
Isi Kandungan
ToggleMasalah rumput naik tinggi di laman memang menyakitkan mata. Kebiasaannya bila di cabut, tak sampai dua minggu akan naik pula yang baru. Penat dibuatnya mencabut rumput ini.
Bagi memudahkan kerja menghapuskan rumput liar yang naik silih berganti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Harun Arun.
DIY racun rumput mudah
Bahan-bahan
-Garam sebungkus
-Cecair pencuci pinggan 3 sudu besar
-Air paip 2 liter
Cara membuat
Bancuhan semua bahan ini hingga larut dan masukkan dalam botol penyembur.
Sembur pada rumput yang ada di sekitar rumah.
Selepas dua hari, semua rumput akan mati, laman pun nampak bersih.
Selamat mencuba
Sumber: Harun Arun.
Cucuk Oren Dengan Cengkih, DIY Pewangi Rumah Semula Jadi Paling Mudah. Semerbak Bau Sitrus Asli

Masuk rumah terus hidu aroma semula jadi sitrus, memang menyegarkan. Apatah lagi sekarang masa kita lebih banyak berada dalam rumah.
Selalunya untuk hadirkan bau ini kita akan beli pewangi rumah yang banyak dijual. Tapi sebenarnya kita boleh hasilkan sendiri pewangi sitrus ini dengan cara paling semula jadi dan caranya mudah sangat.
DIY pewangi sitrus untuk kediaman ini dikongsi oleh Cikgu Nida.
Wangian rumah sitrus dari buah oren
Bahan-bahan:
Limau oren
Bunga cengkih
Bunga telur atau bunga hiasan terpakai
Lidi satay (boleh juga guna kayu pencungkil gigi)
Cara membuat
1. Cucuk hujung lidi satay yang tajam pada buah oren untuk buat lubang.
2. Kemudian cucuk bunga cengkih pada lubang tadi (letak lebih supaya tahan lebih lama).
3. Dah selesai cucuk pada buah oren boleh hias ikut kreativiti.
Tahan 3 minggu hingga sebulan
Wangi sitrus ini tahan tiga minggu atau satu bulan tanpa buruk. Proses merempah semula jadi dari bunga cengkih dan gabungan spesies sitrus menjadikan proses awetan yang nyah kuman dan bau.
Haruman sitrus ini boleh hilangkan bau masakan di dapur, menjadikan aroma dalam bilik tidur lebih tenang. Tambah pula dengan cahaya malap. Boleh juga diletakkan dalam tandas untuk bau yang menyegarkan.
Ramai bertanya boleh gunakan buah lemon atau tidak. Jika guna lemon baunya tidak sekuat oren.
Selamat mencuba.
Sumber: Cikgu Nida.
Kalau Bawang Di Dapur Dah Naik Tunas, Baik Terus Tanam. Guna Botol Plastik Pun Boleh

Ada kala kita beli bawang banyak, disebabkan lama sangat dalam bekas tak digunakan sampai tumbuh tunas atau ‘jambul’.
Kalau bawang dah jadi macam ni, elok tanam saja terus. Boleh guna cara yang dikongsi oleh Weekenbaker ini. Caranya tanam bawang untuk daun bawang mudah saja, nak guna botol mineral pun boleh, kalau tiada pasu.
Tanam pokok bawang dalam botol pun boleh
Mana-mana bawang yang dah mula nampak jambul, kita tanam saja. Boleh guna untuk masakan di rumah. Bukan apa kadang-kadang nak guna bawang sikit tapi kita lebih lebih. Akhirnya rosak. Sebelum membazir baik tanam.
Cara saya;
1. Ambil botol mineral, tebuk lubang di bawah dengan dawai yang dipanaskan.
2. Isi tanah macam biasa, saya guna sekam padi campur dengan tanah.
3. Tanam bawang tenggelamkan dalam 3/4 saja. Jambul bawang digunting supaya cepat tumbuh.
4. Siram tapi jangan berlebihan. Elak juga kena air hujan, bila tanam dalam botol begini senang untuk dialih.
5. Insya-Allah dalam masa 2 minggu dah boleh dapat hasil. Jika nak daun besar tanam bawang besar.
INFO
– Daun bawang bila dah melentok maknanya dah sampai masa untuk dipotong.
– Selepas potong, daun bawang akan tumbuh semula. Boleh tuai dalam sekali-dua lagi kemudian pokok akan kering.
Selamat mencuba
Sumber: Weekenbaker
Buat Sendiri Salad Buah-Buahan Yang Ringkas & Sedap, Guna 3 Jenis Buah Saja

Isi Kandungan
ToggleBagi yang cuba menurunkan berat badan, hidangan salad buah-buahan ini salah satu yang elok diamalkan. Tapi ramai yang tak berapa rajin membuatnya kerana memikirkan perlu menyediakan macam-macam jenis buah.
Sebenarnya ada saja resipi salad yang mudah dan sedap tanpa menggunakan aneka buah yang mahal. Antaranya seperti yang dikongsi oleh Rozita Daud ini. Menggunakan jenis buah dan sos salad yang mudah, salad buah-buahan ini memang praktikal.
Cara buat salad buah-buahan yang ringkas & sedap
Bahan-bahan
1 biji buah pelam
4 biji epal (2 biji epal hijau, 2 biji epal merah)
Anggur
Kismis hitam – jika suka
1/2 tin susu cair
1 yogurt rendah lemak perisa strawberi
5-6 sudu mayones buah-buahan
Cara membuat
1. Potong dadu buah epal dan manga, anggur dipotong
2. Satukan buah-buahan dan campurkan dengan susu cair, yogurt dan mayones.
3. Gaul hingga sebati dan sedia dimakan. Boleh juga disejukkan dalam peti ais sebelum makan. Lagi sedap.
Selamat mencuba.
Sumber: Rozita Daud