Majlis Resepsi 2 Anak Jutawan Faliq & Chryseis Layak Digelar Wedding Of The Year, Rai Rakan Seluruh Dunia. Wow!

Share

 

 

 

Selepas diijabkabulkan Februari lalu di sebuah resort mewah di Bentong, Pahang, dua anak jutawan Faliq Nasimuddin dan Chrysesis Tan diraikan dalam satu majlis resepsi yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) semalam.

Melalui foto yang dikongsikan di instagram para tetamu, majlis kedua-dua mempelai yang juga anak kepada pewaris Naza dan jutawan Tan Sri Vincent Tan ini sememangnya superb. Paling best siap undang Shane dari kumpulan Westlife buat persembahan lagi! Pergh…

Raikan rakan seluruh dunia

Menurut Chrysesis melalui instagram, majlis resepsi ini diadakan untuk meraikan kawan-kawan dari seluruh dunia. Justeru sudah semestinya majlis ini perlu meriah untuk menggembirakan semua kawannya.

Welcoming our friends from all over the world to #chrysfaliqeverafter 

Busana indah rekaan Fiziwoo

Sama cantik, sama padan, Chryseis mengenakan gaun pengantin rekan Fiziwoo yang begitu mempesona. Perincian songket disebut sebagai Pleated Songket dress with silk tulle appliqué.

Fiziwoo gelar sebagai The Most Awaited Wedding Of The Year

The most awaited wedding of the year, The Union of two heir and heiress of among Malaysia’s biggest conglomerate, @chrystan_x and S.M Faliq in Fiziwoo Artisanal Songket number

 

Persembahan Shane dari Westlife

 

Selain penyanyi hebat tanah air, Dayang Nurfaizah, kemeriahan berganda dirasakan apabila pasangan anak jutawan ini turut menjemput penyanyi antarabangsa Shane dari kumpulan Westlife untuk menghiburkan tetamu.

Menerusi perkongsian tetamu yang hadir, Shane menyanyikan tiga buah lagu ‘What About Now’, ‘I’m Never Gonna Say Goodbye’, dan ‘I Need You’. Persembahan memukau itu turut menarik perhatian ramai netizen.

 

Persembahan Shane.

Touch up sebelum acara berlangsung.

Melangkah ke pelamin.

Shane menyanyi khusus untuk mempelai.

Acara memotong kek.

Mempelai bersanding di pelamin.

Bridesmaids mengenai busana rekaan Dwen Raha Kuala Lumpur.

Tetamu yang hadir.

Neelofa antara tetamu yang memeriahkan suasana.

Tunku Tun Aminah bersama suami turut hadir.

Busana yang memukau.

 

 

Sumber: Instagram Fiziwoo, Chryseis Tan, Shane & Dayang Nurfaizah

 

 

 

IKLAN