Makan durian Waktu malam, nikmatnya memang lain macam. Dah selesai kerja on the way balik rumah singgah beli durian. Layan Musang King pulak tu, memanglah ‘heaven’ rasanya.
Tapi hati-hati ya, memanglah sedap tapi sebenarnya boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan. Selain menyebabkan badan panas, ia juga menyebabkan jantung berdegup laju, sakit kepala dan pelbagai lagi risiko.
Perkara ini dikongsi oleh Dr Hafiz Sulaiman dalam satu perkongsian beliau.
Makan durian waktu malam memang nikmat lain macam banding siang. Tapi jangan pelik jika malam reaksi negatif ini lebih azab banding siang.
1. Perut rasa berat, dada rasa pedih
Gabungan karbo, gula, serat dan lemak tinggi memang sukar hadam. Sulfur tinggi pun risiko hasilkan gas. Waktu malam, sistem penghadaman yang dah mula ‘slow’ terpaksa kerja lebih.
Bila tak hadam, kuman akan tapai dan hasilkan angin. , rasa perut penuh, dan kadang asid naik ke dada. Kalau dah baring lepas makan, makinlah senang refluks berlaku.
Orang sakit gastrik, GERD, angin kembung SIBO IBS IBD kena lebih hati-hati. Begitu juga pesakit migrain, ekzema, asma dan autoimun.
Durian bersifat panas, sebab durian tinggi neurotransmitter tyramin dan aktifkan penghasilan histamin. Salur darah jadi kembang dan laju je aliran darah.
Kesannya, ramai akan rasa badan berpeluh, jantung berdegup laju sikit, dan susah nak lelap betul-betul. Bila tidur terganggu macam, badan tak sempat pulih sepenuhnya.
Esok pagi, bangun rasa letih dan tak segar Walaupun tidur cukup jam, rasa tetap lesu. Fokus pun kurang. Ini tanda deep sleep tak cukup. Ini sebab histamin adalah pengganggu tidur. Otak jadi terlebih aktif dan berjaga-jaga. Tidur mudah terkejut dan tak tenteram.
Ia boleh terjadi sebab tyramin dan histamin tinggi lepas makan durian, ini adalah bahan vasoaktif. Maksudnya boleh kembang atau kecutkan salur darah.
Jadi boleh trigger migrian, sakit kepala atau pening melayang lepas makan durian. Jadi berpeluh-peluh pulak tu kesan histamin juga. Biasa jadi kan?
Durian tinggi karbohidrat dan gula. Secara teori memanglah serat tinggi, fruktosa kurang serap. Realiti ramai orang diabetes masuk wad kecemasan lepas makan durian. Waktu malam paling teruk sebab gula tak digunakan badan.
Insulin akan spiking. Gula berlebihan akan simpan jadi lemak badan. Siang okay sikit, at least boleh lah guna gula tu. Jadi jangan hairan jika berat badan naik , gula tak terkawal musim durian.
Durian tinggikan histamin dan tinggi kalium. Kedua ini rangsang pembuangan air kecil bagi sesetengah orang. Ada orang terpaksa bangun 2–3 kali semalam, hanya untuk ke tandas — ganggu lagi tidur yang sepatutnya rehatkan badan.
-Orang sensitif ada alergi dan masalah “angin.
-Pencernaan lemah, perut lambat kosong.
-Badan tengah tumbuh, repair dan detox.
Oleh itu jangan bebankan dengan kerja pencernaan pula ya.
Sumber: Dr Hafiz Sulaiman
Baca Lagi: Cara Buat Kerepek Dari Biji Durian Yang Sedap Berlemak & Rangup