jumlah mlm yg kita nak duduk di madinah dan mekah, dan cari hotel yg paling dekat dgn masjid, tapi paling murah.
Bila book hotel, saya akan ambil termasuk sarapan. Lunch & dinner, saya & mr hubby selalu mkn sendiri, beli satu bungkus nasi briani / mandy share 2 org je.
TIP
Lepas subuh balik bilik tidur. Then bangun sekitar jam 9.30 pagi. Mandi & bersiap, then pi bfast buffet at 10am. Mkn puas2 sampai kenyang kira as lunch sekali. Then terus pi masjid tunggu zohor. Kalu rajin terus di masjid sampai asar.
Lepas asar, otw balik bilik, singgah tapau nasi, then kongsi dgn suami, kira tu as dinner la. Then lepas mkn pi masjid for magrib dan isya terus. Lepas isya’, beli satu burger je share mkn 2 org.
So secara kseluruhan, kos mkn sgt x byk. Bukn saja jimat, tapi kita mkn se adanya saja, sbb nak fokus unt beribadat dan berada lama di dlm masjid !
Kemudian buat injection, vaksin, yg diperlukn utk yg nak ke tanah suci.
Bila semua dokumen tiket flight, hotel & injection dah ada, then pergi ke travel agensi yg nak buatkn anda visa, serahkn semua dokumen tsebut termasuk pasport, untuk urusan mereka mmohon visa.
Masa ni, anda x boleh travel overseas sbb pasport anda x de, tlh dihntr ke kedutaan Saudi utk application visa. Proses mmohon visa dlm 2-3 hari je, tapi always allocate 2 weeks, in case kedutaan lambat proses, esp during peak time.
Saya rasa harga for satu visa sekitar 100-200 kot, tapi selalunya saya byr agensi yg buatkn visa saya sekitar rm300-350. Yg lebih tu kira upah utk mereka la..
Bila dpt visa dan passport semula nanti, jgn lupa minta dr agensi tersebut contact no dan nama mutawif mereka yg ada di Mekah & Madinah, dan mohon agensi tersebut maklumkan mutawif mereka ttg anda.
Mana tahu ada emergency dan keperluan, anda akn hubungi utk khidmat mereka, dan akan byr untuk kerja mereka jika perlu (tapi so far many2 times saya dok pi umrah diy, saya x perlu pun call mereka, sbb semuanya smooth dan di permudahkn Allah, Alhamdulillah).
So sbb kita dah allocate time kurang lebih 1 bulan untuk pergi, maka sempat la sementara tunggu visa, or bila dah dpt visa pun, utk anda buat psediaan menghafal doa, memperkasakn solat dll, sebelum anda bertolak ke umrah.
4. Musafir Umrah Bermula : Perjalanan Ke Madinah
Pergi check in sendiri2 di klia. Bial masuk flight dan tidurlah sambil berwirid sepanjg penerbangan. Kalau flight pergi jeddah dulu, turun flight, pergi ambil beg, then naik one floor up, check-in unt flight to madinah, duduk dan tunggu flight di bilik menunggu dgn tenang.
Selalu procedure imigresen di madinah mudah, mcm airport antarabangsa yg lain juga, tidak seperti di jeddah yg sering lama dgn pelbagai masalah. InsyaAllah, proses di madinah simple & smooth je, dgn staff yg profesional, spt yg sepatutnya.
Bila sampai airport madinah, turun flight, ambil beg dan keluar ( kalau flight dr Jeddah, x ada pmeriksaan kastam, terus keluar je). Sebaik sampai pintu keluar, akn ramai teksi sapu yg akn approach kita. Kita decide la sendiri how nak bnegotiate dgn mereka.
Selalu mereka buka harga dgn 100 riyal.. the cheapest saya pernah dpt ialah 40 riyal. Tapi selalunya antara 60-80 riyal.
Anda masuk je teksi, bagi nama hotel, mereka akn terus bawa anda ke hotel, tanpa byk bicara. Bila sampai hotel, check-in, selalu 5 minit je, naik bilik, mandi dan pi masjid nabawi, bagi salam to Rasululllah & bsolat apa yg patut.
Then di madinah, jgn lupa pi raudhah. For ladies, blh baca tips saya how to solat comfortably dlm raudhah dr posting saya 2 minggu lepas masa di madinah.
Jgn lupa klu boleh pakai jubah hitam, btudung hitam, mcm arabs, so anda tidak terjebak dlm paksaan petugas unt masuk group indo msia, dan kena tunggu sehingga ke kumpulan terakhir.
Juga, cuba pergi sorang2, dan bila dah lepas solat di saf hijau taman syurga, pi duduk belakang di saf merah diam2 sambil baca quran.
Tunggu hingga waktu terakhir raudhah nak di tutup, masa tu raudhah dah kosong, minta izin petuga bsolat di ruang depan, insyaAllah anda akn diizinkn, dan dpt solat dgn tenang bsama2 ptuga, dgn khusyuk.
So mesti rajin spend time utk berlama-lama dlm masjid & kwsan raudhah. Duduk diam2 dgn sopan baca Quran, kita tak kacau org, insyaAllah org pun x kacau kita.
5. Perjalanan Ke Mekah
Semasa di Madinah, pergi ke counter concierge hotel anda mnginap, buat tempahan kereta utk ke Mekah. Selalu semua hotel ada their limo, or their contracted outside teksi unt ke mekah.
Mereka akn ada senarai jenis teksi, nombor pendaftaran teksi & gambar driver teksi tersebut. Pilih mana yg bersesuaian dgn anda. Kalau kereta biasa harga selalu dr rm350-600.
Bila dah pilih, ambil gambar kereta, no pdaftaran & gambar driver siap2. Hantar semua info tu kpd waris anda, for emergency purposes. Tetapkn masa unt btolak. Selalu pjlnn madinah- mekah akn ambil masa sekitar 4 jam.
Perlu pastikn jgn sampai area Masjidilharam ketika waktu solat, esp Maghrib & Isyak, sebab semua jalan di tutup, dan teksi anda x dpt masuk ke hotel, sesetengahnya mungkin akn tinggalkn anda di tepi jln yg tdekat unt ke hotel, dan anda kena bjln serta angkat beg sendiri!
Bagi mngelakkan itu, saya selalu mula bgerak ke mekah around 5pm, lepas solat asar. Sebelum btolak, bersiap sedia dlm pakaian ihram unt berumrah. Teksi akn terus bawa kita utk bermiqat di Bir Ali dan kita akn berada dlm ihram sepanjg pjlnn ke mekah.
Selalunya driver taksi akn sama2 mngajak kita ber tahmid labbaikalla himmalabbaik..sepanjang pjlnn. Teksi akn stop solat magrib & isya di r&r, sambil kita mkn mlm.
Then akn sambung pjlnn, dan insyaAllah kita akn selamat sampai ke hotel selepas solat insya, sekitar jam 9 mlm. > Teksi akn hntr kita terus ke hotel. So angkat beg, check in, dan terus naik ke bilik.
Selesai mandi dan rehat dlm setengah jam, saya dan mr hubby akn terus memasuki Al Haram, for tawaf, saie dan tahallul, mngerjakan umrah…
Selalu dlm 1 pagi, umrah selesai….
6. Di Mekah
Disebabkan buat umrah diy, maka kita tak ada any group, dan juga x de byk kawan. Maka gunakan kesempatan bersendirian / atau bdua sebegini unt mnumpukn ibadah di masjidil haram selama yg mungkin.
Sebab hotel anda bdekatan, belajarlah unt pergi sorang2, dan pulang dr masjid bila2 masa yg di ingini. Tidak perlu terikat dgn janji unt tunggu suami / isteri sini dan sana, klu nak jumpa, jumpa di bilik terus, senang.
Make ourself free unt beribadah, tak payah asyik btunggu2, sapa siap dulu pergi dulu, so cara ni blh elakkn pselisihan faham, sbb kdg2 org ramai, dan sgt penat tertunggu2 serta tcari2 pasangan anda.
Juga ikhtiarkn agar setiap kali solat, anda dpt solat di hadapan & nampak Kaabah, supaya masa2 anda di sana, terisi dgn sempurna di sisi kaabah yg mulia.
Saya lihat ramai jemaah dr msia, esp wanita, suka melebihkn comfort, nak solat di kwsan aircond & berkarpet saja, dan x berapa kisah wlu x nampak Kaabah.
Memang pahala bsolat dlm masjidilharam sama saja wlu di mana ceruk pun, tapi alangkah sayangnya, jika sesekali anda dpt chance pi tanah suci, anda tidak cuba unt mlihat kaabah sepenuh masa, sbb mmandang kaabah pun dah dpt pahala.
Masa terbaik, selepas solat subuh, bgeraklah ke depan kaabah. Duduk di dataran kaabah, tataplah mlm yg pergi dan siang yg dtg di depan kaabah, baca quran, berwirid, atau bsolat sunat taubat, hajat dll, sehingga masuk waktu dhuha, anda akn merasa nikmatnya, MasyaAllah, syahdu sekali….
Di Mekah, atur cara saya mcm di Madinah juga.
Saya selalu bgn jam 3 am. At 3.30 am selalu dah masuk masjid, bsolat tahajjud, taubat, hajat dan bdoa unt rakan2 smntara mnunggu masuk subuh. Lepas solat Subuh, akan berada di depan kaabah hingga masuk dhula 7.30 pagi, then balik bilik, tidur.
Then bangun sekitar jam 9.30 pagi. Then mandi bersiap, then pi bfast buffet at 10am. Mkn puas2 sampai kenyang kira as lunch sekali. Then terus pi masjid tunggu zohor, sampai asar.
Lepas asar, balik bilik. Mr hubby selalu singgah tapau nasi, then kongsi mkn bdua, kira tu as dinner. Then lepas mkn pi masjid for magrib dan isya terus.
7. Perjalanan Pulang Ke Tanah Air
Masa di mekah, sama juga, saya akan book transport dr concierge hotel, untuk hntr kami berdua ke airport. Selalu kami ambil kereta biasa, harga dlm rm300.
Di airport, kami beli 2 kotak air zam2, yg dah di standardize oleh Saudi satu jemaah satu kotak, utk dibawa balik. Dan selalu, our flight ialah direct flight jeddah-kl, insyaAllah.
Rasanya itu saja kot info on umrah diy.
Selalu trip umrah saya tak lama, less than 10 days. Selalu, 3 mlm di madinah & 4 mlm di mekah je. InsyaAllah, selama dah hampir 7 thn saya dan mr hubby dok pi sendiri, dah lebih 12 kali kot, dgn cara yg sama, semuanya ok saja.
Kalau niat kita baik, hanya kerana Allah Taala, mnerima panggilan Allah dgn rendah diri dan penuh syukur, insyaAllah apa jua ujian yg dtg, kita pasti boleh tempuhi dgn sabar, senang hati, krn apa pun yg berlaku, kita tahu, hanya Allah penyelamat kita, tidak ada yg lain, tidak wlu pakej umrah yg paling mahal sekali pun…
Maka jika anda sudah bersedia utk mencuba umrah secara sendiri, carilah agensi yg blh tolong buatkn visa, dan the rest, insyaAllah, akn bjln lancar tanpa sbrg masalah.
Dan pesan saya, di setiap langkah anda, wlu ke mana saja, mulakan dgn kaki kanan, dan jgn lupa selitkn doa la ila hailla anta, subha nakainni kuntuminazzalimiiin…
Baca doa itu, setiap masa. Dan insyaAllah, anda akn selalu dpt mlihat, dan merasa, ajaibnya kuasa Allah Taala, di tanah haram yg mulia.
Selamat bjuang unt mnunaikn umrah semua. Semoga setiap kita di rahmati Allah mendapat rezeki & panggilanNya….amiin.
Buat anda yang mahukan itenary lebih terperinci untuk umrah DIY boleh juga mengambil panduan daripada perkongsian Raisya Azzahra. / https://www.facebook.com/groups/backpackers.buddies.malaysia/permalink/1317128985016042/
Sumber : Facebook Mona Din
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI
Download
sekarang!


