Meja Makan Bajet, Sementara Kumpul Modal Boleh Pakai Yang Ini Dulu

Share

 

Selain sofa, set meja makan juga antara mahal jika mahu dibeli, terutama yang elok kualitinya.

Tapi mahu tak mahu meja makan ini wajib ada di setiap rumah. Namun jika belum ada bajet boleh ambil idea daripada Nadia Musa

ini.

Menggunakan meja banquet ditampal wall paper, ia boleh dijadikan meja makan sementara yang sesuai untuk 4 orang ahli keluarga menjamu selera.

Kalau meja banquet sedia ada di rumah, lagi lah jimat.

Macam mana nak buat. Boleh ikut perkongsian ini.

Transformasi meja makan bajet dari meja banquet

Bahan diperlukan

  • Spray warna putih (beli di Mr diy)
  • Wallpaper marble (beli di Mr Diy)
  • Meja banquet lama sedia ada kt rumah
  • Kerusi plastik 4 biji (boleh beli dikedai perabot)

Total bajet : RM 110 (kerusi RM26 sebiji jenis yg tahan lasak sikit)

Step by step

1. Cat kaki meja banquet.
2. Tampal wall paper pada meja.
3. Atur meja dan kerusi pada sudut yang sesuai di rumah.

Dah siap!

Info: Wall paper boleh tukar kalau dah bosan atau boleh guna kain alas meja.

Sumber: Nadia Musa

 

IKLAN