Masalah Air Paip Singki Keluar Perlahan, Baiki Sendiri Saja! Tukar Valve, Bersih Muncung, Setel!

Share

Antara masalah air yang selalu berlaku di rumah adalah, air paip singki keluar perlahan sangat. Sampai nak cuci tangan pun ambil masa. Kalau kena di singki dapur tempat masak lagilah tension.

Masalah paip singki yang slow amat ini sebenarnya mudah saja nak selesaikan. Memang boleh kita baiki sendiri saja. Panduan bermanfaat ini dikongsi oleh Yan Lan.

Cara baiki air paip singki yang keluar perlahan sangat

1.Tutup dulu punca air.

2. Buka kepala paip, pusing arah lawan jam.

3. Bila buka kepala paip di dalamnya ada valve, keluarkan. Boleh lihat 3 barang dalam valve iaitu ceramic disc dan washer. Ganti valve ini. Sebaiknya bawa valve ini ke hardware sebagai sample supaya tak salah beli.

4. Kemudian buka pula bahagian muncung paip. Pusing dan keluarkan muncung paip. Nanti boleh tengok kotoran yang terkumpul akibat karat air dan juga pasir kecil.

5. Bersihkan keladak dan karat dari muncung paip tadi, kemudian pasang semula.

6. Kemudian pasang balik valve tadi ikut slot yang betul. Bahagian berkilat pastikan bersemuka.

7. Kemudian pasang balik kepala paip ikut arah jam.

Dah setel, air pun dah laju

Boleh juga tonton video yang dikongsi oleh Yan Lan.

@xovovic adoi paip sinki slow.. nk basuh tangan pon x de selera.. 😔😔 jom kita cuci apa yg patut.. #lifehack #diy #diymalaysia #tap #faucet #kitabuatdia #fyp ♬ We’ll Meet Again (Instrumental) – TheFatRat & Laura Brehm
IKLAN