Kalau ada yang tak tahu inilah gadis mewakili Malaysia untuk pertandingan Miss Intercontinental 2017 yang kini sedang berlangsung di Sunrise Garden Beach Resort, Hurghada Egypt.
Sanjna Suri, 26, merupakan seorang ahli farmasi, penyanyi dan juga model. Kalau tengok bentuk badannya memang mantap. Kurus langsing uols!
Tapi siapa sangka tiga tahun lalu penampilannya bukan begini. Dengan tubuh berisi, wajah Sanjna juga chubby. Berat badannya ketika itu mencecah 70kg.
Namun azam untuk memiliki tubuh badan yang sihat telah mengubah penampilan Sanjna. Lihat saja dia sekarang dengan tinggi langsing dan wajah yang makin cantik. Berat badannya kini 48kg. Wah!!!
Mesti ramai yang nak tahu bagaimana Sanjna ini boleh menurunkan berat badannya lebih 20kg kan. Ini cara yang dilakukan.
Moga ada yang terinspirasi lihat perubahan Miss Intercontinental Malaysia 2017 ini. Sama-sama juga kita beri sokongan kepada Sanjna yang kini sedang bertanding di Egypt.
Hidayah Allah akan diterima kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-NYA. Sebagai hamba, kita berdoa supaya Allah menganugerahi kita hidayah kerana itulah salah satu cara untuk mendapat balasan syurga.
Pencetus Ummah Amin (PU Amin) di instagram telah memuat naik gambar bersama penyanyi dangdut tersohor suatu ketika dulu, Iwan. Penampilan Iwan pada hari ini amat berbeza. Selesa berserban dan berjubah sahaja.
Dalam kapsyen, PU Amin menulis lirik lagu Iwan yang bertajuk Solatlah Dulu.
Namun yang lebih menarik untuk dibaca ialah kisah hidup Iwan yang diceritakan secara ringkas.
“Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah..
Tunggu sebentar solatlah dulu
Rapat-rapatkan dan luruskan safmu
Takbiratul ihram bersama imam
Ikut cara Rasulullah….”
LEGEND Iwan DangDut . Dia punya kaya payah nak cerita la . Dulu sebulan dia ada 20 konsert , satu malam konsert 2 jam 3 jam dia punya jualan tiket 1 juta lebih . Dia kata tidur atas duit , makan sebelah duit , dalam jamban ada duit..
Tapi masih tak cukup . Duit berjuta juta , tapi tak tenang , tak puas , dah kaya nak nama pulak , dah ada semua , tetap tak tenang tenang , bahagia tak jumpa..
Kata dia rupanya Allah jauh dengan dia . Dia sujud . Baru rasa tenang . Dia jauhkan diri dari harap puji pujian manusia . Dia uzlah . Dia ziarah . Dia sedekah . Duit dia infaq pada yang memerlukan . Harta dia untuk jalan Allah . Hidup atas jalan dakwah . Dua Rakaat Semua Masalah Selesai . Dia istiqamah..
TQ abg iwan teman makan asam pedas ikan sembilang ❤️❤️❤️
VK paling ingat lagu Iwan yang bertajuk Wulan. Zaman tu memang hits sungguh lagu-lagu Iwan ni. Tahap popular Iwan masa tu kalau boleh disamakan macam penyanyi Hael Husaini kot. Sana sini orang kenal. Tapi perubahan Iwan ni sungguh menyejukkan hati. Alangkah bagusnya dia infaqkan harta ke jalan Allah. Semoga Iwan bertemu dengan apa yang dicari. Amin.
Rumah besar dengan 7 bilik, 7 tandas, dan tanah seluas 11,000 kaki persegi—dengan anak 7 orang yang sedang membesar. Kalau tiada pembantu memang huru hara rumah dibuatnya.
Tapi menariknya Mohd Yazid Ismail dan isterinya kediaman ini kemas dan tenang sekali. Mereka berjaya uruskan segalanya—dari dalam rumah sampai ke laman luar—hanya dengan bantuan anak-anak sendiri!
Rahsianya? Mereka cipta satu sistem keluarga yang bukan saja berkesan, tapi boleh jadi inspirasi untuk mak ayah lain yang nak didik anak jadi ringan tulang sejak kecil.
Boleh baca perkongsian bapa tujuh anak ini untik dijadikan panduan.
Kami ada 7 orang anak. Paling kecil umur 6 bulan, sulung umur 17 tahun. Kat rumah tak pernah ada maid. Semua kerja rumah buat sendiri.
Keluasan rumah 6 ribu kaki persegi, ada 7 bilik 7 tandas. Luas tanah 11 ribu kaki persegi. Tak ada bibik, tak ada tukang kebun.
Secara berkala, anak-anak akan dikerah jadi tukang cleaner kemaskan laman rumah, bersihkan longkang, buang pokok-pokok liar.
Anak-anak dari umur 3 tahun diajar bertanggungjawab buat apa yang termampu.
Bersihkan tempat makan masing-masing, kalau ada nasi jatuh atau kuah tumpah kena pastikan clear selapas selesai makan.
Kemas mainan sendiri, tolong buangkan sampah ke tong sampah. Letak baju di tempat nak basuh.
Anak-anak jika di”bibik”kan dari awal, diorang akan jadi rajin buat kerja rumah dan faham tanggungjawab.
Bila masuk umur 7 tahun, kami ajar gosok baju sendiri. Basuh pinggan mangkuk sendiri.
Lipat baju pun mereka kena buat sendiri, malah Nisreen sejak umur 5 tahun lipat baju sendiri sebab terikut abang dan kakak buat.
Kami tak nak anak-anak ada penyakit “princess syndrome” yang akan menyebabkan mereka jadi pemalas tanpa rasa bersalah. Tak nak hilang common sense dalam hidup mereka.
Anak lelaki atau perempuan sama je kami ajar buat kerja rumah sama-sama. Tak ada beza.
Sebenarnya semua kerja rumah adalah mudah untuk anak-anak selesaikan dengan senang hati dan gembira.
Dalam gambar ini Saeed umur 7 tahun. Dari kecik lagi saya bagitahu dia, bila dah sampai tangan ke sinki, kena basuh sendiri pinggan. Dia ikut. Ini dah jadi tradisi keluarga.
Saeed gosok baju sekolah sendiri. Sama macam abang dan kakak sebelum ni mula gosok baju sendiri umur 7 tahun. Jika anak tak diajar buat kerja dari kecil, rumah jadi kelam kabut, kotor, sink penuh dengan pinggan mangkuk, baju bergunung tak sempat nak lipat.
Anak-anak asyik main gajet sebab tak ada kerja nak buat. Anak jadi macam raja.
Bila anak-anak jadi raja, ibubapa akan jadi hamba sampai tua.
Moga perkongsian saudara Yazid ini dapat kita praktikan pada anak-anak kita juga.
Siapa yang ada anak kecil mesti biasa dengan keadaan bila anak yang sedang membesar ini mengadu kaki sakit pada waktu malam dan minta diurut.
Kadang-kadang ibu bapa pula risau dengan rungutan anak ini, bimbang ada masalah kesihatan.
Untuk pengetahuan ibu bapa, menurut laman Root Of Science sakit kaki yang dirasai oleh anak ini dikaitkan dengan sakit disebabkan kanak-kanak itu sedang membesar(Growing pain).
Masalah ini selalunya berlaku pada kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun. Kemudian ia akan menyerang semula pada umur 8 hingga 12 tahun.
Walaupun kanak-kanak tersebut mengalami sakit pada kaki, selalunya mereka tidak akan berjalan terhincut-hincut seperti sakit orang dewasa. Ini kadang-kadang membuatkan ibu bapa merasakan anaknya itu sedang berlakon. Tetapi tidak, anak anda memang dalam kesakitan.
Walaupun dalam istilah orang biasa kita panggil masalah ini sebagai ‘growing pain’, tetapi masih tiada lagi bukti dan kajian yang menunjukkan perkara ini berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak. Disebabkan itu ada sebahagian doktor memanggil masalah ini sebagai ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘
Nocturnal- bermaksud waktu malam Limb – bermaksud anggota badan seperti kaki dan tangan
Oleh itu, ‘recurrent nocturnal limb pain in children‘ bermaksud kesakitan anggota badan pada kanak-kanak yang berlaku pada waktu malam secara berulang kali.
Disebabkan ia tidak berkait dengan tumbesaran seseorang kanak-kanak, kebanyakan doktor merasakan masalah ini mungkin disebabkan otot kaki yang digunakan secara berlebihan oleh seseorang kanak-kanak.
Kajian juga menemukan bahawa ‘Growing pain’ ini didapati lebih banyak berlaku pada kanak-kanak yang pada waktu paginya aktif bermain ataupun bersukan.
Simptom dan tanda tanda kepada masalah sakit kaki disebabkan tumbesaran?
Growing pain ini selalunya menyebabkan rasa sakit yang teruk seolah-olah seperti rasa kejang kaki. Ia akan melibatkan kedua-dua belah kaki.
Masalah ini selalunya berlaku pada waktu petang atau malam terutamanya jika pada waktu paginya kanak-kanak tersebut terlalu aktif. Ia tidak akan berlaku waktu awal pagi.
anak-kanak ini juga tidak akan mengalami gaya jalan yang terhincut-hincut walaupun dia sedang mengalami sakit kaki.
Jika anak anda mempunyai simptom selain daripada yang diceritakan diatas, seperti sakit disebelah kaki sahaja, berjalan terhincut-hincut dan berlaku pada waktu pagi, anda dinasihati untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor
Satu rawatan yang telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan itu adalah dengan meregangkan otot tersebut.
Sebagai contoh, jika sakit itu berlaku dibahagian hadapan betis, anda boleh melipatkan lutut sehingga betis bertemu peha supaya bahagian hadapan betis meregang dan menegang.
Jika sakit itu berlaku di bahagian belakang lutut, luruskan lutut tersebut supaya ia meregang.
Jika masih tidak boleh, ibubapa boleh memberikan kanak-kanak tersebut ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ibuprofen untuk mengurangkan sakit tersebut.
Boleh juga mencuba dengan mengurut kaki anak anda ataupun menggunakan tuala yang dipanaskan. Ibubapa diminta untuk berhati-hati bila menggunakan objek yang panas untuk rawatan ini.
Walaupun ‘growing pain’ ini adalah sesuatu yang normal bagi kanak-kanak, tetapi ibubapa perlulah membawa anak mereka jika mempunyai tanda-tanda yang lain. Tanda-tanda tersebut adalah:
Ini kerana terdapat keadaan lain seperti jangkitan kuman pada sendi(septic arthritis) yang boleh meragut nyawa kanak-kanak tersebut. Ia juga boleh disebabkan perkara lain seperti patah ataupun keretakan pada tulang.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...