Menjadi Sungguh! Bersusun Isi Kunyit Hasil Tanam Dalam Tayar

Share

 

Seronok tengok hasil kunyit yang ditanam oleh Razak Adom ini. Bersusun-susun isinya, memang puas hati.

Lagi menarik, hasil kunyit yang banyak ini ditanam dalam tayar saja. Tak perlu beli bekas khas pun, cuma guna barang terpakai. Berikut adalah perkongsian beliau.

Hasil tanam kunyit dalam tayar

Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah, inilah hasilnya…

  1. Tayar saiz 14. Potong bahagian tepi tayar dengan pisau dapur. Bahagian tepi tayar tiada dawai, tapi pisau mesti cukup tajam. Bila dah potong terbalikkan bahagian luar ke dalam.

2. Isi tayar dengan media, gaul baja tahi kambing, tanah bakar, pasir sekali dan masukkan dalam tayar. Kemudian bolehlah semai benih kunyit. Siram.

Artikel berkait: Bungkus Dalam Tisu Lembap Cara Cambahkan Benih Kunyit

3. Bila daun pokok kunyit menguning dan pokok mati, tanda ia sudah sedia untuk dituai. Tempoh lebih dari 6 bulan.

4. Terbalikkan tayar dan tembak air untuk memudahkan ambil isi kunyit.

Hasil tayar no 1

Hasil tayar no 2

Selamat mencuba.

Sumber: Razak Adom

IKLAN