Makan

Lebihan Nasi Impit Jangan Biar Sampai Basi, Boleh Buat Lontong Goreng. ‘Confirm’ Licin

Share

Hidangan nasi impit memang wajib ada waktu raya, kadang-kadang sampai nasi impit terlebih dan tak tahu nak buat apa.

Lebihan nasi impit ini jangan pula dibiar hingga basi, rugi. Supaya tak membazir kita oleh buat nasi impit goreng atau dipanggil lontong goreng oleh orang Johor. Confirm cepat saja licin.

Cara buat nasi impit goreng dikongsi oleh Nurul Ateekah

.

Nasi impit lebih jangan buang, kita goreng pula

Bahan-bahan:

Nasi impit- 900 gram(dipotong dadu besar)
Udang sedarhana – 200- 300gram
Isi dada ayam – (direbus & dicarik )
Sos cili – 2 sudu besar
Sos tomato – 2 sudu besar
Sos Ikan 2 sudu besar
Kicap manis 3-4 sudu besar
Sedikit kucai dan kubis (jika mahu)
Telur – 4 biji
Gula 1-2 sudu besar
Garam dan serbuk perasa (jika perlu )
Daun sup, cili merah dan daun bawang untuk hiasan

Bahan kisar :

Cili kering – 10-15 batang
Bawang besar – ½-1 biji
Bawang Putih – 5 ulas
Udang kering 2-3 sudu besar

Cara membuat:

1. ​Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan yg telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak .

2. ​Masukkan udang dan masakkan ia seketika .

3. ​Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap, gula, garam dan serbuk perasa (jika perlu) dan gaulkan .

4. ​Masukkan lontong, kucai, kubis, isi ayam dan telur . Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.

5. ​Kemudian taburkan cili merah ,daun bawang dan daun sup .

6. ​Angkat dan siap untuk dihidang .

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah.

 

IKLAN