Rasanya ramai yang maklum bahawa pelakon Zarina Zainudin ini memiliki sepasang kembar anak istimewa.
Muhamad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang kini berusia 21 tahun adalah anak austisme yang sinonim dengan masalah tantrum.
Nak tahu bagaimana cabaran seorang ibu yang menjaga anak autisme boleh tonton video yang dimuat naik oleh Zarina ini.
Memang terharu lihat kesabaran pelakon ini menangani ragam anaknya. Ibu memerlukan kesabaran tinggi apatah lagi bila si anak telah dewasa.
Ads
Video yang mempunyai empat bahagian ini turut mendapat reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan ketabahan Zarina selain mendoakan dia terus cekal dan sabar menjaga anak-anak syurga ini.
A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Peminat doakan Zarina tabah jaga anak syurga
ikila78_ Besar sungguh dugaan kluarga ni . Smua sedia maklum ank ini sngt istimewa . X suka tgk , jgn tgk . Abis crita….Kita x tau apa sebenarnya yg terjd , mungkin dgn cara ni share dgn peminat2 dpt mengurangkan kesedihan .
amirayad76_ Untuk kak zarina ada anak syurga tanpa di hisab, die boleh pilih mana2 orang untk masuk ke surga walaupun kak zarina. Kak zarina trus tabah ye. Amin. huda.
Ads
my178_Berat mata memandang berat lagi bahu memikul….semoga Pn Zarina tabah menghadapi ujian Allah…biar apa org nak cakap….yg penting Allah bersama kita…sy pun ada anak istimewa sy faham perasaan Pn, semoga Allah permudahkan segala urusan Pn.
Ramai golongan muda hari ini mengeluh dengan kos perkahwinan sekarang yang semakin mahal. Kena ada paling sikit RM20 ribu dalam tangan baru boleh langsung.
Dan dalam urusan kahwin ini, barang hantaran antara yang diambil berat oleh bakal pengantin walaupun hakikatnya tak wajib pun. Kadang-kadang boleh jadi membazir kerana tak digunakan pun lepas kahwin. Tapi disediakan sebab nak ikut trend.
Oleh sebab itulah bakal pengantin sekarang kena berpijak di bumi nyata. 14 tahun mendirikan rumah tangga, Fauzan N Siti menyarankan hantaran perkahwinan yang paling win.
Empat hantaran inilah yang sepatutnya diminta oleh pihak isteri supaya nanti akan berguna selepas kahwin dan memudahkan kerja mereka. Salah satunya steam iron, yang lain sila baca tapi memang berbaloi saranan dia orang ni.
Ikut pengalaman 14 tahun kahwin
Tak perlu hantaran berpuluh ribu pada hemat saya yang anak empat dan dah kawin 14 tahun ni..
Barang hantaran sepatut nya BUKAN bunga, kain, mekap, kasut tinggi membunuh dan minyak wangi (dahlah mahal, TAK membantu meringankan urusan isteri…Kata SAYANG…)
Tapi barang hantaran kawin adalah:
1. Steam iron Philip ( laju dpt gosok baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Seriously lama weh gosok baju ni, bengkak kaki)
2. Pressure cooker Noxxa ( masak cepat gila, belum cerita masak utk dlm pantang. Memang mudah betul urusan so banyak lebih masa nak belai suami gitu…)
3. Mesin dryer kain ( ini memang hadiah paling istimewa, jimat masa jemur kain weh…hujan lagi. Masalah bau baju kepam tiada lagi. Bil electrik naik RM 50 sebulan ini hari-hari guna…)
4. Kuali Magic ikan (ini memang ohsem, bukan apa tambah bila kawin kan planning nak ada anak. Isteri bersalin mesti dlm pantang punya mudah masak ikan bakar. Cepat! Nanti bila anak dah besar sikit guna pulak nak buat lempeng bagai. Mudah, cepat,lebih banyak masa nak belai suami).
Ini baru berguna, ini baru tanda sayang isteri, ini baru akan membantu isteri utk lebih effektif dan dan ini baru tidak membazir duit.
Invest pada benda-benda yang berguna lepas kahwin
Seriously kasut tinggi hantaran saya tak pernah pakai. Rasa macam nak mati pakai..Sakit sana sini, rugi betul. Kalau beli kuali magic ikan tu dah dpt sebijik.
Senang nak masak utk siapa? SUAMI juga..
BETUL…kalau bakal suami nak isteri layan lebih walaupun dah anak 10 org, invest lah siap-siap utk benda-benda begini…memang tak rugi.
Cepat tag tunang masing-masing or mak bapak sila fikirkan. Tak payah minta wang hantaran puluh ribulah senangkan bakal menantu tu. Minta ini sudah, yg senang anak awak juga nanti..
Kata sayang anak… gitu…
Dan duit guna utk tangkap gambar beribu photoshoot bagai tu, pelamin semua cuba kira, Dryer dpt sebijik (RM 800), steam iron Philip sebijik (RM 1400), Noxxa sebijik (RM 800)
Note : Saya tidak jual barang-barang ini. Ini posting dari hati.
Seakan sudah tertanam dalam fikiran kita yang bekerja ini bila dah berhenti dan bersara nanti kita kena buat rumah yang besar untuk tinggal dengan selesa menghabiskan hari-hari tua.
Malah ini jugalah realiti yang berlaku hari ini. Ramai ibu bapa kita yang sudah tua menghabiskan wang KWSP atau simpanan mereka untuk membina rumah yang besar untuk diduduki. Seperti satu kejayaan bila dapat melakukannya.
Namun bagi perancang kewangan Azizul Azli Ahmad, dia menyarankan sesuatu yang berbeza dan VK rasa memang ada logiknya.
Azizul menyarankan kita lupakan saja hasrat tersebut dengan menyenaraikan alasan-alasan berikut.
Lupakan impian bina rumah besar bila tua
#TabungRumah
Ramai ada impian untuk bina banglo agam bila bersara dari kerja nanti.
Ada yang dah beli tanah di kampung, nak upah bina rumah banglo Yusop Aslam ini.
Alasan 1 Bersara nanti tinggal hanya kita berdua saja, itu pun jika panjang usia kita.
Alasan 2 Anak anak hanya balik setahun tak lebih 10 kali, kenapa perlu ada 10 bilik untuk semua anak ini?.
Alasan 3 Tingkat atas siapa nak cuci, kita mungkin sakit lutut nanti. Naik mengemas seminggu sekali.
Rancang persaraan dengan kediaman besar bukan ‘trendy’ lagi.
Alasan 4 Bersara itu adalah masa untuk kita nikmati, bukan kemas rumah yang besar macam istana.
Alasan 5 Tinggal di apartment, rumah kecil atau kondo bukan satu dosa. Ia sesuai dengan keperluan sebahagian dari kita bila bersara.
Jika kita sanggup cuci lantai, kemas tirai sepanjang masa. Silakan saja. Biar kecil tapi bermakna.
Alasan 6 Pertimbangkan semula impian kita bina rumah besar sedangkan hidup hanya berdua. Jika saya ingin jalan jalan dan melihat dunia. Akhirnya kita diruang yang kecil dan sempit juga?
#LupakanRumahAgamBilaBersara.
#RumahSederhana
Ha macam mana betul tak cakap Cik Azli ni. Lepas baca ni VK dah tukar cita-cita.
Solat tarawih antara keistimewaan di bulan Ramadan. Hukum solat sunat terawih adalah sunat Muakkad, iaitu yang sangat dituntut (dikerjakan) oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.
Meski ramai yang mengerjakannya di masjid namun tak semua berpeluang untuk turut serta kerana tanggungjawab pekerjaan dan juga keluarga di rumah. Namun itu bukanlah halangan untuk kita tidak menunaikannya.
Kita boleh saja menunaikan solat sunat tarawih yang banyak ganjaran pahala ini di rumah secara sendirian atau berjemaah bersama ahli keluarga.
Berikut adalah panduan untuk menunaikan solat tarawih secara bersendirian atau berjemaah di rumah.
Bilangan rakaat
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
Niat solat tarawih
Solat Tarawih Bersendirian
Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:
Usolli sunnatal tarawih rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.
Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)
Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Niat ini perlu dibaca sebelum setiap kali mengangkat takbir.
Oleh itu, jika anda ingin mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat, maka niat perlu dibaca sebanyak empat kali.
Bacaan solat sama seperti solat fardhu
Rukun solat sunat tarawih adalah sama seperti rukun solat solat fardu atau solat sunat yang lain. Jika terdapat beberapa beberapa bacaan tambahan di antara solat sunat tarawih ini, ia bukanlah rukun atau syarat.
Tetapi ia hanyalah semata-mata untuk mengambil peluang untuk memperbanyakkan zikir, tasbih, selawat dan doa dalam bulan Ramadan yang mulia.
Pemilihan surah
Tiada penetapan khas untuk surah yang perlu dibaca dalam solat sunat tarawih. Anda boleh membaca mana-mana surah kegemaran anda yang diingati. Pendek atau panjang terpulang.
Namun sebagai panduan, boleh saja membaca surah-surah biasa berikut selepas Al-Fatihah,:
Biasanya selepas selesai 4 rakaat, kita akan membaca doa terlebih dahulu sebelum mengerjakan 4 rakaat yang terakhir. Doa tersebut adalah seperti di bawah:
Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)
Allahumma inna nas aluka ridho ka wajannah wa na u’zubika min sahotika wannar. Allahumma innaka ghofur karimun tuhibbul afwa fagfu anna wa an jami’il muslimina wal muslimat, birahmatika ya arhamarrohimin.
Maksudnya: Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan api neraka. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat. Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Solat sunat witir 3 rakaat (dua salam)
Menjadi kebiasaan di negara kita solat sunat witir akan didirikan selepas selesai solat sunat tarawih.
Solat witir dilakukan sekurang-kurangnya satu rakaat, sekurang-kurangnya bagi had yang sempurna ialah tiga rakaat (dua salam).
Lafaz niat Solat Witir
Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:
Usolli sunnatal witri rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala
2. Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:
Usolli sunnatal witri rak’atan lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Doa selepas solat witir
Selesai tiga rakaat solat sunat witir maka lengkaplah solat sunat tarawih.
Semoga kita beroleh ganjaran mengerjakannya pada bulan Ramadan nanti.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...