Masak Pulut Guna Rice Cooker Lagi Mudah & Tak Berkerak, Ikut Saja Tip Ini. Jika Lembik Boleh Adjust Begini

Share

Tip ini sesuai sangat bagi yang baru nak belajar masak pulut atau selalu masak tapi asyik tak menjadi.

Cara ini juga lebih mudah, masak guna rice cooker saja. Supaya pulut yang dimasak elok hasilnya boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mil Wawa.

Tip masak pulut guna rice cooker, elok menjadi & tak berkerak

Tip untuk Kak Long yang baru kawin untuk suami suka makan pulut. Ramai kawan-kawan yang baru nak belajar masak, tak tau nak masak pulut dengan elok.

Tip dari saya guna rice cooker lagi mudah. Caranya;

1. Jangan rendam pulut nanti bila masak lagi lembik.

2. Cuci beras pulut macam nak masak nasi, lebihkan sedikit air dari paras pulut.

3. Letak sikit je garam supaya rasa lemak-lemak sikit. Tak banyak ya sikit saja.

4. Letak sedikit minyak masak. Contoh : 2 cawan beras pulut, saya letak 2 sudu besar minyak matahari. Kacau dan terus on suis dan biarkan dia masak.

5. Kemudian boleh senduk, periuk pun tak melekat.

Tak berkerak atau melekat pun pada periuk

Tip kalau pulut dah masak terlebih air / lembik

Jangan risau, letak sekeping roti kosong dan on suis balik. Tapi jangan letak roti coklat atau kismis nanti pulut jadi lain. Selepas itu boleh lihat keajaibannya. Pulut akan masak elok.

Selamat mencuba.

Sumber: Mil Wawa

IKLAN