
Penat-penat buat biskut tapi sudah lemau sebelum raya. Ini memang mengecewakan. Jadi untuk mengelak biskut yang anda hasilkan dengan susah payah itu lemau malah kekal rangup ikut tip ini.
1. Biarkan biskut terbuka terlebih dahulu
Sebaik sahaja biskut dikeluarkan daripada ketuhar, biasanya ia agak lembik. Jadi, jangan terus simpan dalam bekas, sebaliknya biarkan beberapa saat di udara sehingga biskut betul-betul sejuk, barulah dimaasukkan ke dalam bekas kedap udara.
Jika disimpan ketika masih panas atau dicampur bersama biskut lain di dalam bekas yang sama, biskut akan mudah rosak dan lemau.
2. Keringkan bekas sepenuhnya sebelum simpan biskut
Ini mudah saja. Ambil tuala kering kemudian lap bersih bekas kuih dan anginkan beberapa saat atau mahu lebih terjamin, jemur terus di bawah cahaya matahari. Jika anda ingat, pasti masa kecil-kecil dahulu ibu anda selalu buat begini bukan?
3. Guna bekas kedap udara
Pilih bekas menyimpan kedap udara atau balang berpenutup yang dilengkapi penutup khusus untuk biskut supaya tahan lama dan kekal rangup.
4. Masukkan bungkusan kecil garam dalam balang kuih
Selain menggunakan gel silica dalam bungkusan, kelembapan udara dalam balang juga boleh dikurangkan dengan garam. Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dengan kain bersih lalu masukkan ke dalam balang.
5. Alas setiap lapisan biskut dengan kertas kalis minyak
Dengan meletakkan kertas kalis minyak pada setiap lapisan biskut, ia akan membuatkan biskut kekal rangup kerana kertas kalis minyak berfungsi menyerap lebihan munyak pada biksut.
6. Taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut
Ini petua Melayu lama yang sangat berkesan bagi memastikan biskut raya tahan lama dan tidak berbau.
7. Jemur tepung / gula sebelum buat biskut
Orang zaman dulu menggunakan tepung dan gula yang dijemur bagi membuat kuih raya. Ini bagi memastikan biskut yang dihasilkan lebih ringan dan tahan lama. Tepung yang dijemur akan memberikan kerangupan dan rasa yang enak.
Mudah saja bukan. Praktikkan ya.
Tip Hadiri Reunion, Elak Cinta Lama Bertaut Kembali

Ada banyak cerita tentang reunion atau pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah atau kolej yang membibitkan kembali benih cinta lama. Hingga menakutkan pula pasangan bila suami atau isteri berkata mahu menghadiri majlis seperti ini.
Tapi salah reunion kah? Tidak. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama.
Walau bekas kekasih makin cantik atau segak, jika suami atau isteri bertakhta di hati, ia takkan pernah menggugat kesetiaan. Meski insan yang pernah anda cinta itu dulu cuba-cuba untuk kembali mendekati tapi jika kesetiaan di tahap tinggi godaan itu mampu ditepis.
Semuanya terletak pada kesetiaan dan hati masing-masing. Reunion hanya faktor pencetus, sama seperti Facebook yang turut banyak menyebabkan keretakan rumah tangga.
Tapi sebelum berlaku perkara buruk, tak salah kita ambil langkah berhati-hati. Mungkin tip di bawah boleh dipraktikkan ketika kita atau pasangan menghadiri majlis reunion untuk mengelak cinta lama bertaut kembali.
1. Bermula dengan niat
Kalau dari awal niatnya memang mahu bertemu bekas kekasih lama mungkin inilah pencetusnya. Oleh itu niatnya mesti hanya untuk mengeratkan silaturahim dan bertemu rakan lama. Itu saja!
2. Bawa pasangan
Jangan pergi sendirian, bawa isteri atau suami dan perkenalkan kepada rakan-rakan. Tawarkan diri untuk ikut serta jika pasangan tidak mempelawa.
3. Nilai tahap kesetiaan
Kalau dalam majlis itu hadir sama bekas kekasih dan anda masih ada sisa cinta maka elak dari menghadirinya.
4. Jangan mulakan
Setelah selesai reunion elak hantar mesej atau whatsApp peribadi pada bekas kekasih, mesej di Facebook apatahlagi menghubunginya. Ini juga pemulanya. Cukup sekadar sembang di dalam grup secara beramai-ramai.
Ini tip dari VK yang bukanlah kaunselor atau pakar psikologi. Kalau anda yang mahu berkongsi, bolehlah berbuat demikian di ruangan komen.
Pengalaman Perit Ibu Bersalin Caesar, Jahitan Terpaksa Dibuka Kembali ‘Hidup-hidup’ Akibat Bernanah & Jangkitan

Ramai yang kata bersalin secara caesar atau caesarean lebih mudah, kurang sakit berbanding normal. Mungkin atas sebab ini juga ada ibu yang memilih kaedah bersalin cara pembedahan.
Tapi pengalaman ibu ini sedikit berbeza. Proses bersalin mungkin mudah bagaimanapun pengalaman selepas bersalin, proses memulihkan luka pembedahan subhanallah membacanya saja kita tahu ia cukup perit buat ibu ini.
Athirah Zafirah mengalami jangkitan pada luka pembedahan sehingga bernanah dan berair menyebabkan doktor terpaksa membuka jahitan sebelum dijahit kembali. Dapat dibayangkan kesakitan yang ditanggung.
Athirah menitip pengalaman tersebut untuk perkongsian ibu-ibu lain. Mungkin ada yang pernah mengalami situasi yang sama.
44 Hari : Bersalin Caesar
Alhamdulillah selesai sudah confinement untuk baby kedua ni. Perit kalau kenangkan hari hari yang lalu. Cukup la sekali, serik sangat nak lalui buat kedua kali.
Sungguh memang tak kuat rasa nya. Siapa kata bersalin caesar ni mudah? Susah weh teramat susah. Andai ada rezeki sekali lagi, memang aku doa, Allah izinkan aku untuk beranak normal.
Throwback sikit, hari bersalinkan Noah, aku orang ke-6 untuk di operate. Dalam 12.30 masa ditolak ke OT dah berdebar-debar ‘la illailla anta subhanaka inni kuntu mina zalimin’ tak pernah putus. Masa ni berserah ja kat tuhan semoga semua urusan dipermudahkan.
Doktor godek godek perut tak lama pon, setiap proses kita rasa, tapi tak sakit kan bius separuh badan. Bila Noah keluar, nurse letak di dada. Alahai comeynya Anak mami. Sepet, sawo matang sikit la eh. Keciknya hahaha.
Ehem masa ni tak sakit ye puan-puan. Naik je ward mula mual mual rasa nak muntah. Rasa lembik je. Tapi perasaan tu tak lama kejap je lepas 6 jam, minum air, jalan-jalan esoknya discharged.
Semua mudah & mommmy bahagia. Ye la beranak tak rasa sakit tiba tiba eh ada baby. Tapi siapa sangka (See picture).
Mula dengan demam menggigil
Day 7, malam khamis tiba tiba badan rasa seram sejuk. Check suhu 38. Eh demam ni, makan ubat tahan sakit and terus tido. Tak ada apa kot.
Day 8: Esoknya, tengah hari dalam jam 12. Mengigil gigil. Nape tiba tiba je ni. Husband susah hati dah. Jom la kite ke emergency.
Sampai ER, check suhu 38. Check nadi (heart rate) 151 terus kena tahan masuk air, ambil darah semua. Dari jam 4 sampai jam 10. Sepanjang masa ni, berdebar-debar minta husband doa kan, benda paling aku takut.
Jangan la ada infection. Tolong la jangan. Mcm mcm aku google kalau infection nanti kene bukak balik jahitan, nanges usah kata sampai tak keluar air mata. Husband kata jangan pikir bukan- bukan, demam biasa je ni.
Malam, dalam jam 10. Datang Dr S***, tekan perut tak de keluar cecair apa. Jahitan cantik. Kenapa demam ye? Dr amek scan, scan dalam pon doktor tak nampak darah beku ke apa. Ok puan, maybe infection luaran dalaman selamat jgn risau.
Masa ni dah rasa lega. Alhamdulillah dedi, tak ada apa lega sangat. Tapi kena tahan sampai demam dah kebah. Okay takpa. Muka bahagia.
Kena bukak semula ke jahitan
1hb-3hb : 3 hari dah warded. masih demam teruk, Harini dah cecah 40.7 suhu. Antibiotic still on. Dah tukar antibiotic jenis lain. Masa ni tuhan je tahu, dengan demam, antibiotic setiap kali cucuk rasa sakit. Masuk air garam sekali. Drama air mata sepanjang masa la cerita dia.
Harini, Dr round kat ward macam biasa, Dr L**** specialist o&g tekan perut, ada keras sikit bahagian kanan, infection dalam ni. Masa ni udahh meraung sedih.
Me : Dr kene bukak semula ke jahitan? Saya takut. Malu? Hilang dah perasaan malu aku masa ni.
Dr : Tak kita tengok dulu macam mana ya.
Hati dah sedih. Dengan rindu anak lagi. Huks! Malam masa nak tido tiba-tiba menggigil 1 bdn. Dah off aircond masa ni. Adik tolong minta nurse 1 selimut. Sejuk. Tapi masih terasa sampai ke tulang. Adik tolong minta lagi selai dik (nasib adik dah sampai tolong teman masa ni) pakai 3 selimut pon masih sama. Mengeletar aku sorang sorang bawah selimut. Istighfar ja banyak banyak jangan ada benda buruk berlaku.
Dalam pkol 9 kakak katil 2 datang . Pegang ubun ubun, bacaa & amik air bacakan doa. Lepas minum air akak katil 2 bagi lansung hilang gigil. Adik buka surah al-waqiah ya, letak kain belakang tengkuk, situ punca segala panas. Memang malam dapat tido dengan selesa. Terima kasih kak katil 2, esoknya akak tu dah balik tak sempat tanya nama.
Hari ke 4 di hospital – air keluar dari luka
Esoknya bangun tido. Eh apa ni, ada air keluar. Dari mana ni? Check bahagian luka. Allah air keluar sampai basah habis kain. Ya yang ditakuti dah terjadi. Memang air keluar dari bahagian luka. Berderau jantung. Allah Allah ujian apa ni. Ya Allah.
Masa ni kak Rose dah berdiri. Eh, adik apa ni adik Allah takotnya, astagfirullah apa ni . Air nanah ka apa ini? Apa ni adik, akak takot dik. Aku udah la nebes, die pulak buat sinetron lagi aku tambah nebes. Aish.
Buka jahitan hidup-hidup, menggigil tahan sakit
Husband datang kali ni, drama air mata buat seribu kalinya. Minta tolong panggilkan dr fiza. Dengan tak malunya nangis nangis depan dia. Dr saya kena bukak balik ke jahitan ni? Walau pun hakikat dah tahu kebenaran yang memang jelas & nyata .
Ini la perkara yang paling nak dielakkan untuk bersalin caesar. Dr fiza kata infection dalam ni puan. Bagus la die keluar jadi kita dah tahu kan sekarang apa punca puan demam. Petang karang kita bukak ya jahitan.
Me : Dr sakit tak?
Dr : Emm saya taknak la tipu, sakit memang sakit.
Huwaaa.
Dr: Maaf la puan, saya terpaksa jujur nanti puan pikir tak sakit, walhalnya sakit la sikit.
Petang tu, hati berdebar debar nak masuk bilik prosedur. Masa ni pujuk hati untuk redha. Sepanjang di hospital tak larat dah nanges. Allah bagi ujian ni sebab tahu aku mampu. Ulang lebih 10x dalam hati masa tu. Baru ada kekuatan. Selagi tak redha selagi tu tkde kekuatan.
Aku baring kat katil di bilik prosedur. Doktor suntik ubat tahan sakit kat perut. Tapi, kesakitan buka semula jahitan hidup hidup, tuhan ja yang tahu mengigil 1 badan. Bilik beraircond tak rasa sejuknya. Basah muka dengan keringat. Tahan sakit punya pasal. Allah doktor sakit doktor, tlg doktor sakit.
Berzikir beristighfar dalam hati beribu kali. Sumpah masa ni, insaf. Sakitnya rasa mcm sakit contraction yang teramat sakit. Keluar dari bilik prosedur, kononnya tadi dah cukup redha dan kuat. Tidak lah. Drama air mata kali ni berdua, rupanya sepanjang proses tadi Husband kat luar dengar isteri menjerit sakit sama .
(Harapnya semua husband dalam dunia n sedarlah, nak hadiahkan zuriat buat suami banyak pengorbanan dan kesakitan yang terpaksa isteri telan & hadap).
Kikis nanah pula
5 Dec – Dressing mcm biasa dgn nurse tp nurse kata ade nanah lagi. Esok doktor tolong kikis ya. Esoknya, Dr dressing kikis macam kena buka jahitan tahap sakitnya. Menggigil gigil. Nanges lagi. Drama air mata entah bila nak berakhir aku pon tak tahu.
Dari hari ke hari aku lalui proses yang sama. Antibiotic 3x sehari. Nurse amek tekanan dah tak terkira waktu. Malam jam 12, 2, 4, 6 biasa nurse datang check suhu atau hantar ubat. Bangun pagi, makan, mandi, tunggu doktor round sambil baring sembang dengan orang sebelah mandi makan tidur. Tunggu orang datang melawat dll.
10 Dec – Doktor round tadi, die inform Kalau tak ada apa inshaAllah selasa boleh jahit. Maybe next day boleh discharged. Ya Allah ya tuhanku permudahkanlah. Adik dah balik petang semalam. Tq adik tolong jaga aku seminggu ni. Harini katil sebelah orang terakhir yang discharged pon dah balik. Maka 3 orang dalam bilik semua dah discharged tinggal aku sorang tido kat sini. Semoga Allah melindungi.
Masa ni rindu sangat dah dengan my husband , adam , noah , ayah & family. Bila sakit baru sedar nikmat sihat. Sebak tengok pengorbanan suami yang susah payah datang sini dengan anak semoga Allah merahmati. Semoga aku tak lupa diri bila sihat dah sentiasa ingat susah senang kita bersama. Ya Allah sembuhkan lah aku ❤️.
12 dec : selasa yang dinanti dah tiba. Nurse datang dgn houseman chek luka. Die kata ada sikit lagi nanah. Kat hujung. Specialist dr L dgn dr surgeon yang operate haritu datang dr Y. Dorunk Check. Dorunk berpandangan sesama sendiri & i cried a lot. Dah tahu apa resultnya. Memang hampa & kecewa sangat. Hari yang dinanti- nanti tapi luka masih tak okay.
Dr L : Jangan nages, harini tak boleh buat. Kalau buat juga nanti sama resultnya. Tunggu next week. Nurse amek kan tissue.
Me : Dr rasa bila boleh jahit.
Dr L : next week selasa if luka bersih kita jahit ya. Kamu boleh discharge sebab dah sihat tak ada demam lagi.
Kamu mesti rindu sama baby. Ya. Boleh balik ya minggu depan kita check luka lagi.
Me : thank you doktor. Sambil nages lagi dah tak malu dengan nurse, dr, houseman semua yang ada kat depan tu.
12 hari di ward : penantian, harapan, kesakitan, rindu, banyak sangat pengajaran. Tapi sepanjang 12 hari di hospital, aku belajar erti REDHA. Berlapang dada lah tika ujian datang menimpa, pasti kita tabah mengharunginya. Andai kita menolak sekeras mana pon, Allah kata berlaku tetap akan berlaku. Kun fayakun (jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah ia).
Admit semula untuk jahit luka caesar
Thank you husband. Sepanjang di rumah husband hantar wife cengengnya dressing di hospital & klinik. Duduk di rumah adalah sikit rasa tenang. Persekitaran rumah buatkan rasa lebih sihat. Ceewaaahh.
Isnin, 18 hb admit semula untuk jahit luka caesar yang ternganga ni. Alhamdulillah lega rasanya membayangkan tak lama lagi. Sikit je lagi. Baru bayangkan pon dah seronok. Masa ni adik acik dtg teman bagi semangat. Tq adik adik ?
Admit ward jumpa akak N***, kak tu duduk katil yang sama aku duduk masa warded 12 hari tu. Masalah kami pon sama wound breakdown. Kakak tu dah down, 8 hari dah di ward, dressing semua. Menages nages.
*saya paham kak, saya pon baru melalui fasa tu akak, di katil yang sama. Mengira hari dan waktu nak melalui semua ni. Sabar ye kak.
Fasa berpantang yang panjang
19hb . Puasa dari jam 12 malam. Menunggu nunggu bila nak dipanggil untuk jahit. Dari jam 10am-2pm-6pm tak ada. Jam 8pm nurse datang, tukar baju ya nak pergi operation theatre.
Alhamdulillah, masa yang dinanti nanti dah tiba. Berdebar, risau, takut. berharap sangat jauhkan la aku dari terkena infection atau komplikasi lagi. Sembuhkan dan sihatkan lah aku. Masa ni memohon pada tuhan ja. Tak tahu apa bakal jadi.
Pakar bius datang, operation ni sekejap je puan. Jadi kita bagi bius penuh. Kita masuk oksigen ya di tekak. Tak lama. Masuk 9.30. 10.30 aku terjaga dah kat luar bahagian pemerhatian. Cuma rasa tekak sakit sikit kesan masuk oksigen tu. Tapi tak pening & mual macam masa kena caesar haritu.
Alhamdulillah, esoknya discharged. Hari-hari cuba hati-hati. Then buka semula jahitan 29/12. Sakit juga tp okay masih boleh tahan. Harini dah habis pon pantang. Lama fasa berpantang kali ni. Mcm mcm dugaan.
Noah dah 44 hari
Tq dedi, opah, tokba , aunti , mama la, susah payah datang belimbing jaga momi & noah. Sambung pulak kat sungkai bila dedi work Tq atok , moyang tok, moyang atok opah teh, jaga masa kat trolak. mamacik & cuni temankan di hospital menemankan proses air mata momi hahaha.
Sumber: Athirah Zafirah
10 Jenis Selfie Ibu Muda Dilarang Buat

Sebelum ini heboh dengan cerita selfie ibu muda yang menyusukan anak. Ramai maklum tentang respon seorang ustaz tentang perkara ini. Walau pun menutup aurat tapi hukumnya haram kerana penampilannya menarik perhatian lelaki.
Tapi selain selfie menyusu ada lagi beberapa jenis selfie yang pada VK tidak patut dilakukan oleh ibu muda namun selalu saja dibuat.
VK bukanlah ustazah, tapi sebagai wanita yang dah matang kita boleh fikir sendiri jenis selfie seperti disenaraikan ini tidak selaras batas agama, boleh mencetus rasa riak, hasad malah menjejaskan keselamatan sendiri.
1. Selfie dengan pakaian tak sopan atau mendedah aurat – lainlah kalau selfie ini hanya untuk tatapan suami.
2. Berdua bersama lelaki bukan mahram – walaupun suami izinkan tapi fikirkan juga perasaan dan maruah suami. Ia juga boleh undang fitnah, orang lain bukan tahu pun suami anda izinkan.
3. Foto selfie intim atau bermesra dengan pasangan – apatah lagi kalau dalam bilik tidur. Orang tua pesan cerita dalam kamar jangan dikongsi. Tak perlu tunjuk satu dunia anda pasangan romantis. Cukup anda dan pasangan saja tahu.
4. Selfie bersama hadiah mahal yang diterima – sebagai contoh gelang emas, wang yang banyak atau bersama barangan atau harta bernilai. Bukan saja boleh menimbulkan perasaan riak dalam diri, hasad pada yang melihatnya tapi anda juga mungkin jadi sasaran penjenayah kerana gambar ini.
6. Selfie bersama bayi baru lahir – dikatakan bila kita share foto bayi yang baru lahir (0 hingga 40 hari) dikhuatiri bayi akan terkesan dengan gangguan Ain (sihir tanpa jin atau mata jahat).
7. Selfie yang mendedahkan maklumat peribadi– tempat sekolah anak, nombor plat kereta apatah lagi kereta mewah. Hati dan niat orang kita tak tahu, ia mungkin menjejaskan keselamatan diri malah keluarga.
8. Selfie waktu ziarah kubur – termasuk ketika Aidilfitri dan ia pernah jadi isu satu ketika dulu. Menurut ahli agama ia boleh dikategorikan haram jika dilakukan dengan niat untuk berseronok.
9. Selfie waktu makan tempat mewah– tak kira dengan famili atau dengan rakan-rakan. Boleh mencetuskan rasa riak dan hasad pada yang melihatnya.
10. Pose seksi, jelir lidah, jilat bibir– dah berkahwin dan dah ada anak, please jangan selfie ala remaja ini kecualilah gambar ini untuk tontonan suami anda saja. Ini juga termasuk dalam selfie menarik perhatian lelaki.
Sekian pesanan dari VK untuk ibu muda dan wanita keseluruhannya.