
Isi Kandungan
Toggle
Selain sofa, set meja makan juga antara mahal jika mahu dibeli, terutama yang elok kualitinya.
Tapi mahu tak mahu meja makan ini wajib ada di setiap rumah. Namun jika belum ada bajet boleh ambil idea daripada Nadia Musa ini.
Menggunakan meja banquet ditampal wall paper, ia boleh dijadikan meja makan sementara yang sesuai untuk 4 orang ahli keluarga menjamu selera.
Kalau meja banquet sedia ada di rumah, lagi lah jimat.
Macam mana nak buat. Boleh ikut perkongsian ini.
Transformasi meja makan bajet dari meja banquet
Bahan diperlukan
- Spray warna putih (beli di Mr diy)
- Wallpaper marble (beli di Mr Diy)
- Meja banquet lama sedia ada kt rumah
- Kerusi plastik 4 biji (boleh beli dikedai perabot)
Total bajet : RM 110 (kerusi RM26 sebiji jenis yg tahan lasak sikit)
Step by step
1. Cat kaki meja banquet.
2. Tampal wall paper pada meja.
3. Atur meja dan kerusi pada sudut yang sesuai di rumah.
Dah siap!
Info: Wall paper boleh tukar kalau dah bosan atau boleh guna kain alas meja.
Sumber: Nadia Musa
Guna Kaedah Nutripot Jika Nak Bercucuk Tanam Cara Mudah, Tak Perlu Siram Tapi Pokok Sayur Subur & Meriah Buah

Bagi yang bekerja, tinggal pula di kediaman teres atau kediaman tanah tak luas namun ingin bercucuk tanam sesuai sangat menggunakan kaedah penanaman nutripot ini.
Apa itu nutripot? Ia adalah cara penanaman menggunakan air, sabut kelapa dan sumbu. Antara kebaikan menggunakan kaedah ini adalah penjagaannya lebih mudah, tidak perlu kerap menyiram.
Pokok terung jambak yang dikongsi Umi Refah ini adalah antara hasil penanaman melalui kaedah ini. Kalau berminat untuk mencuba boleh ikut panduan berikut;
Kaedah penanaman nutripot
1. Sediakan set nutripot yang merangkumi pasu, baldi, baja dan sumbu.
2. Masukkan sumbu dari supaya bersambung dengan bekas air (bahagian bawah ke pasu.
3. Masukkan air baja ke dalam baldi.
4. Kemudian masukkan sabut hancur dalam pasu (bahagian atas).
5. Tanam anak pokok/biji benih yang ingin ditanam. Boleh juga letak pasu sendiri, seperti gambar di bawah.
INFO
Set nutripot ini juga boleh dibuat sendiri menggunakan botol minyak atau mineral terpakai yang dipotong dua. Letak sumbu, di bahagian corong (untuk bahagian atas) dan campuran air & baja AB di bahagian bekas air bawah (rujuk gambar di bawah).
Kelebihan lain nutripot
- Tak perlu selalu siram, air jimat.
- Tidak berlecak akibat siraman baju atau air.
- Akar dapat menyerap baja dengan lebih efektif.
Hasilnya pokok subur & meriah buah, menurut Umi Refah ini adalah hasil tuaian kali ketiga menggunakan kaedah nutripot. Berbaloi kan.
Boleh klik SINI untuk beli nutripot di Shopee,
Selamat mencuba.
Sumber: Umi Refah & buatsendiridirumah.blogspot
Tip Pilih Pure Butter Untuk Buat Biskut & Kek Raya, Barulah Hasilnya Sedap!

Menjelang bulan Ramadan ramai dah mula mencari cari resipi biskut dan kek raya yang ingin cuba dibuat tahun ini.
Tapi sebelum itu, elok kita belajar dulu perkara asas yang penting untuk jadikan biskut, kuih dan kek raya kita sedap. Salah satunya pemilihan mentega.
Perkongsian dari Nieza Nor Hamnira boleh dijadikan panduan. Melalui pengalaman, beliau berkongsi info jenis mentega yang sesuai dan sedap untuk membuat biskut dan kek.
Jenis pure butter untuk buat biskut dan kek
Melalui pengalaman baking dan eksperimen- eksperimen yang saya suka buat waktu aktif dahulu, di sini mungkin saya boleh berkongsi dapatan saya (disclaimer : eksperimen personal ya bukan fakta profesional).
Ini eksperimen dan findings antara pure butter yang biasa di Malaysia (mentega tulen bukan butterblend / lepa susu ya). Jika mahu jadikan rujukan, silakan. Jika tidak terima, it’s also ok sebab memang masing-masing punya cita rasa berbeza.
Berat Pure Butter Buku
– 250gm biasanya salted, 227gm pula biasa unsalted. Kandungan garam dalamnya yang selalunya jadikan berat butter buku 250gm.
Salted – Unsalted, Kek atau Cookies?
– Kek sedap guna yang salted
– Cookies lebih baik guna yang unsalted sebab rasa mentega yang lebih kaya rasa (rich and buttery)
Jenama pure butter apa yang best dan sesuai?
SCS, Tatura, Golden Churn : Shortbread, Tart, Kek, Brownies
Anchor : Jenis drop cookies, cookies yang berterap (bentuk), Choc chip cookies, soft chewy cookies
Lurpark : Scones, jenis Muffin, Kek, Brownies, Bars
Emborg : Kek, Brownies, Bars
Dah expired boleh guna lagi ke tak
Dah tiba tarikh expired tapi masih ada dalam peti sejuk, boleh pakai tak? Jawapan, masih boleh. Jangka masa?
– Ia masih tahan 1-2 bulan kalau dah buka bungkusan
– 3-4 bulan kalau belum buka bungkusan
Kenapa pure butter tahan lama? Sebab ia tak banyak kandungan laktose, ia tinggi kandungan lemak. Simpan ia dalam packaging asalnya atau juga double wrap dengan foil.
Yang jenama lain-lain selain yang disebut di atas, semua boleh guna dan ia bergantung kepada citarasa masing-masing.
Salted untuk kek, unsalted untuk cookies
Masih juga boleh berpandukan kepada ‘sifir’ pure butter yang salted untuk kek dan unsalted terbaik untuk buat cookies.
Ini bukan cerita butter-blend ya, ini hanya tentang mentega asli sahaja, dan ia pendapat personal berdasarkan eksperimen dan pengalaman saya sebagai baker aktif suatu ketika dahulu.
Gambar adalah antara ujian yang saya buat kepada rasa kepada mentega dan butterblend yang biasa ada di pasaran kita. Walaupun anda dah jumpa mentega asli terbaik, tapi jika anda nak buat cookies, kalau guna butter keseluruhannya (100% – tak campur jenis lelemak yang lain), cookies anda akan rapuh teruk ya… banyak kecainya nanti.
Semoga bermanfaat
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Jangan Guna Kuali Atau Periuk Yang Dah Hitam. Bahaya, Boleh Jadi Penyebab Kanser!

Isi Kandungan
Toggle
Bagi kaum wanita mesti ada kuali kegemaran di dapur ataupun memang ada satu saja kuali. Biasanya kuali ini dah lama digunakan.
Dipanggil kuali legend. Disebabkan terbiasa dengan guna kuali ini saja rupanya ada yang dah hitam legam. Meskipun suka dengan kuali ini tapi nasihat ahli kimia Fatimah Salim ia sebaiknya tidak gunakan lagi.
Menurut beliau peralatan memasak yang sudah hitam begini adalah berbahaya. Berikut dalam penjelasan beliau.
Ramai tak kisah tapi sebenarnya bahaya!
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya. Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tip untuk membersihkan lapisan karbon
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Sumber:
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia