Penggunaan kamera kereta atau dashboard camera (dashcam) semakin popular ketika ini. Tak dapat dinafikan ia penting untuk tujuan pemantauan terutama bila berlaku kemalangan.
Bagi anda yang berhajat untuk membeli dashcam, sebaiknya pilihlah yang berkualiti dan memenuhi banyak fungsi. Untuk memudahkan kita memilih dashcam terbaik, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity telah mengeluar 40 senarai dashcam ini yang diboleh dipilih berdasarkan skor.
Terdapat 5 jenis dashcam yang mendapat 5 bintang yang mana tiga daripadanya adalah dari jenama 70mai.
Berikut adalah senarai dashcam yang boleh kita pertimbangkan untuk pembelian berdasarkan skor tertinggi dan bajet kita.
Ads
Berikut adalah kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MIROS.
Ads
Bagi yang sedang survey untuk beli dashcam ini link Shopee untuk memudahkan anda.
Menu daging goreng kunyit walaupun ringkas tapi jadi kegemaran ramai. Namun satu masalah bila masak hidangan mudah ini, daging keras atau liat terutama bila sudah sejuk.
Untuk atasi masalah ini boleh ikut perkongsian daripada Nana Ismail.
Ramai yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan daging lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan rasa lembut masa tengah panas saja. Bila dah sejuk mulalah keras dan liat nak makan.
Supaya daging kekal lembut ikut langkah ini sebelum goreng;
1. Pastikan potong daging lawan urat. Cara nak nampak urat daging dengan jelas adalah dengan meletakkan daging yang masih mentah dalam kuali panas tanpa minyak. Bila panas nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong.
2. Selepas hiris nipis, boleh goreng daging tanpa minyak. Biar air daging keluar dan kering. Kemudian angkat.
3. Dah buat dua langkah di atas barulah lumur daging dengan kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging tu. Nampak kering macam daging yang direbus kan?
4. Kemudian letak minyak dalam kuali dan goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging singkat saja. Korang akan perasan, daging akan nampak tak kecut dan berjus.
5. Selepas itu macam biasa tumis bawang, cabai, letak sayur dan gaul balik daging. Selesai!
Makaroni goreng antara hidangan mudah yang boleh dihidangkan di bulan Syawal ini untuk menjamu tetamu.
Boleh digoreng seperti mi untuk lebih ringkas tapi jika mahu hidangan macaroni lebih kaya dengan rasa boleh gunakan cara memasak dan tip yang dikongsi Aisyah Humaira.
Bahan-bahan:
1 bungkus makaroni
Bahan perencah:
1/2 cawan kecil marjerin (Seri Pelangi)
2 biji bawang holland- dihiris dadu
1 biji tomato- saiz besar hiris kecil
3 sudu besar cili kisar /cili boh (atau ikut pedas disukai)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 tin sedang tomato puri
1 mangkuk kecil isi ayam- dihiris kecil
1 peket hotdong dihiris
2 bungkus kecil fishball- dibelah dua
3 kiub pati ayam
1 sudu kecil penuh serbuk lada putih
1 biji cupsicum merah- dihiris dadu
1 biji cupsicum hijau- dihiris dadu
1 biji cupsicum kuning- dihiris dadu
Garam, gula secukup rasa dan air secukupnya
Cara membuat
1.Direbus dalam air mendidih dan masukkan 3 sudu besar minyak masak. Macaroni hampir lembut terus angkat, toskan dan lalukan dibawah air mengalir supaya macaroni tidak terlebih masak. Tos
2. Panaskan kuali dan cairkan Marjerin SERI PELANGI. Masukkan bawang lalu tumis hingga layu. Masukkan cili kisar tumis lagi hingga terbit bau.
3. Masukkan pula tomato dan tumis hingga tomato hancur. Masukkan sos tiram,sos cili,kiub pati ayam,garam gula secukup rasa dan kacau sebati.
4. Masukkan isi ayam, sosej ,fishball dan biarkan ayam masak. Akhir sekali masukkan macaroni yg telah direbus, kacau hingga sebati siap dan sedia dihidang.
Tip: Jika selalu tumis bahan menggunakan minyak masak, gunakan marjerin pula.
Dalam keseronokan nak menyambut Aidilfitri di kampung di rumah ibu ayah kita ramai yang terlepas pandang tentang bajet raya. Meski beraya di kampung takkanlah nak biarkan mak ayah kita menanggung segala perbelanjaan selama kita berada di sana.
Belanja ini bukan sedikit yalah bila dah ramai keperluan makanan dah tentu banyak, itu belum masuk hidangan untuk tetamu, dan juga barang kegunaan rumah. Jadi tanggungjawab anak untuk melangsaikannya.
Supaya tak terbeban, boleh ikut cara Musleha Mohd Tahrir bekerjasama mengatur bajet raya mereka. 7 adik beradiknya sepakat menyimpan sejak awal untuk memastikan segala keperluan ketika mereka berada di kampung beres dan tidak menyusahkan orang tua.
Seawal bulan Syaaban saya sudah menyampaikan idea agar kami 7 beradik memberi seorang RM200 yg kami panggil sebagai #tabungraya. Saya bagi cadangan awal agar masing-masing bersedia sebelum duit tersebut habis beli baju raya. Hehe… Maklum le masing-masing anak ramai.
Sebagai pengenalan, kami 7 beradik, 7 menantu, 31 cucu. Kami sepakat dan set time agar giliran beraya dgn Mak Bapak di Pagoh pada tahun yg sama. Jadi semua org boleh berjumpa. Tahun ni giliran kami semua di Pagoh.
Hasil kutipan #tabungraya sebanyak rm1400 kami letak je dalam beg duit dan sangkut kat dapur. Sebab memang konsep #tabungraya ni tiada bendahari. Sesiapa yg kena pergi belanja barang dapur, ambik je. Tak perlu resit belian bagai. Sebab kami saling mempercayai.
Bukan #tabungraya sahaja yg diwujudkan malah AJK juga dibentuk bagi melancarkan perjalanan sepanjang berhari raya di kg. Semua org terlibat dari yg kena pergi pasar, basuh ayam, potong daging, tumbuk kacang tanah, susun kuih raya dan macam-macam tugasan lah. Seorang pun tak terkecuali. Kecuali yg baby lah kan… hihi…
Persiapan bahan masak diurus oleh anak-anak sedara. Tukang masak sudah tentulah mak-mak sedara otai yg terror masak ni. Atok cuma jadi pengarah urusan. Kadang-kadang kami lebih berkuasa menentukan apa yg perlu kita masak hari tu. Atok ngikut je.
Menu hari raya juga dah bincang awal. Bukan sebab apa, sebab senang nak belanja beli barang. Setiap menu ada ketua chef, pembantu chef dan AJK.
Raya pertama : ketupat, rendang daging, sambal kacang, kari ayam, lodeh. Ini menu wajib yg tak pernah lagi diderhakai(ketupat anyam pun dibahagikan kepada 3 beradik) kecuali saya sebab tak pandai menganyam…. keke….
Raya kedua : nasi ayam
Raya ketiga : nasi putih, asam pedas, ikan caru sumbat, kerabu tauge, sayur kucai+tempe
Bukanlah kami ni sibuk masak sampai tak beraya. Kami akan mula operasi masak awal. Siap masak dan berhidang elok-elok kat luar baru kami adik-beradik keluar beraya. Siapkan semuanya untuk memudahkan Mak Bapak nak layan tetamu.
Haaa, satu lagi bakul kain baju kami pun masing-masing. Masing-masing urus kain baju anak masing- masing. Tapi kisah sadis dihari raya ialah mesin basuh auto Mak rosak pulak malam raya tu.
Dan masa rosak tu, masa saya yg sedang guna. Huhu….sadis sungguh! Nasib baik mesin basuh semi-auto Mak boleh guna lagi. Ada yg pergi dobi je kat pekan Pagoh. Saya 2x pergi dobi tapi orang ramai ya amat! Maka basuh lah guna semi-auto dengan tabahnya.
Duit lebihan #tabungraya kami upah orang cuci rumah. Cuci tandas, bilik air, mop rumah semua. Lebihan duit lagi kami bagi kat Mak Bapak untuk bayar bil api & bil air.
Anak-anak remaja dan kanak-kanak ni boleh buat kerja kalau kita yang dewasa ajak dan ajar. Bukan nak nafikan hak mereka untuk bersuka ria dihari raya bersama sepupu². Tapi bila diberi tanggungjawab mereka lagi suka.
Mereka akan rujuk kertas di peti ais senarai AJK. Nanti akan ada saja yg tukang baca senarai AJK tu.Time raya dan berkumpul inilah kita nak sepakat. Buat kerja sama-sama, makan sama-sama, raya sama-sama. Semua sama-sama. Berlapang dada semuanya.
Malam raya kami buat tahlil yg diketuai oleh Bapak. Siap ada yg jadi emcee lagi! Selalunya tahlil buat pagi raya, tapi tahun ni Mak kata kita buat tahlil malam raya.
Selamat Hari Raya semua.
Maaf zahir batin.
Saya sayang semua ahli keluarga saya lillahi taala.
Astro BizOne Rewards bantu outlet F&B lebih dikenali menjadi perhatian apabila kempen terbaharu ini dilihat mampu memberi pendedahan tambahan kepada pemilik restoran, kafe dan...