Menggunakan rotan bagi menangani pertengkaran dua anak, meskipun tegas namun cara penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini dipuji oleh netizen dan peminatnya.
Memuat naik video sedang memarahi dan ‘acah-acah’ merotan Ariq Matin selepas bertengkar dengan kakaknya, Dzahira Talita Zahra, rakaman itu mendapat hampir 850 ribu tontonan di instagram selepas dimuat naik beberapa hari lalu.
“Kes: pergaduhan melibatkan kekasaran. Jenis-jenis kekasaran : tarik rambut kakak Pesalah : Matin dan Talita Note : Matin tarik rambut tapi Talita batu api lebih. Hukuman: berdiri didinding”
Demikian kapsyen yang disertakan bersama video terbabit Siti Sarah dengan suara tegas meminta anaknya bersalam, memeluk kakaknya sambil meminta maaf.
Arahan tersebut diikuti oleh anaknya walaupun sambil menangis. Tapi kemudian Siti Sarah memeluk kedua anak untuk mententeramkan mereka.
Ada yang kurang setuju
Walaupun ada segelintir kurang bersetuju dengan penggunaan rotan itu namun kebanyakan netizen bersetuju memuji tindakan Siti Sarah yang dirasakan sama dengan didikan orang tua kita sebelum ini.
Sempena sambutan Aidilfitri sejak minggu lalu rata-rata selebriti memuat naik aktiviti raya mereka. Tak terkecuali dengan pasangan pelakon, pelawak, pengacara Shuib dan isterinya Siti Sarah.
Mengambil peluang cuti raya, Shuib melalui instagramnya dilihat membawa seisi keluarga termasuk bapa mentua Raisuddin Hamzah beraya di rumah dia dibesarkan sejak kecil di Parit Haji Amin, Parit Buntar Perak.
Memang biasa artis beraya di kampung tapi yang sanggup memuat naik keadaan rumah yang sebegini rasanya tiada.
Shuib telah berkongsi suasana mereka menyambut raya dalam rumah dia dibesarkan sejak kecil sehinggalah usianya 17 tahun.
Kalau dilihat kediaman tersebut cukup kecil malah boleh dikatakan dalam keadaan agak uzur. Tapi menariknya baik Shuib dan Siti Sarah selebriti popular tidak punya kekok untuk memasak dan tidur di situ.
“Cara kami beraya. Raya di rumah saya dibesarkan dari umur 8 bulan sampailah 17 tahun, rumah penuh kenangan…,” tulis beliau.
Inilah yang membuatkan peminat mereka berasa kagum dengan sikap rendah diri pasangan ini. Shuib tak lupa asal usulnya meskipun ketika ini hidup selesa.
@ammega16 _ Bagus shuib ni tak lupa asal usul.. Kalau artis lain dah malu nk tunjuk umah tempat kelahiran
@razlong.man_Wa mmg tabik giler pada lu shuib n sarah…mmg jarang artis glamour nk berkongsi asl usul nya…wa tabik spring bro…
@aishah_tmn_ Watak shuib n sarah wjr jd contoh…humble sgt,tahu bersyukur dan merendah diri…wpun dah berduit,masih tahu asal usul..tak lupa daratan mcm sesetgh drp kita…keep it up shuib n sarah…suka sgt dgn cr hdp you berdua..
Jika suami atau anak kompelin kita ibu yang suka mendesak dan membebel, jangan ambil hati. Teruskan saja walaupun anak-anak mungkin rimas mendengarnya. Percayalah anak akan berterima kasih pada kita kemudian hari.
Sebabnya menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England anak yang didesak ini berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.
Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.
Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak ini,anak kurang terjebak dengan masalah sosial seperti hamil luar nikah. Jadinya punya ibu suka mendesak dan berleter ini ada kebaikannya. Mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.
Bernikah sekitar November tahun lepas, pasangan pelakon popular, Fazura dan Fattah Amin masih belum dikurniakan cahaya mata. Ya lah kan pasangan suami isteri mana tak teringinkan anak.
Justeru, salah satu ikhtiarnya adalah doa. Melalui satu status di instagram ternyata itu juga doa dari Fazura untuk dikirim kepada adik angkatnya yang berangkat ke tanah suci.
Menurut Fazura, adik angkatnya Wani itu selalu meminta titipan doa daripadanya untuk dibacakan setiap kali dia melalui Masjidil Haram. Entah mengapa kali ini, inilah doanya. Malah Fazura juga memohon netizen untuk mengaminkan doa ini.
“Mohon doakan semoga dikurniakan zuriat yang sempurna, dikurniakan rezeki buat saya dan suami supaya dapat membantu keluarga dan orang memerlukan. Dilindungi dan dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia,.”
Demikian titipan doa yang ditulis yang diakhiri dengan nama Faz. Gambar nota ini dimuat naik oleh Fazura semalam dalam instagram miliknya.
Subhanallah. Cukup beruntung saya dipertemukan dengan adik angkat saya yang diperkenalkan oleh mama sebagai anak angkat nya sewaktu saya berada di Madinah baru-baru ini. Wani merupakan adik saya yang sangat rajin berdoa lantas sering meminta titipan doa dari saya hampir setiap kali dia melangkah ke Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah. Tatkala Wani mengirimkan titipan doa saya yang ditulis kali ini hati saya terlebih sayu. Semoga kita semua sentiasa berada di dalam lindungan Allah SWT dan saya bermohon jika sudi anda semua mengaminkan juga doa-doa saya ini sempena solat Maghrib dan Isyak ini. Salam syukur, kasih dan sayang. ? // ??
Semoga Fazura dan Fattah dikurniakan rezeki anak secepatnya dan berbahagia hingga ke akhir hayat. Dengar cerita Fattah sambut belajar pulak, itu pun rezeki juga kan!