Lelaki Nikah Kanak-Kanak 11 Tahun, Akhirnya Hilangkan Diri. YB Nurul Izzah Muat Naik Fatwa Sheikh Akram Nadwi

Share

 

 

Hujung minggu lepas kita dikejutkan dengan kes peraih getah, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, dari Gua Musang, Kelantan menikahi kanak-kanak berumur 11 tahun. Alasan yang diberikan kerana nak jaga kanak-kanak itu yang hidupnya miskin.

Selepas tular di media sosial mengenai pernikahan itu, ramai netizen yang mengecam perbuatan lelaki itu yang dikatakan tidak beretika. Malah ramai juga yang turut mengaitkan kes ini dengan unsur pedofilia.

Kisah tular ini turut menarik perhatian Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar. Dalam instagram beliau ada memuat naik fatwa yang dikeluarkan oleh Sarjana Hadis dari India, Sheikh Akram Nadwi.

 

Sarjana hadith, Sheikh Akram Nadwi, mengeluarkan fatwa terhadap perkahwinan kanak-kanak di zaman moden – menyatakan penindasan dan ketidakadilan yang meluas. Sudah tiba masanya untuk mengambil sikap berprinsip memandangkan Islam melindungi hak kanak-kanak. Wanita, lelaki, bapa, ibu, sudah tiba masanya untuk menamatkan episod yang menindas.

Penindasan Terhadap Kanak-Kanak

Kalau fikir logik pun, kanak-kanak umur 11 tahun masih belum layak berkahwin sebab masih lagi di bawah umur. Kehidupan mereka masih terlalu baru untuk meneroka alam rumahtangga. Patutnya orang dewasa bersikap lebih rasional. Boleh je nak bantu kehidupan miskin kanak-kanak itu tanpa ada ikatan pernikahan.

Ketidakadilan

Wanita ada hak memilih sama ada hendak bernikah atau tidak. Mereka boleh pilih nak kahwin dengan siapa. Jadi kalau kecil-kecil sudah dinikahkan, maka hak itu telah diambil daripada mereka. Ini yang dikatakan tidak adil.

Suka Sama Suka

Mengikut laporan Astro Awani, pernikahan ini berlandaskan perasaan suka sama suka. Lelaki berusia 41 tahun itu juga ialah guru mengaji kepada kanak-kanak tersebut. Katanya perasaan itu telah wujud sejak kanak-kanak itu berusia 7 tahun.

Kanak-kanak itu merupakan isteri ketiga lelaki tersebut. Mengakui pernikahannya hanya nikah gantung dan dia tidak pernah tidur bersama kanak-kanak itu yang telah dinikahi pada 4 Syawal lalu. Dia turut tidak mahu menceraikan isterinya yang dikenali sebagai Ayu. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Laporan terkini, lelaki tersebut telah melarikan diri dan mengelak daripada ditemu bual media. Malah media tidak dapat menghubunginya.

 

Sumber: Instagram Nurul Izzah Anwar dan Astro Awani

 

 

 

 

IKLAN