Selepas selesai menunaikan ibadah haji dan kembali ke tanah air baru-baru ini pelakon Hajah Fouziah Gous dilihat sudah mengenakan hijab.
Makin cantik dan manis penampilan ibu kepada dua anak ini. Patutlahlah kalau diperhatikan sebelum berangkat ke Makkah dulu dia selalu saja mengenakan hijab, untuk membiasakan diri rupanya.
Turut memuat naik beberapa kali gambarnya berhijab di instagram, ramai yang mendoakan agar isteri kepada Zhafran Md Yusof ini istiqomah dan penampilan sopan itu berkekalan.
Memuat naik gambarnya meraikan hari lahir ke-50, ibu kepada dua anak ini telah menjadi bualan netizen di alam maya.
Dalam satu gambar yang dimuat naik, Puspa Dewi diapit dua anak lelakinya yang disangka netizen sebagai teman wanita mereka, namun sebenarnya adalah ibu mereka.
Mana tidaknya pada usia 50 tahun dia tampil muda seperti gadis berumur 20 tahun malah tidak keterlaluan dilihat sebaya dengan anak bujangnya.
Disebabkan itu ramai yang tertanya-tanya rahsia ibu bernama Puspa Dewi daripada Jakarta Indonesia ini boleh kelihatan begitu muda.
Memetik laporan media massa di sana empat perkara ini menjadi amalan Puspa atau mesra dipanggil sebagai Mama Hadi.
Menurut Wanita ini penampilannya yang awet muda ini adalah hasil gaya hidup sihat yang sudah lama dipraktikkan.
Sejak kecil Puspa sudah terbiasa dengan sukan badminton dan renang. Namun bila usia meningkat dia memilih aerobik, zumba dan yoga yang dilakukan beberapa kali seminggu.
Aktiviti ini sudah sebati dengan dirinya hingga menyebabkan dia merasakan satu kekurangan jika tidak melakukannya.
“Saya akan rasa seperti ada yang ‘kurang’. Badan juga rasa tak sedap jadi saya perlu selalu bersenam.”
Pada usia 50 tahun juga kulit wajah Puspa kelihatan sihat malah berseri. Semua ini hasil senaman yang teratur dan juga pemakanan sihat yang diamalkan.
“Amalkan makanan yang sihat, banyak makan buah, makan sayur dan senaman akan beri kesan hingga ke kulit wajah.”
Pemakanannya juga banyak dipantau oleh anak sulungnya yang juga seorang ‘nutritionist’ yang menjalankan perniagaan makanan sihat.
Kulit wajah Puspa yang halus dan tegang sebenarnya adalah hasil amalannya yang rajin membersihkan kulit setiap hari dengan produk perawatan yang sesuai dan tidak berlebihan. Akui wanita ini dia juga sebenarnya sudah lama tidak mengalami masalah jerawat.
Bagi wanita yang mempunyai hampir 285,000 ribu pengikut di instagram ini, perasaan bahagia juga banyak mempengaruhi aura kecantikan.
“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata. Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar.”
Setiap kali raya penampilan pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta ini memang jadi perhatian. Ramai yang nak tahu berapa ratus pasang baju raya akan disediakan oleh isteri Zain Saidin ini.
Kalau tahun lepas ada yang mengecam kerana melaram dengan 104 pasang baju tajaan Butik Minaz, tahun ini Che Ta memilih untuk bersederhana.
Percaya tak tahun ini beliau hanya menyediakan 20 persalinan begitu juga dengan semua ahli keluarganya.
Pun begitu keterujaannya untuk menyambut raya tetap sama malah dia sudah menggosok semua baju raya kerana tak sabar untuk meraikannya.
“Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang,”ujarnya.
Kita pun tak sabar juga nak tengok baju Che Ta nanti kan. Sementara itu layan lah dulu gambar mak Aaisyah Dhia Rana yang tak pernah tak cantik.
Orang tua selalu pesan supaya anak-anak perempuannya menjaga bahagian dalaman terutama sekali bahagian yang paling intim itu. Sebabnya di situlah juga terletak rahsia kebahagiaan rumah tangga.
Kalau mahu mantapkan dalaman, amalan sejak dahulu tentunya minum air jamu dan salah satu yang boleh kita praktikkan adalah minuman air jamu selepas haid.
Tak perlu beli kerana minuman ini boleh dibuat sendiri saja. Cukup mudah tapi khasiat untuk dalaman wanita tidak boleh dipertikaikan. Sebab keberkesanannya itu jugalah jamu ini diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.
Resipi minuman ini VK petik daripada Facebook Nurul Diana yang juga Pemilik & Pengasas Dian Legacy.
Bahan-bahan :
1 ketul halia (anggaran besar ibu jari)
1 ketul kunyit (anggaran besar ibu jari)
2 batang serai (dua batang )
2 helai daun pandan (2 helai)
Gula batu atau madu (ikut cita rasa)
3 cawan air
Cara membuat:
1. Basuh dan masukkan dalam periuk. Boleh dihiris jika suka.
2. Masukkan tiga cawan air. Biarkan ia mereneh hingga menjadi satu cawan air.
3. Selepas air dianggar satu cawan tutup api dan biarkan suam sebelum diminum.
Bagi isteri yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani(tidak sesuai untuk yang belum berkahwin)
Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih.
Amalkan air ini sebulan sekali saja (ibu hamil tidak sesuai). Rasanya tak pahit malah wangi. Namun jika ditambah manjakani ia akan jadi pahit. Pahit tu kan ubat. Bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur juga boleh cuba jamu ini tapi pastikan sebulan sekali saja sebab penggunaan manjakani, sirih kunyit yang berlebihan akan boleh menyebabkan cepat putus haid. Dah tentu kita tak mahu kan.
* Membersihkan rahim selepas haid
* Mengeluarkan angin dalam tubuh
* Memecahkan lemak-lemak di perut.
* Mengurangkan masalah bau badan.
Dah tahu cara buat jamu sendiri, amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun tambah sayang.
Retatrutide menjadi perhatian selepas seorang bakal pengantin dilaporkan kritikal akibat dipercayai mengambil produk penurunan berat badan yang dibeli secara dalam talian. Ketahui fakta, risiko dan amaran pakar.