Tentunya ramai yang masih ingat dengan Nur Amalina Bakri yang pernah menggemparkan negara bila memperoleh keputusan 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Keputusan cemerlang itu telah membawa gadis ini mengembara ke luar negara sejak usia 17 tahun sehinggalah kini untuk melanjutkan pengajian.

Ketika pelajar tingkatan lima sedang bergelut dengan peperiksaan SPM saat ini, Nur Amalina melalui akaun Twitter memuat naik apa yang dilalui satu ketika dulu selepas tamat peperiksaan ini.

Tapi paling menarik sebelum itu dia juga sempat menceritakan perjalanan hidup yang dilalui selama belajar di luar negara.

Satu yang VK kagum dengan gadis ini selama lebih 10 tahun dia tak pernah puas untuk belajar dan belajar. Sedang dalam pengajian di universiti, dia menyambung pula pengajian dalam bidang lain. Boleh dikatakan gadis in sentiasa dahagakan ilmu.

Mungkin ada yang mempertikai penampilannya kini yang cukup berbeza tapi hayatilah perjalanan hidup pelajar perubatan ini selama di luar negara yang sebenarnya cukup luar biasa pencapaiannya.

Bakal Jadi Pakar Bedah, Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas di Kota London

Wartawan tunggu depan rumah hari keputusan keluar

“Saya masih ingat dengan jelas hari terakhir mengambil kertas peperiksaan SPM, saya pulang ke rumah dan terus mengemas beg (merdeka!).

Terbang ke Itali keesokan harinya untuk tinggal bersama keluarga angkat sementara tunggu keputusan keluar.

Masa dihabiskan dengan makan, belajar bahasa Itali dan Sepanyol, ia merupakan salah satu percutian terbaik saya,” tulisnya.

Saya hanya pulang ke Malaysia beberapa hari sebelum keputusan SPM keluar.

Saat bangun pada pagi keputusan SPM keluar, wartawan dah tunggu depan rumah sampai kena duduk di hotel berdekatan.

IKLAN

Selebihnya, anda semua tahu.

Ke luar negara pada usia 17 tahun

“Saya ke luar negara pada usia 17 tahun dan menyambung pengajian di Cheltenham Ladies College. Saya ambil 5 A levels dan mendapat A semuanya.

Selain itu:  'Saya Nak Tarik Cikgu Masuk Syurga', Video Empat Pelajar Pekak Mohon Restu Sebelum Duduki SPM Buat Ramai Menangis

Saya juga dapat markah penuh dalam kebanyakan subjek. Untuk itu guru menyarankan saya mengambil kertas Advanced Extension Award (AEA).

Saya ambil AEA untuk subjek Kimia dan Biologi kerana sangat meminati bidang ini dan saya dapat kepujian untuk keduanya.

Kemudian saya sambung pengajian di University of Edinburgh dalam bidang perubatan. Belajar di sini memang impian saya. Edinburgh kota yang sangat cantik, pemandangannya menakjubkan.

Bakal Jadi Pakar Bedah, Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas di Kota London

Keputusan saya A secara keseluruhan!

Selepas menamatkan tahun kedua  di universiti dan dapat keputusan A secara keseluruhannya. Jadi saya membuat ijazah intercalated dalam bidang Pharmacology with Industrial Experience kerana saya mahu belajar sesuatu yang baru.

Saya menyertai program pertukaran ERASMUS, kemudian belajar di Leiden University di Netherlands. Saya juga menghabiskan masa di Karolinska Institute di Sweden.

Saya banyak menjelajah negara Scandinavian ketika ini. Ia antara tahun terindah dalam hidup saya.

IKLAN

Saya menerima ijazah perubatan dalam Pharmacology pada tahun 2010, kemudian menyambung pengajian tahun ketiga dalam bidang perubatan selepas itu.

Banyak di kelilingi insan yang bijaksana

Selama belajar perubatan hingga sekarang saya bertemu dengan ramai rakan yang bijaksana dari pelbagai latar belakang dan budaya. Saya cukup bersyukur di kelilingi rakan-rakan ini.

Kita akan belajar banyak perkara dari perbezaan ini namun pada masa yang sama sangat menghormati mereka.

Saya kemudian menyertai program Harvard dan menyambung pengajian di University Harvard pada tahun 2012. Saya tamat pengajian di Universiti Edinburgh pada tahun 2013.

Selepas itu saya menyambung pengajian lagi di Cambrige dan melakukan program akademik asas selama dua tahun di sana.

Bakal Jadi Pakar Bedah, Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas di Kota London

Lihat banyak perkara menakutkan ketika serangan

Saya kemudian bekerja di Addenbrooke’s Hospital sebagai doktor pelatih dan pada masa yang sama membuat Masters dalam Clinical Science Clinical Science – Translational Medicine and Therapeutics di University of Cambridge. Saya menamatkan pengajian dengan ijazah kelas pertama.

Selain itu:  6 Cara Semula Jadi Redakan 'Seksa' Senggugut Tanpa Perlu Makan Ubat Tahan Sakit

Selepas itu saya memulakan latihan khusus dalam pembedahan dan kini merupakan pakar bedah dalam latihan di sebuah program latihan surgikal terkenal di UK.

IKLAN

Mendapat latihan di hospital terbaik di London saya mempunyai mentor yang luar biasa yang cukup pakar dalam bidang mereka. Saya bersyukur kerana setiap hari saya mempelajari perkara yang baru.

Sewaktu berlaku serangan pengganas di London, saya bertugas. Saya menyaksikan banyak perkara yang menakutkan tapi ketika itu semua berkerjasama untuk menyelamatkan nyawa.

Ia satu momen yang takkan saya lupakan.

Percaya pada diri dan kerja keras!

Bakal Jadi Pakar Bedah, Nur Amalina Kongsi Kisah Bertugas Pada Hari Serangan Pengganas di Kota London

Saya juga masih ingat sebelum ini saya membuat pembedahan jantung untuk seorang pesakit dan saya memegang organ tersebut di atas tangan saya. Saya tahu saya harus menyelamatkan nyawanya.

Kami berjaya melakukan pembedahan itu. Pakar yang bekerja dengan saya pada masa itu cukup luar biasa.

Selepas pembedahan itu juga dia menyatakan satu perkara. ‘Amalina anda melakukan tugas yang cukup baik ketika pembedahan. Anda cukup tenang ketika semua orang sedang stres dan semua orang sedang memerhati.’

Pengalaman inilah yang membuatkan saya bersemangat. Percaya pada diri, kerja keras dan anda akan capai segalanya.

Demikian kisah Amalina kini sedang menjalani latihan surgikal di The Royal College of Surgeons of England yang dipetik daripada akaun Twitter miliknya.

 

Sumber:  Amalina Bakri

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI