Mudah Rupanya Buat Takoyaki. Lagi Jimat, Boleh Makan Puas-puas
March 31, 2021
Share
Makanan Jepun, takoyaki ini memang ramai yang suka, termasuk anak-anak. Tapi nak beli selalu tak boleh juga sebab harganya boleh tahan juga, RM10 untuk 10 biji.
Kalau dalam famili ramai yang suka makan maka elok sangat kalau kita buat sendiri. Boleh guna acuan yang ada di rumah asalkan dapat bulat bentuknya.
Cara nak membuatnya pun tak susah sangat. Ikut perkongsian Fuzi Omar
Resipi Takoyaki (kuantiti 26 – 30 biji)
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum 3 sudu besar tepung jagung 2 biji telur 2 cawan susu cair 2 cawan air 1 kiub ayam Secubit garam 2 sudu besar minyak masak 1 sudu teh baking powder
Cara membuat adunan:
Campurkan semua bahan dalam bekas besar, kisar dan tapis.
Adunan mesti cair macam adunan roti jala baru lembut takoyakinya.