Lauk sotong ini memang sedap, buatlah apa-apa hidangan pun. Baik buat sambal, kari, bakar, kerabu memang akan licin. Berbaloi beli walaupun harganya mahal.
Cumanya beli nak masak sotong ramai yang merungut dah beli sotong besar tapi waktu masak jadi kecut. Kecik je jadinya, kalau beli sotong saiz kecil apatah lagi.
Bagi memastikan sotong kekal dengan saiznya dan tak kecut sesudah dimasak ada petua yang boleh dipraktikkan. Caranya pun mudah saja, dikongsi oleh Zin Ros bagi mengelakkan sotong kecut cuma rebus seketika dengan bahan ini.
Ads
Petua elak sotong kecut lepas masak
Kalau nak masak sotong guna petua ini supaya sotong tak mengecil saiznya bila dimasak.
Caranya
1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulang sotong. Selepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong kembali.
2. Kemudian rebus sotong dalam air selama 5-8 minit bersama 4 atau 5 keping asam keping.
Ads
3. Hasilnya bila masak sotong tak hanyir, saiznya maintain tak mengecut. Takde lah masa beli besar sotongnya tapi bila dah masak kecik je jadinya.
Sekarang musim durian, harga pun dah semakin murah. Tapi durian jenis Musang King atau Mao Shan Wang harganya tetap juga mahal.
Sebiji boleh mencecah RM100 malah lebih pada bukan musim. Walau begitu peminatnya tetap ada dan sanggup membelinya.
Disebabkan harga yang mahal maka sebelum membeli wajiblah tahu ciri durian Musang King ini. Takut nanti tertipu. Terutama bagi yang baru nak rasa dan belum mahir tentang ciri durian jenis ini.
Durian Musang King mempunyai duri yang berbentuk piramid, bersegi (angular), sederhana rapat dan ada tepian yang rata.
Durian Musang King biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi ( ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Pernah nampak buah pinggang? macam tu la bentuknya.
Durian Musang King juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish” atau tapak sulaiman.
Durian Musang King tidak berduri pada tangkal buah. Pangkal Musang King juga botak dan leper iaitu seiras bentuk “starfish” yang leper.
Isinya berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis, sangat lemak dan berkrim disertai sedikit kepahitan. Keseluruhannya kombinasi yang seimbang dan tentunya sedap. Bijinya sangat kecil dan kempis, leper, isinya senang ditanggalkan.
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention, di Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022.
Sesi taklimat tersebut disertai oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily, dan Denaihati.com.
World #QuranHour kali ke 7 dengan tajuk “Dunia Bersujud” akan bersiaran secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022. Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Tiga program utama tersebut dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
Buah ialah sumber vitamin dan serat (fibre) yang elok dimakan untuk menambah kesihatan tubuh. Ketika diet, ramai yang mula meninggalkan makanan berminyak dan menggantikannya dengan buah.
Pun begitu, buah apa yang elok dimakan? Ini kerana ada buah yang tinggi kandungan gula. Gula ialah ‘musuh’ bagi orang yang sedang berdiet. Coach pelangsingan, Fatin Najwa ada berkongsi tip mengenai buah yang sesuai dimakan ketika sedang diet.
APA JE BUAH YANG BOLEH MAKAN BILA TENGAH DIET NI? BETIK BOLEH TAK?
Okay saya selalu dapat soalan ni. Pasal pilihan buah apa nak makan masa tengah diet dan berapa biji atau kuantiti boleh makan. B
Buah- buahan bagus kerana ia membekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan badan kita setiap hari. Tapi jangan tak tahu, buah juga ada kandungan karbo (dari gula buah) jadi penting untuk tahu mana yang ok dan tak berapa ok.
Yang bagus untuk diamalkan secara kerap ialah buah dalam kategori LOW GI (glycaemic index). GI ni ada kena mengena dengan craving pada benda manis, high carbs dan constantly rasa lapar jika korang ambil more high GI food.
Buah bagus diambil in between main meals sebagai snacking. Bajet kalori around 100-150 kalori. Jjadi kalau epal, pisang, pear, jambu batu ke (low GI) boleh ambil sebiji per snacktime. Kalau betik (GI sederhana) ambil sepotong je. Buah yang tinggi GI jangan selalu amalkan masa tengah diet, sekali sekala ok.
Mana nak tahu ni? Google je “low GI fruits” untuk check apa lagi buah yang bagus makan ketika diet, lihat senarai di bawah. Mana yang tinggi, mana yang sederhana dan mana yang rendah kadar GI.
Rendah: 55 dan ke bawah Sederhana: 56 to 69 Tinggi: 70 dan ke atas
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...