Insiden bendera Indonesia terbalik dalam Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut malah dilihat berlebih-lebihan pula.
Tapi dalam marah-marah mereka, rupa-rupanya selepas melihat penampilan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaludin ceritanya jadi lain pula.
Kagum dengan ketampanan KJ yang semakin dikenali selepas membuat permohonan maaf tentang insiden bendera terbalik, kaum wanita di sana seolah-olah terlupa seketika isu tersebut.
KJ yang disebut sebagai Menpora Malaysia atau Menteri Pemuda & Olahraga oleh warga Indonesia dilihat ganteng pada kaum hawa di sana.
Ads
Malah ada yang membandingkan KJ dengan Menpora Indonesia iaitu Imam Nahrawi.
Jom baca status-status nakal cewek Indonesia dalam laman sosial yang terpesona dengan menteri yang terkenal dengan gelaran ‘tall, dark and handsome’ di Malaysia.
Selepas beberapa hari bersalin, semalam Amyra Rosli memuat naik gambarnya ketika berada di sebuah hospital.
Tampil dengan blaus berwarna krim dan berseluar hitam, ramai peminat telah mengecam penampilan isteri kepada Amar Bahrin ini yang berkemungkinan diambil ketika hendak melakukan pemeriksaan kesihatan selepas bersalin.
Tak macam orang dalam pantang, itu antara kritikan netizen kepada pelakon ini bila melihat Amyra mengenakan seluar agak ketat selain tidak mengenakan stoking seperti mana ibu baru lepas bersalin.
Berikutan foto tersebut, hantaran di instagram Amyra ini meriah dengan komen-komen daripada peminatnya.
Selain mempersoalkan tindakannya yang tidak seperti ibu berpantang ada juga yang mempertahankan tindakan Amyra menyatakan bahawa ia adalah perkara biasa buat ibu-ibu zaman sekarang yang tidak lagi mengenakan kain sebaliknya lebih senang mengenakan seluar.
Dalam pada itu ramai juga wanita yang prihatin turut menasihatkan Amyra agar menjaga kesihatan diri semasa berpantang memandangkan dirinya masih muda.
Berikut adalah sebahagian daripada komen netizen yang VK petik. Macam-macam! Korang bacalah.
Apapun diharap Amyra tak terasa hati, maklumlah semuanya sebab peminat prihatin dan sayang pada artis pujaan mereka.
Keterujaan melunaskan tanggungjawab mengundi menentukan pemipin negara semalam membuatkan ramai yang memuat naik gambar masing-masing di pusat mengundi.
Paling banyak sudah tentulah foto dakwat di jari dan berbaris panjang di pusat mengundi. Tapi berbeza pula buat Matilda NY, beliau telah memuat naik gambar seorang anggota polis kacak yang sedang bertugas di Sekolah Kebangsaaan Bukit Indah Johor Bahru.
Posting Matilda yang ditulis cukup bersahaja tanpa disangka telah viral semalam sehingga menerima 29 ribu like di akaun Facebooknya.
“Elok sangat ni. at first nampak dia time tengah beratur panjang kat belakang serious je muka. tapi muka serious pun tetap elok. dah nak sampai bilik mengundi, eh dia ada lah. senyum elok (dia tak senyum kat i). nampak suka budak kecik sebab tadi dia cuit-cuit this little girl (the father nak mengundi sambil dukung anak dia).
i kan bawa payung and snack bagai, tumpang la letak kat meja dia (takleh bawa masuk bilik mengundi, so dapatlah bercakap sikit, tak sombong orangnya. lagilah manis).
“Habis mengundi, i bagi dia kfc burger i + hot tea. but i segan nak tanya umur berapa, hp no etc haha. kawan-kawan police kat JB, tolong siasat pencuri hati. i mengundi kat SMK Bukit Indah Johor Bahru tadi. #sukasuka #eloksangat #hilangpenatberatur.”
Matilda 33, menjelaskan dia tidak menyangka posting itu akan tular dan menarik perhatian ramai.
Jelasnya, perkongsian itu turut menyebabkan dia menerima banyak mesej di laman Facebook yang cuba berkongsi maklumat mengenai anggota polis berpangkat Lans Koperal itu.
“Saya suka-suka je post gambar tu, kalau tak tension je semua orang waktu pilihan raya macam ni. Pada waktu itu, anggota polis tu pun tak perasan saya ambil gambar dia.
“Lepas tu, ramai pula yang hantar mesej di Facebook yang berkongsi info mengenainya,” ujarnya memetik laporan MStar.
Menurut Matilda, dia terserempak dengan anggota polis berkenaan sekitar pukul 11.30 pagi.
Setelah beratur dari tingkat dua ke tingkat tiga, dia sekali lagi bertemu anggota polis itu sebelum masuk ke bilik mengundi.
Dalam pada itu rata-rata netizen turut memuji ketampanan wajah anggota polis itu dengan komen-komen berunsur jenaka di posting berkenaan.
“Alhamdulillah, sejuk mata memandang dan hilang lenguh kaki,” tulis Nurhaslinda Mohd Suffian.
“Alang-alang pergi mengundi, terjumpa jodoh pulak kan,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.
Dalam pada itu, posting tular berkenaan turut dikongsi oleh laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis).
“Terima kasih saudari Matilda sudi memberi ‘posting’ penghargaan kepada petugas #PRU14, Lans Koperal Abang Syukrizul Hafiz Abang Abdillah dari Balai Polis Bukit Indah, Johor yang berketerampilan segak dan tidak lekang dengan senyuman walaupun sedang bertugas.
“Kami begitu hargai di atas ucapan, kata-kata positif yang diberikan oleh anda kepada warga kerja kami,” tulis pengendali akaun rasmi berkenaan.
Sejak semalam berita tentang penahanan Datuk Seri Najib Tun Razak heboh diperkatakan, lebih hangat hari ini bila bekas perdana menteri ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan melibatkan penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.
Satu persatu berita terbaru tentang kes ini dipaparkan khususnya di media sosial dan pada hari penahanan bekas perdana menteri ini tidak ketinggalan berkongsi cerita adalah anak Datuk Seri Najib sendiri.
Memuat naik gambar ayahnya mendukung cucu, Yana Najib menyertakan kapsyen yang menaik perhatian netizen. Dia meluahkan apa yang dirasai selain berkongsi cerita tentang keadaan ayahnya dalam berdepan hari paling sukar ini.
Ujar Yana ayahnya mempunyai emosi dan mental yang kuat berbanding orang lain. Walaupun pada hari yang cukup sukar semalam, bapanya masih boleh tersenyum, ketawa dan memeluk ahli keluarga. Dia lebih risaukan keadaan keluarga berbanding dirinya.
“Tiada orang pun yang lebih baik, penyayang dan lembut berbanding dirinya. Dia memiliki kekuatan emosi dan mental yang lebih berbanding kami.
“Walaupun berdepan kesukaran hari ini, dia masih tersenyum, ketawa dan memberikan kami pelukan. Dia lebih risaukan keluarga berbanding dirinya sendiri.
“Selama 42 tahun dia fikirkan ‘rakyat’ dari bangkit waktu pagi hinggalah sebelum tidur malam hari. Untuk sekali ini, fikirlanlah tentang dia pada waktu dia paling memerlukan kita.
“Hanya Allah yang tahu. Sekiranya ini boleh berlaku kepada seorang pemimpin, ia boleh terjadi kepada orang lain juga. Tapi kami percaya Allah itu sentiasa ada,”ujarnya.
Dalam pada itu dalam posting yang turut menggunakan tanda pagar #freenajib telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Ada yang bersimpati tak kurang juga sebaliknya.
Khairul Aming meminta penjelasan daripada Maxis selepas maklumat bil telefon peribadinya didakwa didedahkan di media sosial, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan data pelanggan.